Jumaat, 12 September 2014

Tun M Lagi..!!!


Ada yang tak berapa selera minggu ni..! Kenapa?

Saya Tidak Pernah Minta Najib Letak Jawatan - Tun M

PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak pernah meminta Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak meletak jawatan sebagai Perdana Menteri.

Sebaliknya beliau hanya memberi contoh dirinya bahawa beliau akan meletak jawatan jika dilantik sekali lagi sebagai perdana menteri.

"Jika mereka melantik saya semula sebagai PM, saya akan letak jawatan kerana saya sudah melepasi masa...saya dah tua," katanya kepada pemberita selepas melancarkan buku '#WahaiMelayu' karya Anas Zubedy, di sini, Khamis.

Dr Mahathir berkata demikian bagi mengulas laporan oleh sebuah portal berita semalam yang memetik beliau sebagai berkata bahawa beliau akan meletak jawatan jika menjadi perdana menteri pada hari ini, yang seolah-olah merujuk kepada Najib.
Dalam perkembangan lain, Dr Mahathir telah menasihatkan perwakilan Umno peringkat bahagian yang sedang mengadakan persidangan ketika ini supaya menegur pemimpin jika pemimpin tidak melakukan perkara yang betul.

"Kadang-kadang pemimpin perlu dikritik. Dalam bahasa Melayu kita panggil menegur. Apabila ada seseorang melakukan melakukan sesuatu yang anda fikir tsalah, anda perlu mempunyai hak untuk menyatakan ia bersalah," katanya.

Ditanya jika beliau akan menghadiri Perhimpuann Agung Umno bulan hadapan, katanya beliau akan hadir sebagai ahli Umno.

Sementara itu, mengulas cadangan mengkaji dan menghapuskan Akta Hasutan 1948, Dr Mahathir berkata pelaksanaan akta itu dengan baik adalah penyelesaian kepada masalah.

"Memansuhkan akta itu bukan satu penyelesaian tetapi menggunakan akta itu dengan cara yang betul merupakan penyelesaian. Saya tidak tahu, terpulang kepada mereka...mereka yang melakukan pendakwaan, bukan saya," katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, Dr Mahathir berkata masyarakat Melayu hari ini kurang beramanah dan tidak tahu menguruskan kewangan dengan baik.

Keadaan itu telah menjadi punca kenapa bangsa Melayu dilihat sebagai bangsa yang tidak berjaya kerana mereka juga tidak mempunyai perasaan malu bila gagal melakukan sesuatu perkara dengan baik.

"Kita perlu belajar untuk ikhlas...kalau kita jujur kita akan jadi baik," katanya.

Hadir sama pada pelancaran buku '#WahaiMelayu' ialah isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Rumusannya..

Kenapa pulak Tun M boleh meletak jawatan jika tidak dilantik ke jawatan tersebut? bagaimana Tun M boleh dilantik ke jawatan tersebut jika tiada kekosongan??? Faham..!!!

Minta ahli UMNO berani tegur pemimpin...! keluar dari kepompong mengampu..! berani berkata benar..!

Akan kekal bersama UMNO..!

Kekalkan AKta Hasutan serta kuatkuasakan Akta tersebut dengan bertanggungjawab..!

Melayu perlu berasa malu bila gagal..! bertanggungjawab...! jujur dan ikhlas...! Siapa tu?

Lu FIkir La Sendiri!!!

3 ulasan:

  1. tegur la banyak mana sekalipun Melayu tetap layu sepanjang zaman........perangai dengki medengki, busuk hati tetap sebati dalam diri....tak kira di mana peringkat baik yg dalam parti mahupun di luar parti......caci maki menjadi makanan ruji....gembira sungguh bila saudara se agama sendiri jatuh tersungkur mati......

    BalasPadam
  2. tanpa nama 9:16,

    Saya setuju pandangan sdr,selain drp itu Melayu suka salahkan orang lain jadi tak sempat nak betulkan salah sendiri.Nak kekalkan Akta Hasutan,tapi sekarang ni Akta Hasutan masih berkuat kuasa,perangai menhasut berlaku juga,mengapa?.Orang Melayu, Raja melayu ,Hak Melayu dan ugama orang Melayu akan terus di perlekehkan selagi Melayu sendiri tak berubah jadikan orang Melayu di segani dalam banyak hal-ekonomi,sosial,pendidikan ,tingkahlaku dan budi pekerti.Lagi pun kalau kita sendiri kuat,orang nak kata apa ,nak hasut apa pun ,apa kita peduli,anjing menyalak bukit ,bukit tak akan runtuh.Sekarang ni kita lemah itulah sebabnya kita terlalu takut ,jika ada pihak yg mempertikaikan bangsa,raja ,hak dan ugama kita.US bukan tak tahu mereka membantu Isreal ,tidak kena pada perinsipnya,dan banyak kritikan,tapi dia kuat dia buat pekak je.

    Pasal Tun Mahahtir ni,dia nak kritik ok lah kita tak boleh halang ,tapi jangan pula kita halang jika ada pihak mengkritik dia.Ahli Umno yg kritik dia tak boleh pula kita terus kata mereka pengampu.Kalau mereka tak sokong Najib,jadi lah seperti Anwarinas dalam Pas bertentangan dgn Hj Hadi.Tuyn bukan betul semua,banyak modal pembangakang menghentam Umno /BN adalah hasil kerja masa Tun dulu.

    BalasPadam
  3. Tun Mahthir hentam Melayu kata Melayu tak amanah dan Melayu Malas,mengapa bloger spt putra merdeka ni tak siarkan,hanya MT yg siarkan.Kalau Tun hentam pemimpin Umno cepat-cepat di tonjolkan oleh para bloger.

    BalasPadam