Selasa, 18 Disember 2018

1MDB ~ Penjenayah Besar Perut@Besar Kepala..!


Apa hal pulak haramjadah ni nak buat pilihan?
Kerajaan bila nak minta bantuan interpol cari harami ni?
Kata dulu boleh dapat harami dalam tempoh 24 jam..! Apa cerita?

Ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low yang dikehendaki pihak berkuasa atas dakwaan terlibat dalam menyeleweng berbilion dana 1MDB, bertegas tidak mahu dibicarakan di Malaysia.
Pagi ini, Peguam Negara Tommy Thomas mengumumkan pertuduhan jenayah sudah difailkan terhadap Jho Low.
Dalam kenyataan hari ini, jurucakap Jho Low berkata ahli perniagaan itu tetap mengaku tidak bersalah berhubung tuduhan ke atasnya.
"Seperti yang sudah dinyatakan sebelum ini, Jho Low tidak akan menyerah pada sebarang bidang kuasa yang mana dia sudah ditetapkan sebagai bersalah oleh politik dan tiada sistem perundangan yang bebas.
"Jelas bahawa Jho Low tidak boleh mendapat perbicaraan yang adil di Malaysia, di mana regim kerajaan sering kali membuktikan bahawa mereka tidak berminat dengan kedaulatan undang-undang," kata kenyataan itu.
Peguam negara sebelum ini mendedahkan Jho Low, bersama bekas kakitangan 1MDB Jasmine Loo Ai Swan didakwa terlibat dalam menyeleweng AS$2.7 bilion dari tiga bond 1MDB melalui firma kewangan Goldman Sachs.
Pejabat Peguam Negara juga memfailkan pertuduhan jenayah terhadap syarikat subsidiari Goldman Sachs dan bekas kakitangannya Tim Leissner dan Roger Ng Chong Hwa.
Tuduhan itu difaikan di bawah Seksyen 179(b) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007.

12 ulasan:

  1. Dipercayai Jho Taek diam di China Kuminis. Polis depa ada lah ahli Interpol. Tapi Polis China ikuti arahan penguasa politik di China.

    Sama ada penguasa politik China mahu arahkan Polis depa supaya tangkap Jho Taek dan kasi tau Polis Malaysia supaya datang ambik binatang tuh, bergantung kpd politik depa dengan Malaysia.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau Najib, main kasi kontrek atau projek besar2 aje untuk ambik hati penguasa politik China. Hamsat.

      Padam
  2. Mungkin jugak Jo Taek diam di pulau kecil di kumpulan Caribbean yang di beritakan ada kasi dia suatu paspot.

    Kalau betul dia diam di sana, susah lah. Gomen nak suap pun bahaya, terutama gomen PH benci rasuah.

    Nak suap cara "Top Secret" pun, si bodoh Hasanah Ketua Pengarah Malaysian External Intelligence Organization (MEIO) dah kena tangkap "money laundering", gamak nya berkaitan "secret funds".

    Punya bangang James Bong MEIO boss. Tulis surat kpd badan perisik US, CIA, minta depa masuk Malaysia bantu kalau Najib "menang ti[is" di Pru14.

    BalasPadam
  3. "Penjenayah Besar Perut" -

    Kalau di gambar berdiri beramai ramai itu, yang paling besar perut ia lah Rosmah.

    Kot dia dalang paling besar dalam wayang kulit pencurian wang 1MDB.

    Orang kata dia jenis "never take no for an answer".

    Maukan cincin berlian, rantai berlian, handbag Birkin dsb nya beratus juta, jadi pulas tangan si abang gunakan 1MDB bagi mendapatkan berbillion Ringgit.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukan wayang kulit. Itu cerita benar.

      Penjenayah2 nya di bawa ke mahkamah.

      Padam
  4. Boleh percaya ke Peguam Negara, kes nobita boleh lepas sebab takda swimming pool...

    BalasPadam
    Balasan

    1. Kalau salah tuduhan, lepas, tuduh lagi, betulkan tuduhan.

      Kalau salah tuduhan lagi, buang Peguam Negara. Gantikan dengan yang lain.

      Kalau kata2 di gunakan dalam tuduhan itu betul, ada bukti2 yang kukuh, takda sebab boleh lepas.

      Padam

  5. "Peguam Negara juga memfailkan pertuduhan jenayah terhadap syarikat subsidiari Goldman Sachs dan ..." -

    Bila menang (rayu hingga Mahkamah Persekutuan, jika perlu), tuntut ganti rugi berpuluh bilion Ringgit, boleh menolong bayar hutang negara yang Najib bikin hingga meningkat dekat 1 trillion Ringgit.

    Saman bank itu jika perlu bagi mendapat ganti rugi itu. Mereka banyak wang, bank besar, tidak akan lari, mesti boleh dapat wang jika mahkamah hakimkan bayar ganti rugi.

    Kesalahan di buat di Malaysia, saman di Malaysia.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedap baca berita berikut:

      Attorney-general Tommy Thomas said in a statement Malaysia will seek jail terms as well as billions in fines from Goldman Sachs and four other individuals who allegedly diverted about US$2.7 billion from 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

      This is the first time Goldman Sachs, which has consistently denied wrongdoing, has faced criminal charges in the 1MDB scandal.

      Padam
  6. Berapa besar kepala pun, tentu Polis boleh dapat tangkap di suatu masa nanti.

    Polis ada "the long arm of the law". Soal nya berapa panjang tangan yang mereka sudah coba gunakan.

    Polis perlu beri tahu rakyat kedudukan usaha2 mereka itu dari masa ke masa. Tak perlu beri maklumat yang menjejas operasi2 rahsia mereka. Cukup dengan ha nya mengata, contoh nya: sedang berurus dengan pihak berkenaan di negara berkaitan.

    BalasPadam
  7. Test test 123 testing....lama jugak seh tak komen kat blog ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Silakan. Lagi ramai, lagi ceria, dengar banyak pendapat.

      Padam