Ahad, 9 Disember 2018

Pudin Kena Sebok Main Telur..!


Dah jadi kerajaan ni semua perkara kena ambil tahu Din..! Dulu boleh la sembang..!

Jangan sebok urus telor sendiri jer Din..!

Peniaga runcit di daerah ini mengeluh apabila gagal mendapatkan bekalan telur malah terpaksa menghadapi kenaikan harga telur gred A sebanyak RM3 bagi setiap 100 biji hari ini.

Seorang peniaga di Padang Tanjung, Mohd Fairuz Mohd Harun, 33, berkata, harga borong telur gred A seminggu lalu hanya RM42 bagi setiap 100 biji namun naik kepada RM45 bermula pada pagi ini.

Menurutnya, kenaikan itu pastinya akan membebankan pengguna pada musim tengkujuh kerana sumber protein utama lain seperti ikan misalnya sudah pasti harganya melonjak kerana faktor cuaca.

"Orang ramai mula mencari telur di kedai kedai runcit di dalam kampung kerana mereka mendakwa pasaraya tiada bekalan. Bahan mentah itu mendapat permintaan tinggi dan orang ramai mula merungut.

“Bekalan makin berkurangan, sebelum ini saya dapat jual 300 biji telur seminggu tetapi hanya peroleh dua papan telur (sepapan 30 biji) sahaja daripada pemborong di Sena Rendang hari ini,” katanya.

Seorang pengguna, Mohamad Jusoh, 48, pula berkata, harga telur ketika ini tidak menentu dan berbeza di kedai-kedai runcit manakala di pasaraya pula bekalan telur terhad malah mulai berkurang.

Dalam pada itu, pengguna lain khususnya peniaga kuih juga mendakwa terkesan dengan kenaikan harga telur kerana ia menyebabkan margin keuntungan diperoleh mereka menjadi semakin mengecil.

Sehubungan itu, pengguna menyarankan pihak berkuasa terutamanya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menjalankan penguatkuasaan memantau perkara itu.


Ada jugak yang nak tiru rupanya..! katanya 'untung untung boleh jadi Menteri'.

Siapa?

Lu Fikir La Sendiri..!

20 ulasan:

  1. Amat menarik gambar yang Putra Merdeka keluarkan di atas itu. Tepat dengan keadaan kurang telur sekarang. Telur ayam.

    Telur manusia? Kena sungkit dek tandok lembu. Nasib lah itu matador di sukan bullfight seperti di Sepanyol. Di negara seperti di Malaysia memang ada seperti itu. Mereka yang tak jaga bola nya dengan baik, di sungkit bola nya dengan tanduk ke, kata2 ke.

    Takda telur ayam sekarang kot sebab musim hujan. Ayam jantan kurang sahwat membereng ayam betina, gamak nya. Manusia pun begitu - hawa dingin di musim hujan, ha nya tidur di atas jalan seperti di gambar kedua itu.

    Yang senang tak khuatir telur ia lah Najib. Dia fikir peguam Shafee boleh pertahankan dia dengan berjaya. Tapi Shafee sendiri kena beberapa tuduhan mahkamah. Kot Hakim2 yang di kenali nya rapat sudah bersara atau di nasihatkan bersara. Entah2 telor Najib hilang di bicara 38 tuduhan nya di mahkamah.

    Demikian lah suatu aspek lain hal telur ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Najib telah menunjukkan telur dia besau, konon.

      Dia tak mahu masuk ke kandang yang di tuduh bila hadir di mahkamah untuk proses permulaan bicara - di bacakan tuduhan untuk dia mengaku salah ke tidak.

      Kerana demikian banyak tuduhan (38), Pendakwa Raya dan Hakim buat tak nampak hal itu sebab mengelakkan buang masa atau Najib mengkecohkan keadaan.

      Nanti di masa perbicaraan penuh, kena lah dia masuk kandang. Kalau tidak Hakim boleh hukum dia kerana tidak menghormatkan mahkamah.

      Saya lebih minat Hakim hukum penjara ke atas dia di atas 5-6 tuduhan itu. Setuju dengan pendapat Najib di penjarakan 10-20 tahun.

      Padam
    2. Masuk kandang mahkamah tak penting.

      Masuk penjara penting.

      Harap dia berakhir di penjara.

      Padam
    3. HYahaha, bolak balik, Najib.

      Apa nak buat? Dia Penyangak.

      Ada telur ha nya untuk mencuri wang rakyat di 1MDB.

      Padam
    4. MALAIKAT PUN BUAT SILAP....INIKAN PULAK MAMAK MATDEY AL KUTTY.....KIHKIHKIH...

      ...ATOK GILA...

      Padam
    5. KAMU YANG GILA.

      KAMU KOPIPES SANA SINI. MELALAK BETUL2 MCM ORANG GILA.

      Padam

  2. "Takda telur" makna nya tak berani. Apa kah ada kaitan dengan kewadaan Pulau Kukup di Johor.

    Menteri Xavier berkata jemaah menteri berpandangan status Pulau Kukup sebagai Taman Negara perlu dikekalkan, dan penukaran statusnya boleh memberi kesan kepada pengiktirafan paya bakau itu sebagai kawasan berkepentingan antarabangsa.

    Ada pulak berita:

    Pulau Kukup: Orang luar tak perlu masuk campur - TMJ

    Apa pulak peranan TMJ dalam hal ini? Dia orang politik ke? Ada kuasa politik ke?

    Sementara itu, amacam an di sana. MB johor? Kes telor nampak nya pun relevan di sana.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aku suka Nazri "bouncer" Menteri Umno di zaman Najib. Dia ada telor bila mengata TMJ jangan mmelibatkan diri dalam politik -

      Stay out of politics or get whacked, Nazri tells TMJ - The Star ...
      https://www.thestar.com.my/news/nation/.../nazri-tells-tmj-to-stay-away-from-politics/

      Jun 13, 2015 - Stay out of politics or get whacked, Nazri tells TMJ ... if we hit you back, don't get angry," he told reporters after officiating an event in Universiti ..

      Padam
    2. MB Johor ada telor -

      Pulau Kukup kekal Taman Negara
      Diterbitkan 9 Dis 2018 M'kini

      Kerajaan Johor hari ini mengumumkan Pulau Kukup di Pontian akan kekal sebagai taman negara.

      Menteri Besar Osman Sapian berkata keputusan itu diambil selepas beliau berbincang dengan sultan Johor.

      Padam
  3. Backup nampak...kikiki.. Telur ayam memang sudah naik harga. Di kedai runcit Gred B pun 30 biji RM13.50. Gula pun RM2.85 satu kilo...naik lagi..harga kuih bahulu..nasib baik ringgit dah naik.masih untung lagi sebab aku beli kat Philippines..tukaran rm ke peso masih tinggi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pandai kau. Pandai cari tempat murah. Org kata telur kt thailand murah. Tapi aku beli kt belanda, bapak punya murah. 5 singgit.

      Padam
    2. Jaga jangan kena fake peso. Boleh murah atau poket rebah.

      Tanya kat guards di Forbes Park, Makati, tu boleh dapat.

      Nak mestiza pun boleh dapat. Tapi fulus kena sebat.

      Padam
    3. MALAIKAT PUN BUAT SILAP....INIKAN PULAK MAMAK MATDEY AL KUTTY.....KIHKIHKIH...

      ...ATOK GILA...

      Padam
    4. KAMU YANG GILA.

      KAMU KOPIPES SANA SINI. MELALAK BETUL2 MCM ORANG GILA.

      Padam
  4. Cerita telur kurang, harga tak menentu, ada yang kurang telur, tak jaga telur sendiri ...

    Telur kurang, harga tak menentu - biasa lah, bila supply kurang, harga naik melambung. Tapi, apa sebab sebenar nya nya telur kurang? Takda imot dari Thailand untuk stabilkan harga ke? Takda kontrol langsung ke harga2 barangan sekarang nih?

    Kementerian mana, Menteri mana yang bertanggung jawab mnentukan cukup supply utk keperluan rakyat? Menteri Dagangan Dalam Negeri? Menteri Pertanian?

    Harga asyik naik pada umum nya - Kementerian / Menteri mana yang bertanggung jawab mengawal harga barangan? Menteri Dagangan Dalam Negeri? Apasal tak kawal? Apasal takda berita pasukan2 penguatkuasa keluar memeriksa, membuat saman dsb nya? Apa pegawai2 penguatkuasa buat di zaman sekarang?

    Menteri2 berkenaan tak ambil tindakan sebab takda telur? Telur di picit peniaga2, pengkilang2, pengeluar2 telur dsb nya?

    BalasPadam
  5. Saya sokong apa Tun Mahatir kta -

    Dr M: Orang miskin tak mampu tunggu tahun depan

    Walaupun yakin keadaan akan semakin baik pada 2019, beliau meminta menteri kewangan merangka bantuan untuk golongan miskin.

    Lim Guan Eng asyik banggakan ekonomi naik maju. Dah sampai masa nya dia cakap pasal orang miskin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dr M memang bagus jadi PM..malangnya menteri2 ramai tidor...kuasa sudah ada ditangan..cakap masih macam pembangkang

      Padam
  6. Ini apa pulak hal nya bini PM nak cakap politik antarabangsa?

    Isteri PM S'pura beritahu Rais agar bertenang

    Isteri kepada Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong, Ho Ching memberitahu Ketua Biro Strategi dan Dasar Bersatu Rais Hussin agar "bertenang".

    Beliau mengulas laporan media Singapura Today Online, yang bertajuk: "Senior member of Mahathir's party warns Singapore of 'pain by a thousand cuts' for its stance on maritime dispute" (Anggota kanan parti Mahathir beri amaran 'kesakitan seribu luka' kepada Singapura berhubung pertikaian maritim).

    Tak pernah dengor isteri PM mana2 negara main peranan politik.

    Mmngarut.

    BalasPadam
  7. Satu je aku nk bagtau.. PH mmg bangsat.. Makin menyesatkn menyusah kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aku pun nak bagi tau satu ajer ... kau mengarut.

      Padam