Sabtu, 8 Disember 2018

Pok Amai Amai ~ Siapa Sakit Naik Atas..!


Nak sampai awan pun ok..! Rakyat memang tunggu walau di mana pun..! Cuma orang tua tua pesan kalau naik tinggi sangat, bila jatuh sakit pun 'tinggi' juga bro..!

Kes bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah, berhubung dakwaan pecah amanah wang kerajaan berjumlah RM6.6 bilion dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.
Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Rozana Ali Yusof, membenarkan permohonan itu selepas mendengar permohonan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib.
Bagaimanapun, tarikh bagi pengurusan kes itu akan ditetapkan kemudian.
Muhammad Shafee memberitahu mahkamah bahawa dua kes yang membabitkan Najib sebelum ini sudah dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.
Menurutnya, pihak pendakwaan juga tidak mempunyai sebarang bantahan terhadap permohonan mereka.
Beliau juga memaklumkan alasan untuk memindahkan kes itu antara lain adalah untuk mempercepatkan proses keadilan.
Peguam Datuk K Kumaraendran yang mewakili Irwan juga mengguna pakai alasan sama untuk memindahkan kes membabitkan anak guamnya.
Pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Jamil Aripin, tidak mengemukakan sebarang bantahan.
Terdahulu, Mahkamah Sesyen menetapkan 18 Disember ini untuk sebutan semula kes yang sama.
Ia bagi membolehkan pihak pembelaan memaklumkan mahkamah berhubung status pemindahan kes itu ke Mahkamah Tinggi.
Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Farez Rahman.
Pada 25 Oktober lalu, Najib, 65, dan Irwan Serigar, 61, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, atas enam pertuduhan pecah amanah milik wang kerajaan berjumlah lebih RM6.6 bilion.
Bagi tuduhan pertama dan kedua, Najib dan Irwan Serigar didakwa bersama atas kapasiti Menteri Kewangan dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Kementerian Kewangan, diamanahkan dengan penguasaan ke atas harta iaitu berjumlah RM1.2 bilion dan RM655 juta milik Kerajaan Malaysia, melakukan pecah amanah ke atas harta berkenaan.
Bagi tuduhan ketiga pula, mereka didakwa diamanahkan dengan penguasaan ke atas harta berjumlah RM220 juta iaitu peruntukan di bawah Belanja Mengurus di bawah Maksud B11 Perkhidmatan Am Perbendaharaan, Aktiviti 021700 KL International Airport Berhad (KLIAB), milik Kerajaan Malaysia.
Tuduhan keempat, kedua-dua mereka didakwa diamanahkan dengan penguasaan harta berjumlah RM1.3 bilion iaitu peruntukan di bawah Maksud B11 Perkhidmatan Am Perbendaharaan, Aktiviti 020500 Subsidi Dan Bantuan Tunai, milik kerajaan.
Tuduhan kelima dan keenam pula membabitkan penguasaan mereka didakwa ke atas harta berjumlah RM1.26 bilion dan RM2 bilion milik kerajaan.
Sehubungan itu, kedua-dua tertuduh didakwa melakukan pecah amanah jenayah ke atas semua harta berkenaan.
Semua kesalahan itu didakwa dilakukan di Kompleks Kementerian Kewangan Malaysia dalam Wilayah Persekutuan Putrajaya antara 21 Disember 2016 dan 18 Disember 2017.
Teringat lagu pok amai amai..!
Siapa sakit naik atas..! Sakit..! Naik atas???
Sakit bro...!
Lu Fikir La Sendiri..!

10 ulasan:

  1. Yg. ni TAK pula lu TERLALAK ya si BLOG BANGKAI BABI oi - psl. ROMPAKAN2/RASUAH2/PENGGUBAHAN WANG HARAM oleh PMhomo PAR*A KERALA terBANGSAT dan paling CELAKA di DUNIA!! Begitu juga si KULI TERBANGSAT-no 2 DUNIA, kit siang BANGKAI BABI DAPeliwat ZIONIS dia! Si PENJAJAH2 BINATANG ni mmg. dah mengANJING KURAPkan habis2an syukriHOMO/SP*M tu!!

    Di - https://www.malaysia-today.net/2017/10/10/how-mahathir-moves-his-billions/
    How Mahathir moves his billions

    Raja Petra Kamarudin

    Malaysia Today
    Oct 17, 2017

    (Tok Terkedu)

    BalasPadam
    Balasan

    1. Siapa peduli apa Raja Petra Kamarudin kata? Dia dah terhumban dan menyorok di satu sudut, kampung kecil di England. Cabut lari dari waran tangkap Polis Malaysia.

      Padam
    2. RPK? Org dah ambik pot dah!!
      Mcmana ada lagi yg masih petik tulisan dia?

      Padam
  2. Bagus nya bicara terus di bicara boelh cepat dapat mereka masuk penjara. Kalau rayu pun, ha nya 2 peringkat aje sebelom selesai proses mahkamah.

    Saya mahukan, dan percaya, mereka akan masuk penjara. Tak kira lah sesiapa mengata sekarang ini ha nya mahkamah rakyat (court of public opinion) ke.

    BalasPadam
  3. Ahli pas tetap berdiri teguh diblkg najib. Bagi kami pas, sepatutnya najib jadi perdana menteri. Lagipun dia waris keturunan raja bugis. Malahan rosmah keturunan raja minang. Hal2 dia seleweng duit beratus juta tu toksah la ungkit. Benda dh lepas...kami pas berpuashati. Beg rega beratus ribu sebijik tu..emas berkilo..mmg kak ros layak pkai. Dia level model muslimah kpd wanita pas. Kejayaannya memberi semangat kpd putri2 pas.
    Yg lepas tu lepas la...
    Nanti kami ahli pas akan carik ayat quran yg boleh membela perlakuan rasuah najib dn kak ros. Tungguuu.

    Takbirrrr!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Berdiri teguh tu kena jaga cara nya.

      Silap2 bila Drill Sargeant memeriksa barisan banduan suruh Najib keluarkan barang dia untuk di periksa, bila di ketuk dengan baton, kamu yang menjerit.

      hehe

      Padam

    2. Hah, sebab kau sakit, kau kena lah naik ke atas. Larat ke kau buat apa2 di atas Najib yang menyiarap?

      Jangan berdiri belakng Najib dengan tak tentu arah. Dia pencuri, perompak dan pelanun. Nanti kamu sama terseret.

      Sekarang Wak Jahid dah kena, Rosmah pun kena, Shafee pun kena, ramai lagi yang berdiri belakang Najib, menerima dan/ tau jugak terlibat dengan pindah wang money laundering apekebende kena berpuluh tuduhan di mahkamah.

      Padam
  4. Hahaha, bodoh nya kamu mengata Najib patut jadi PM sebab keturunan Raja Bugis dan Rosmah keturunan Raja Minang. Tak masuk buku, Mat.

    Mengarut kamu.

    Kamu bukan ahli PAS tapi penyokong Najib menyamar sebagai oarng PAS. Kalau penyokong tabar Tok Garu Hadi dapat tahu siapa kamu, teruk kamu di belasah.

    Orang2 PAS sejak Muktamar dulu lagi mahukan Tok Garu jadi PM.

    BalasPadam