Sabtu, 22 Disember 2018

Perlu Ker..!


Dalam dunia politik sebenarnya tiada istilah kawan sepanjang zaman, musuh sepanjang hayat..! 

Ideologi perjuangan parti tetap sama, yang berubah orang yang berjuang tu..! Berjuang untuk apa?
Perbuatan wakil rakyat melompat parti mengelirukan rakyat yang memilih mereka, kata anggota Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin.
​​​​Justeru, beliau berkata undang-undang anti-lompat parti perlu diwujudkan bagi mengekalkan integriti dan moral wakil rakyat yang dipilih.
"Kita ingin melihat wakil rakyat benar-benar bertanggungjawab kepada rakyat, kawasan dan negara. Sudah tiba masanya untuk kerajaan Pakatan Harapan merealisasikan hasrat rakyat dengan membawa akta ini ke Dewan Rakyat.
"Jika tidak, perbuatan lompat parti ini menjadi trend, seolah-olah mereka yang kalah pada pilihan raya boleh menyertai parti yang menang, seperti mengambil kesempatan dalam kesempitan orang lain," katanya ketika menjadi tetamu program temubual Ruang Bicara terbitan Bernama News Channel (BNC) di Wisma Bernama, malam tadi.
Beliau yang baharu dilantik sebagai pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah berkata dirinya akan setia bersama parti itu dan terus berjuang untuk membantu mengukuhkan kembali UMNO dengan nafas baharu.
Cadangan bagi menggubal Akta Anti L ompat Parti sebelum ini disuarakan oleh anggota Parlimen Bukit Gelugor Ramkarpal Singh, turut senada dengannya adalah Senator Datuk Lee Tian Sing yang menggesa kerajaan agar menggubal akta berkenaan bagi memastikan kesetiaan dan integriti wakil rakyat kepada pengundi mereka.
Sementara itu, Ketua Pusat Pengajian Asia Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Madya Dr Faisal S. Hazis berkata isu keluar parti secara beramai-ramai bukan perkara baharu kerana wujudnya permainan politik penaungan dan menjadi lumrah dalam proses peralihan kuasa.
Malaysia perlu mempunyai undang-undang bagi mendisplinkan ahli politik negara namun ianya perlu mengambil kira Perkara 10 (1)(c) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa semua warganegara berhak untuk membentuk persatuan.
-- Bernama
Disiplin dan integriti diri sebenarnya cukup dalam menjelmakan jatidiri seorang politikus sebenar..! Tak perlu di ikat ikat pun..!
Tapi kalau nak diikat dengan segala undang undang, nampak sangat politikus Malaysia ni tak cekal dan kuat sebagai pejuang parti..!
So, berjuang untuk apa? Berjuang untuk diri jer la..!
Tu yang kalut..!
Lu Fikir La Sendiri..!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan