Isnin, 17 Disember 2018

Jahanam Dah Pigayyarr Ni..!


Rosak dah parti ni..! 

Tujuan asal penubuhan parti ni pun kerana mahukan Anwar keluar penjara..! Makanya pula sekarang Anwar memang sudah bebas dan duduk di bilik mewah..! Tentunya tujuan penubuhan PKR sudah dilihat tidak relevan..!

Itu yang berantakan..!

Anggota Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar tetap yakin Rafizi Ramli yang kalah dalam pemilihan PKR yang lalu merupakan "pilihan terbaik" untuk menjadi timbalan presiden PKR.
Nurul Izzah berkata demikian melalui kenyataan di Twitter sebagai membalas kenyataan Rafizi yang memberi sokongan berhubung tindakannya meletakkan jawatan naib presiden PKR hari ini.
"Terima kasih, teman seperjuangan, @rafiziramli. Walau saudara tidak berjaya dalam pemilihan parti, saudara telah berjaya meyakinkan saya bahawa pilihan terbaik adalah mendokong saudara selaku calon timbalan. 
"Semoga Allah lindungi idealisme perjuangan kita bersama. Mara terus," katanya.
Pada pemilihan PKR yang lalu, meskipun memberi cabaran yang sengit, Rafizi gagal menewaskan Mohamed Azmin Ali bagi jawatan timbalan presiden. Perseteruan di antara penyokong kedua-dua pemimpin itu dilihat masih berlanjutan.
Terdahulu, Malaysiakini memetik sumber yang mendakwa kem Azmin cuba menghalang Rafizi dilantik semula menjadi naib presiden.
Sumber mendakwa Presiden PKR Anwar Ibrahim berpihak pada Rafizi dan cuba merancang pelantikan semula berkenaan.
Selain jawatan naib presiden PKR, awal hari ini, Nurul Izzah yang merupakan anak kepada presiden PKR turut mengumumkan meletakkan jawatan sebagai pengerusi PKR Pulau Pinang.
Beliau juga mengumumkan tidak lagi akan berkhidmat dengan kerajaan persekutuan atas sebarang kapasiti.
Untuk rekod Nurul Izzah sebelum ini dilantik mempengerusikan Jawatankuasa Pemerkasaan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional Malaysia (TVET).
Nurul Izzah mengumumkan peletakan jawatannya ketika bekas pemimpin pusat PKR Latheefa Koya mendakwa wujud kronisme dalam pelantikan pengerusi PKR negeri.
Latheefa sebelum ini juga membidas pelantikan Nurul Izzah sebagai pengerusi PKR Pulau Pinang
Dalam perkembangan berasingan, Anggota Parlimen Pasir Gudang Hassan Karim hari ini menolak pelantikannya sebagai pengerusi PKR Johor dengan mendakwa proses pemilihan bagi jawatan berkenaan tidak telus.
Karipap ada karipap..?
Lu Fikir La Sendiri..!

8 ulasan:

  1. Megat Alang Sengketa17 Disember 2018 11:02 PTG

    Semakin kabur lah impian Abang Non. Meleleh lagi lah air liur kempunan nak makan telor gajah. Hehehekikikihahahakahkahkah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Abang Kit kata Abang Non "still set to become PM .." -

      Kit Siang: Anwar still set to become PM, despite Umno defections

      The recent spate of defections from Umno will not derail Pakatan Harapan's plans to make PKR president Anwar Ibrahim the next prime minister, said his long-time ally Lim Kit Siang.

      Prior to the 14th general election (GE14), Harapan component parties arrived at a consensus that Anwar would replace Prime Minister Dr Mahathir Mohamad mid-term, estimated to be in 2020 or 2021. No firm handover date was set.

      However, with Bersatu absorbing Umno...

      Padam

    2. Ambo suko the wordings "No firm handover date was set." Ambo nok Tun Mahathir pegang jawatan selama yang kesihatan dia benorkan.

      Mahu DEB yang dia giatkan semulo capai se kurang2nya 40% kekayaan koprprat dll untuk Melayu di negara ini.

      Mahu lihat lebih ramai billionaire Melayu - tak masuk Najib yang ada RM2.6 billion dalam akaun bank dia, wang rakyat dia curi dari 1MDB.

      Padam
  2. Siapa pemimpin melayu yg layak jd pm? Klu ikut cara penilaian kamu..... TIADA. Setiap calon ada cacat cela.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada ramai calon lain yang cacat nya tak serius. Cacat meliwat amat serius, Bang.

      Serius 3-4 kali -

      1. Tipu bini, anak2
      2. Seks dengan lain dari bini
      3. Seks di luar tabi'i
      4. Buat gitu ke atas dua orang yang berlainan, masuk penjara 2 kali

      Padam
  3. Cantik si Nur Izzah nih. Bila baca ayah dan emak dia pigi istana di Kota Bharu dulu, ore' kato mungkin hal walimatul urus, keluar rasa jeles jugak, hehe.

    Sayang lah kalau kecantikan dia sia sia saja. Gitu jugak kebolehan berpolitik nya. Aneh, letak jawatan Naib Presiden PKR dan Ketua PKR Penang. Tambah pulak kata tak mahu pegang apa2 jawatan Kerajaan.

    Semua itu dia buat dengan mengejut. Apa hal?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Banyak hal. Dia tak cakap, kita spekulasi - siapa kita kita tak boleh spekulasi pasai orang politik?

      Dia merajuk -

      1. Ramai orang komen famili dia bolot kepimpinan PKR. Nepotisme, depa kata. Jadi Naib Presiden tidak - itu pilihan ahli2. Tapi Ketua PKR Penang itu di lantik bapak dia. Antara yang melaungkan nepotisme di media massa ia lah Latifah Koya, ahli PKR

      2. Emak dia dah pegang jawatan Timbalan PM. Bapak dia di jangka jadi PM. Walau pun dia di kata Cabinet-material, gamak nya rasa janggal kalau di beri jawatan Menteri bila bapak dia jadi PM. Bosan jugak dia bila memikirkan hal ini.

      3. Emak dia jadi Timbalan PM by accident - nampak nya sebagai proxy sebelom bapak dia keluar penjara dan di ampunkan. Tapi emak dia rasa sedap, nampak nya. Tak dengor cerita ada offer jawatan TPM itu kpd bapak dia.

      4. Jadi, bila bapak dia jadi PM, emak dia pun masih mahu jawatan kabinet jugak nampak nya. Maka si anak pun bosan lagi dengan kemungkinan dituduh nepotisme.

      5. Mugkin ada makna kata2 Pengarah Streteji PPBM Rais bahawa, sampai masa nya, Nurul Izzah akan ambik balik jawatan2 itu. Kot selepas melihat ramai orang pujuk dia. Kot ini strategi dia. Supaya boleh nampak amat popular, letak jawatan2 pun, di pujuk suruh ambil semula.

      6. Spekulasi yang ke 6 ini, kalau betul, menidakkan kelayakan dia menjadi orang kuat politik. Apa dia? Berkaitan dengan bulan. Sebab dia tak kasi tahu sebab2 tindakan nya, maka spekulasi ini pun tak salah.

      Padam
  4. Tak boleh kira apa Rafizi cakap. Sebab dia sendiri tak ada jawatan.

    Bukan popular pun. Nak lawan jawatan Timbalan Presiden pun kalah.

    BalasPadam