Kini semakin menjadi trend untuk masing menunjukkan kesediaan mereka untuk menerima "ice bucket challenge" sebagai kononnya untuk kempen kesedaran  amyotrophic lateral sclerosis (ALS) atau sindrom Lou Gehring. Memang ALS ini agak menakutkan kerana seseorang itu boleh mati dalam suasana system sarafnya tidak "jem" - contoh tidak mampu untuk menggerakkan sistem penafasan seorang untuk bernafas - akibatnya mati.
Berapa ramaikah orang dihinggapi penyakit sebegini? Populasi yang kecil sahaja. Yang mati akibatnya pun tak ramai. Yang kena penyakit kanser lagi ramai - membunuh lebih ramai dari ALS.
Kenapa tidak dibuat kempen kesedaran bahaya kemalangan - yang purata meninggal di jalanraya di Malaysia ini sekitar seorang setiap 90 minit (?).
Kenapa tidak diberikan kesedaran bahaya dan ancaman kepada anak muda mudi kita yang terpengarh dengan dadah dan pelbagai lagi penyakit sosial?
Teringat akan sahabat saya yang kena ALS yang menyerang saraf suaranya hampir 15 tahun lalu. Akhir beliau sukar untuk bercakap. Tetapi masih lagi hidup dan boleh mengadap internet beberapa jam sehari - hingga ke hari ini.
Baptism by Ice
Agaknya berapa orang yang buat "ice buket challenge" menderma untuk "tujuan asal" kempen?

Apakah perlu kta terikut-ikut sama? Ada pula wanita Melayu yang berpakaian lengkap basah kuyup di hadapan khalayak ramai ... di mana adab susila Melayu?
Apakah ada motif lain dari kempen sebegini rupa?
Apakah ini juga menyerupai ritual baptis dalam agama Kristian? Apakah ini agenda halus pihak tertentu?
Apakah ini pula suatu ritual simbolik illuminati? Memang ada pun upacara sebegini dalam ritual mereka yang ramai tidak sedar.
Jangan kita terlalu mudah terikut-ikut budaya asing yang mungkin boleh juga mengugat kemurnian aqidah kita. Budaya memegang lilin kini sudah menjadi suatu trend walaupun ianya ada kaitan dengan upacara keagamaan yang sesat.
Semoga kita dan keluarga kita serta sahabat kita dijauhi dari kebodohan sebegini.