Sabtu, 24 Disember 2011

Alfatihah Kepada Allahyarham Tan Sri Hamid Othman

PM Sifatkan Abdul Hamid Othman Tokoh Agama Yang Berjasa Kepada Negara

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan pemergian bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Abdul Hamid Othman sebagai kehilangan seorang tokoh agama yang banyak berusaha menegakkan syiar Islam di negara ini.

Semasa hayatnya, Abdul Hamid pernah dilantik sebagai penasihat agama kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada 2001 dan kemudian sebagai penasihat agama kepada Abdullah dari 2005 hingga 2009.

Beliau yang juga Penasihat Hal Ehwal Islam kepada Maju Holdings Group meninggal dunia kira-kira pukul 4.45 petang tadi ketika sedang menjalankan urusan kerja di pejabatnya di Maju Junction di sini.

Orang baik...pemimpin berjasa...meninggal pun hari Jumaat...didoakan rohnya ditempatkan disisi para solihin...amin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan