Jumaat, 23 Disember 2011

Najib Didesak Mahasiswa UM Petang Tadi..!


KUALA LUMPUR: Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak today visited the KR1M 1Malaysia Shop at Universiti Malaya, the first tertiary institution in the country to open such an outlet.

Petang tadi YAB PM diiringi oleh YB Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi & Kepenggunaan telah melawat kedai Rakyat 1 Malaysia (KR1M) yang pertama wujud di kampus Universiti.

Kehadiran beliau disambut mesra oleh para mahasiswa dan mahasiswi yang menunggu beliau sejak tengah hari. Najib sempat minum teh tarik dan menikmati roti canai bersama sama para mahasiswa didalam set Menu 1Malaysia yang ada dijual.

Sementara itu YB Dato Ismail Sabri menjelaskan bahawa kesediaan Kementerian beliau untuk membuka seberapa banyak KR1M di semua Universiti Awam dengan mengadakan kerjasama bersama pihak Koperasi Universiti pada tahun depan.

Pihak pelajar yang ditemui juga melahirkan rasa suka dan berterima kasih atas pembukaan KR1M serta kewujudan Kedai menjual Menu 1Malaysia kerana mereka dapat merasai kewujudannya benar benar membantu dalam memenuhi keperluan mereka seterusnya dapat menikmati makanan yang lazat serta barang yang berkualiti dengan harga yang jauh lebih murah...!

Mereka juga mendesak agar KR1M dan Kedai Menu 1Malaysia ini dapat diperbanyakkan lagi didalam kampus dan kawasan Universiti... Alamak si barua nurul izzah mesti demam! tony puaka mesti serang kedai tu besok...!!!

Lu Fikir La Sendiri!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan