Khamis, 22 Disember 2011

Apa Kejadah Nya?


Berkuatkuasa tahun hadapan, Lembaga Penapis Filem (LPF) tidak lagi menapis sesebuah filem sebelum ditayangkan, sebaliknya peranan tersebut akan diserahkan kepada pengarah dan penerbit filem itu sendiri.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Mahmood Adam berkata, langkah terbaru itu diambil selepas mengambil kira pandangan daripada semua pihak yang menjayakan industri perfileman negara.

Bagaimanapun katanya, jika terdapat masalah berbangkit mengenai sesebuah filem yang ditayangkan, maka penerbit dan pengarah filem berkenaan perlu bertanggungjawab.

Persoalannya ialah apa perlunya? siapa yang menyalak nyalak dan mendesak LPF ni dihapuskan fungsinya? Apakah rakyat terbanyak berguling guling di depan kereta Mahmod Adam mendesak agar dihapuskan LPF? Pandangan rakyat atau pandangan 2-3 kerat pengarah Filem?

Apakah ini KPI KDN? Apakah ini transformasi KDN? Kalau begitu mudah lah kerja KDN! buang segala peraturan dan syarat yang selama ini memayungi hidup rakyat!!! Dasar terbuka yang akhirnya menyebabkan rakyat dan negara hilang jati diri dan budaya!!!

Apakah ini salah satu NKEA yang dicadangkan oleh PEMANDU yang dibawa oleh Idris Jalang dalam setiap LABnya.. Patut lah program 6P yang sedang dilaksanakan oleh KDN kini kelam kabut dan minta untuk dipinda! Itu keputusan LAB mana pulak! Sejarah Idris Jalang ni ada di sini untuk tatapan pembaca.

Kita faham bahawa dunia semakin terbuka, kalau tidak di dalam Filem sekalipun masyarakat tetap mempunyai ruang untuk mendapatkan sesuatu yang jelas dan pasti tidak ditapis. Itu jelas!

Tapi bukankah kewujudan LPF itu sendiri membuktikan akan kebertanggungjawaban pihak Kerajaan dalam mempastikan penggiat seni tanahair beradap, bersopan, bertanggungjawab dan memikul amanah untuk mewarnai wajah dan warna filem kita dengan acuan kita sendiri! Filem kita kan wajah kita!!!

Kalau setakat ini pun filem yang masih lagi tertakluk dibawah LPF masih banyak yang hilang arah, hilang budaya malah jauh dalam memberikan pendidikan kepada masyarakat...apatah lagi kalau di biarkan wewenang dengan hasil karya seni yang sedikit tinggi dari sampah!

Seni dijadikan lesen untuk diperalatkan bagi sesetengah penggiat seni! Lebih malang mereka ini pula hanya sebahagian dari alat pemodal pemodal yang jelas mahu membentuk keperibadian dan nilai hidup rakyat melalui propaganda yang licik atas nama seni!

Tak heran hari ini musuh boleh masuk kedalam ruang tamu dan kamar tidur hanya melalui kaca television. Penjajahan secara fizikal dan mutlak telah berlalu tetapi siri siri penjajahan tetap dilakukan oleh zionist yahudi dan barat...!!!

Kalau Kerajaan telah melakukan kesilapan dengan membenarkan Astro memonopoli dan membentuk sebilangan besar ruang lingkup hidup dan pemikiran rakyat, maka sewajarnya Kerajaan belajar dan berhentilah dari terus melakukan kesilapan demi kesilapan...Idris Jala hanya alat! Tapi KDN juga alat kita dalam mempastikan maruah Agama, Bangsa dan Negara terus dapat dipertahankan...!!!

Lu Fikir La Sendiri!!!


1 ulasan:

  1. Sekarang ni dah ada KSU yang BANGANG 2 ...

    Aku pun tak faham..yang Mamat Najib setuju dengan dengan rekomendasi Pengarah JPA tu wat per !

    BalasPadam