Sabtu, 2 Mac 2013

TERKINI..! SAMY VELLU BERTANDING SEMULA DI SUNGAI SIPUT..!


Biar betul? tak ke dia orang juga dulu yang menyebabkan Samy ni kalah..! kenapa pulak sekarang tetiba mengenang ngenang..! mengharap harap.! merindu rindu..! baru menyesal atau ada agenda tersembunyi?

YAB PM mesti ada laporan sahih dan terkini mengenai calon yang sesuai di Sungai Siput..kalau memang Samy ni boleh memenangkan kerusi tu kembali..kenapa tidak? Yang mustahak ialah BN mencapai kemenangan terutama di kerusi putih yang memang tradisinya kepunyaan BN bagi mencapai kemenangan 2/3 insyaAllah.

Musykil jugak kekadang..tetiba jer..! betul ke cakap dia orang ni ???

SUNGAI SIPUT 2 Mac - Peluang Barisan Nasional (BN) merampas semula kerusi Parlimen Sungai Siput daripada Parti Sosialis Malaysia (PSM) lebih cerah sekiranya bekas Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu kembali bertanding di kawasan tersebut.

Ketua MCA Bahagian Sungai Siput, Simon Hein berkata, masyarakat dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Cina di kawasan berkenaan mahu Samy Vellu kembali berkhidmat di kawasan itu kerana mereka gembira dengan perkhidmatan yang dicurahkannya selama menjadi ahli Parlimen kawasan itu sejak 1979.

"Berdasarkan maklum balas hasil beberapa perjumpaan jentera BN dengan penduduk Sungai Siput baru-baru ini, pengundi kaum Cina lebih suka Datuk Seri Samy Vellu kembali menjadi calon.

"Ini kerana sehingga kini, walaupun sudah hampir lima tahun selepas Parlimen Sungai Siput jatuh ke tangan PSM, tiada pembangunan dibawa di sini," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Timbalan Pengerusi MIC Bahagian Sungai Siput, S. Elangoo pula berkata, perasaan itu wujud kerana masyarakat di pekan tersebut sudah terlalu rapat dengan bekas Menteri Kerja Raya itu sejak hampir 40 tahun lalu.

"Sewaktu Samy Vellu menjadi ahli Parlimen, pelbagai kemudahan, infrastruktur dan peluang pekerjaan dinikmati penduduk Sungai Siput termasuk kaum India. Tetapi kini, semua tidak dapat," katanya.

Namun begitu, tegas Elanggo, kedua-dua mereka akan akur dan tetap memberi sokongan penuh sekiranya pucuk kepimpinan BN meletakkan calon lain untuk bertanding di kawasan Parlimen tersebut pada pilihan raya umum nanti.

Sementara itu Samy Vellu enggan mengulas lanjut gesaan itu dan menegaskan, tumpuannya kini sebagai Pengerusi BN Sungai Siput hanya untuk memastikan kemenangan parti di situ dan dua Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawahnya. -UTUSAN

LU FIKIR LA SENDIRI!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan