Ekoran berita Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak akan mengadakan pertemuan dengan pemimpin Barisan Nasional menyebabkan ramai wartawan dan jurugambar berkampung di luar pejabat Perdana Menteri.
Difahamkan beberapa pemimpin negeri mengadakan pertemuan Najib untuk membincangkan mengenai senarai calon bagi pilihan raya.
Difahamkan pada pukul 2.30 petang Perdana Menteri bertemu dengan wakil daripada Sabah, Johor, Selangor dan Perak dalam sesi yang berasingan.
Kereta yang dinaiki pemimpin berkenaan dilihat tiba di Kompleks Jabatan Perdana Menteri seawal pukul 9 pagi.
Turut difahamkan mesyuarat bersama pemimpin parti komponen akan berlangsung sepanjang hari Jumaat.
Wartawan yang berkampung di sana hanya dilengkapi dengan peralatan kerja masing-masing bersama-sama air mineral mereka telah menunggu di bawah cuaca panas terik seawal pukul 10 pagi.
Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional, akan memuktamadkan senarai calon yang akan mewakili parti itu pada pilihan raya umum kali ini.
SEMENTARA ITU...
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima pemakluman rasmi daripada Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan, memaklumkan DUN Negeri Sembilan Ke-12 telah terbubar dengan sendiri pada Khamis.
Surat perisytiharan pembubaran itu diserahkan Pengarah SPR Negeri Sembilan Afizam Abdullah Sani kepada Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof di ibu pejabat SPR di sini.
Menurut Abdul Aziz berdasarkan peruntukan undang-undang, SPR mempunyai tempoh 60 hari untuk menetapkan tarikh penamaan calon dan pengundian berkaitan pilihan raya umum bagi DUN berkenaan. "Perkara itu akan ditentukan melalui mesyuarat khas yang akan ditetapkan kemudian, namun, adalah menjadi hasrat SPR mengadakan pilihan raya umum secara serentak," katanya.
DUN Negeri Sembilan terbubar secara automatik hari ini apabila tempoh mandat lima tahunnya berakhir tengah malam tadi, sekali gus mencatat sejarah pembubaran DUN pertama secara automatik di negara ini.-BERNAMA
LU FIKIR LA SENDIRI!!!
esok la tu
BalasPadammcm tau tau je hehe.. standby jele.. esok la tu ;)
BalasPadam