Isnin, 25 Mac 2013

Negeri 9 Dah Jelas, Yang Kabur Selangor..!


Sebok kuda belang mengata PM bila nak bubar Parlimen, tapi Khalid gagap yang merapu nak bubar Dewan Undangan Negeri Selangor sejak chap go mei lagi dulu sampai sekarang tak bubar apa cerita?

Hampir 30 wartawan dari pelbagai organisasi media hari ini pulang tanpa 'berita tergempar' setelah tiada pengumuman pembubaran Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor oleh Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim seperti yang diharapkan.
Bahkan Abdul Khalid tidak hadir pada sidang akhbar di Bilik Media Tingkat 20 Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini yang penuh sesak dengan wartawan yang menunggu sidang akhbar Mesyuarat Mingguan Majlis Kerajaan Negeri Selangor, biasanya diadakan pada Rabu.
Sementara itu YAB MB Negeri Sembilan mengumumkan...

Dewan Undangan Negeri (Dun) Negeri Sembilan akan terbubar dengan sendiri Khamis ini jika tidak dibubarkan dan bukannya esok, kata Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan petang ini.

Beliau berkata, terdapat kekeliruan membabitkan perjalanan Dun yang menurut Undang-Undang Tubuh Negeri Sembilan di bawah Fasal 56(3) menyebut Dewan akan berjalan selama lima tahun dari tarikh mesyuarat pertama.

“Jadi secara automatik ia akan dibubarkan selepas itu kecuali dibubarkan terlebih dahulu.

“Masalahnya ialah bagaimana untuk menentukan tempoh lima tahun itu bermula atau telah tamat dan dalam dalam hal ini, kita guna Akta Interpretasi 1984 dan 1967,” kata beliau pada sidang media diadakan di kediamannya di sini.

Menurutnya, dalam akta itu dinyatakan, di bawah Seksyen 54(1) "in computing time for the purposes of any written law (a) a period of days from the happening of any event or the doing of any act or thing shall be deemed to be exclusive of the day on which the event happens or the act or thing is done."

Mohamad berkata, ia bermaksud bahawa apabila mengira waktu atau tarikh bermulanya bila dalam akta itu, hari kejadian tidak dikira sebagai hari bermula, sebaliknya hari esoknya.

“Jadi dalam hal pembubaran Dun secara automatik hari kejadian atau hari wakil rakyat mengangkat sumpah iaitu pada 27 Mac 2008 tidak dikira sebagai hari pertama Dun berjalan.

"Ia dikira pada hari keesokannya iaitu pada 28 Mac 2008. Merujuk perkara itu, umur Dun kita akan sampai 27 Mac 2013 pada 12 tengah malamnya dan genaplah lima tahun serta terbubar pada 28 Mac 2013,” katanya.

Kuda belang pembangkang faham ke ni?

Lu Fikir La Sendiri!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan