Khamis, 21 Mac 2013

Anwar Meneruskan Hajatnya, Gomo Terus Menyingkap Rahsianya...!


KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memfailkan saman fitnah RM100 juta terhadap pemblog Papa Gomo berhubung penyiaran perkataan dan beberapa keping gambar 'intim' yang mengaitkan dirinya dengan seorang lelaki, minggu lalu.

Writ saman itu difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi dengan menamakan pemilik dan pengendali blog tersebut yang dikenali sebagai Wan Muhammad Azri Wan Deris sebagai defendan.


Menurut peguam R. Surendran, tindakan saman itu diambil selepas tamat notis 48 jam yang diberikan kepada Papa Gomo, yang telah dihantar kelmarin.

Menurut Surendran, Anwar mengambil tindakan saman ke atas defendan kerana menyiarkan perkataan dan gambar di laman blognya bahawa terdapat video seks Anwar dengan lelaki gay.

"Defendan dengan lantang dan jahat mendakwa lelaki dalam video tersebut adalah Anwar Ibrahim. Ini adalah penipuan yang amat besar dan serius dan fitnah jahat oleh blogger Umno," katanya.


Nantikan tindak balas panas meletup letup dari papagomo...
Lu Fikir La Sendiri!

4 ulasan:

  1. yeehaaaa....anwar dh mulakan game yang menarik! sama2 kita tgu tindak balas dari papa gomo....go go go papa gomo!!!!!

    BalasPadam
  2. Nanti lu orang tengoklah. Bila Anu arr kantoi dengan Papagomo, dia akan buat u-turn kata bukan dia yang buka fail saman tapi loyar dia. Puaslah pulak loyar dia nak cari duit nak bayar saman pada Papagomo. Aku tunggu respon panassss dari Papagomo. Go Papa Go. Gomo...Gomo..Gomo....

    BalasPadam
  3. Berani kerana benar. Berani akan menang. Dalam buku Konspirasi oleh Ahmad Sayuti, terang-terang mengata Anwar seorang biseksual, homeseksual. Saman lah Ahmad Sayuti

    BalasPadam
  4. m sayuti omar ni asalnya sama mcm mat sabu & kapral singhe,konsisten menuduh pak syeikh mel;akukan salahlaku seks,tp bila mamak penang tu kna tndang dia lagi teruk dari mat sabu & singhe,dia u-turn berpusing2,dia peluk cium aljub,dinobatkannya mantan tpm tu sebagai tokoh islam yg teraniaya,dianiaya,dijulangnya kwn tu sebagai tokoh islam yg maha hebat.at least mat sabun & singhe u-turn sikit saja

    BalasPadam