Situasi Lahad Datu: Penduduk titis air mata lihat kesan pertempuran
30 Mac 2013
LAHAD DATU -
Kesan tembakan boleh dilihat dengan mata kasar di setiap rumah dilalui petugas media yang berpeluang melihat sendiri kesan pertempuran antara pasukan keselamatan negara dengan pengganas Sulu.
Ada kesan tembakan daripada senjata ringan seperti M-16 dan ada juga kesan tembakan senjata berat seperti mesingan berat (GPMG) sehingga terdapat kesan lubang besar pada rumah penduduk dan kenderaan.
Semalam, buat pertama kalinya petugas media dibenar masuk ke kawasan pertempuran bersama pasukan keselamatan, Pejabat Daerah Lahad Datu, Jabatan Kerja Raya serta 30 ketua keluarga penduduk Kampung Tanjung Batu kira-kira jam 9.30 pagi, selepas disytiharkan selamat.
Sebaik tiba di Kampung Tanjung Batu, hati mula terasa sedih dan terkejut melihat kesan pertempuran yang amat dahsyat seperti kita melihat cerita-cerita perang di televisyen.
Sebak juga rasanya apabila melihat ada dalam kalangan ketua keluarga menggelengkan kepala dan ada menitiskan air mata apabila melihat sendiri kediaman mereka didiami sejak kecil musnah begitu sahaja.
Harapan mereka hanyalah mahu kembali aman seperti sedia kala.
SINAR HARIAN.
LU FIKIR LA SENDIRI..!
mohon pas gerakan segera derma tin milo..
BalasPadamini baru derma jihad..
gen2felda
mana PR brani buat derma sbb takut tak masuk SYORGA nanti......pasal media kita pilih kasih konon kata PR...
BalasPadambole caya ke derma 'jihad' tin milo sampai ke tangan yg betol2 memerlukan atau di akhirnya jatoh ke tangan yg 'memalukan' shj...dan derma jihad bertukar mnjadi derma JAHAT spt tabung memali dan pelbagai atas nama 'derma'...
BalasPadam