Diberitakan bahawa Husam Kusam @ masam telah menarik samannya kepada bloggers Papagomo petang tadi. Namun sebab sebab penarikan saman tersebut tak pulak diberitahu.
Sebelum ini Husam begitu garang mengaum menyaman Gomo kerana didakwa memfitnahnya dengan menyiarkan gambar beliau berpimpin tangan dengan seorang wanita China yang didakwa menjadi jurubahasanya semasa mengetuai rombongan mencari pelabur dari China untuk melabur di Kelantan.
Gambar beliau yang dikatakan berpegang tangan dengan wanita China tersebut dinafikan oleh Husam kerana sebenarnya Husam memegang sapu tangan, kesannya Husam menyaman Gomo kerana memfitnahnya serta menjatuhkan maruahnya.
Itu cerita asal saman tu di keluarkan...tup! tup! tarik balik..! kenapa?
Husam tak pulak menceritakan kejayaan pasukannya menarik pelabur dari China hasil dari rombongan tersebut. Berapa trilion modal asing masuk? apa perniagaan yang nak dijalankan? Berapa banyak peluang kerja anak Kelantan yang bakal ditawarkan hasil dari pelaburan dari China yang dibawa oleh rombongan Husam yang memerlukan jurubahasa China tu?
Kalau berjaya mesti di kompangnya cerita tu serata alam..! mesti dah dengar cerita tu dibalik balik balak yang tumbang di lojing lojing? Apa sudahnya?
Tiba tiba petang tadi...ceritanya ialah Husam menarik balik saman..! Ada apa apa yang gomo akan dedahkan ke jika perbicaraan saman terus berjalan? Ada pulak video Chinadoll jurubahasa ke? Ada pulak video Husam bersapu tangan ke? Mesti ada sesuatu yang 'besar' agaknya yang menyebabkan Husam menarik balik samannya?
Tarik saman macam tarik punai agaknya..! senang jer..!!! Cerita maruah yang jatuh tu macam mana? maruah yang dah jatuh tu lebih besar atau ada lagi maruah yang lebih besar disebalik maruah yang dah jatuh tu ke?
Dengar kabor Husam nak fail semula saman tu...! pulak???
Dengar kabor Husam nak fail semula saman tu...! pulak???
Lu FIkir La Sendiri!!!
Ini sebenarnya:
BalasPadamBetul la..Bila check semula, penama Wan Azri tersebut, dan check history Papa Gomo, memang dari akhir bulan September hingga pertengahan bulan Oktober 2012, Papa Gomo dikatakan sakit..Yang update adalah Admin atau KL Pos. Boleh check history. Tapi kan, maknanya, Papa Gomo ni mungkin bukan lah kebal sangat. Masih tertakluk kepada undang2 Malaysia. Atau pun, sebenarnya, Papa Gomo ini adalah blogger upahan PR? Tujuan dia adalah menjadi gunting dalam lipatan? Kenapa bila tengah panas isu keselamatan negara, Papa Gomo plak mencelah dengan video yang viral? Why now Papa Gomo? Dan sikit2 jek edit video tersebut. Saya percaya, Papa Gomo adalah senjata terakhir PR sebenarnya. Saya bukan lah penyokong UMNO atau PR, tapi setiap posting Papa Gomo, sebenarnye membuat pembaca makin marah dengan UMNO. Sangat pelik! Kalau tepat ramalan saya, tiada video seperti yang digembar-gemburkan. Dah banyak kali Papa Gomo claim ada, in the end, illek. Semakin banyak fitnah, semakin orang menyokong PR. Itu adalah modus operandi sebenarnya. Harap rakyat Malaysia nampak perkara ini. Papa Gomo bukanlah lidah rasmi kerajaan, mahupun parti pemerintah. Boleh jadi blogger upahan, yang kiri kanan belasah sokmo. Papa Gomo perlu di siasat. Saya percaya seperti komen sebelum ini, Papa Gomo adalah Wan Azri. Kerana berdendam dengan kerajaan, akibat perbuatan sendiri, semakin kuat dendam dengan kerajaan pemerintah. Saya percaya, UMNO tidak mengupah blogger seperti ini. Papa Gomo perlu di siasat! RAKYAT JANGAN TERTIPU!