Jumaat, 22 Mac 2013

Anak Kiram Heret Sultan Johor Pulak...!



Anak perempuan ketua kumpulan pengganas Jamalul Kiram III, mendakwa Presiden Filipina, Benigno Aquino III menuruti nasihat seorang Sultan dari Malaysia dalam menangani krisis di Sabah.

Akhbar Filipina melaporkan Jacel Kiram mempersoalkan mengapa Istana Malacanang mengikut 'telunjuk' Sultan Ibrahim Ismail (Sultan Ibrahim Sultan Iskandar) yang merupakan Sultan Johor berhubung krisis tersebut.

Dia turut mengkritik Aquino memihak kepada rakyat Malaysia dan kenyataan Presiden Filipina itu yang dilihat menyokong kepentingan Malaysia.

"Berdasarkan sumber Istana Malacanang, Sultan Ibrahim dan ayahanda baginda, Sultan Mahmud Iskandar (Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail) pernah tinggal bersama Aquino dan keluarganya di Boston, Massachusetts pada 1970-an.

"Siapakah baginda (Sultan Ibrahim) kepada anda? Adakah baginda bertanggungjawab mengapa Presiden tidak mendengar sebarang nasihat jururunding politiknya," katanya pada satu sidang media, semalam.

Jacel mendakwa, Sultan Ibrahim merupakan jururunding yang memberi nasihat kepada Presiden Filipina itu.

"Hubungan rapat Presiden dengan Sultan Ibrahim yang merupakan sekutu rapat bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir Mohamad juga menjelaskan mengapa kenyataan dan tindakan Aquino kelihatan pro-Malaysia," katanya.

Sementara itu, jurucakap kerajaan, Edwin Lacierda pula berkata, ini merupakan kali pertama beliau mendengar nama Sultan Ibrahim.

"Kiram sering mengeluarkan kenyataan yang samar-samar, penuh sindiran, menuduh orang lain tetapi tidak pernah melihat kesalahan mereka.

"Bagaimana seseorang mahu melihat kerajaan akan menyokong pendekatan bersenjata dalam satu isu yang berlaku sejak kurun ke-19.

"Dalam usaha untuk menuntut sesuatu yang didakwa milik mereka, mereka menggunakan pendekatan bersenjata dan kini tindakan mereka mengakibatkan kehilangan nyawa, mereka menyalahkan semua orang kecuali diri mereka sendiri," katanya. - AGENSI


LU FIKIR LA SENDIRI!!!

6 ulasan:

  1. MSIA INSIDER YG SIARKN DULU BROO..KIWAK TUL ANUWAR!..SEMUA ORG DIA NK KAITKN..YG X BERKENAAN TRUS JD MNGSA LIWAT DIA...MMG SIYALLLL HARKKKK PTUIHHH

    BalasPadam
  2. tolll tu.... nuar yg kuat main tahii...seme org mauu dipalitnyaa...

    busukkk tolll nuarr nihh...

    BalasPadam
  3. Saman je beribu-ribu juta pulak kat nuar tu....baru dia tau...

    BalasPadam
  4. hahah....cerita2 inspektor gadget..

    BalasPadam
  5. PR memang tak senang dengan Raja2 Melayu...katanya pro-kerajaan...nak buat mcmana memang dah azali benci dengan kaum satu nih..

    BalasPadam
  6. xabis2 Dajjal ini mmbuat onar kat negara kite....semoga doa rakyat negara kite yg mahukan keamanan di berkati Allah...hapuskn la Dajjal itu dgn apa cara sekalipon krn telah terlalu byk kemusnahan dan kehilangan jiwa akibat karenah dan dendam kesumat dajjal itu..

    BalasPadam