Ahad, 31 Mac 2013

Jangan Pilih Peliwat..! - Tan Sri Muhyiddin


Muka macam gangster..tapi jari tetap melentik..! agaknya itu la gaya GAY gangster..! pttuuiihh!!!

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan rakyat Malaysia agar membuat pilihan bijak dalam memilih sebuah kerajaan yang beramanah dan bertanggungjawab pada pilihan raya umum ke-13 nanti.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu memilih sebuah kerajaan yang mampumelaksana segala janji selain melindungi hak keselamatan, keamanan serta perpaduan supaya negara kekal aman dan maju.
"Kita perlu pilih sebuah parti yang kita yakin dapat pertahankan hak kita, kedaulatan kita, ekonomi kita, sosial dan perpaduan kita.
"Jangan salah pilih. Kalau nak pilih, pilihlah yang reda-reda, baik-baik, pandai-pandai, bagus-bagus dan yang soleh," katanya pada program Himpunan Barisan 1Malaysia di sini, Ahad.
Muhyiddin berkata, Malaysia kini di landasan yang betul di mana hala tuju telah diatur sebaik-baiknya oleh pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) untuk mentransformasi negara menjadi negara maju menjelang 2020.
Muhyiddin, yang juga Pengerusi Barisan Nasional Wilayah Persekutuan, berkataprestasi BN tetap terbukti walaupun ada sesetengah pihak yang cuba mempengaruhipengundi dengan mengatakan parti komponen itu sudah tua dan perlu diubah.
"Pemimpin dalam parti bertukar. Tetapi parti tidak pernah tua. Kerajaan tidak pernah tua. Lagi tua, lagi bertenaga, lagi tua, lagi berpengalaman," katanya.
Justeru, beliau berkata tiada yang perlu diubah melainkan negeri yang kini diperintah pembangkang iaitu Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan.
Sementara itu, mengulas pencerobohan oleh militan Filipina di Lahad Datu dan Semporna, Muhyiddin berkata insiden berkenaan adalah satu pengajaran kepadasemua.
Katanya, rakyat jangan mengambil mudah soal keselamatan negara kerana dalam keadaan negara yang aman dan selamat, ada pihak musuh luar cuba menghancurkannya.
"Musuh di luar sana lihat Malaysia sebagai satu permata yang begitu bergemerlapan. Ada sahaja rasa iri hati yang mahu menakluki dan melakukan sesuatu yang tidak baik kepada kita.
"Tapi nasib baik kita ada barisan keselamatan hadapan, perwira kita yangsanggup mempertaruhkan nyawa untuk mempetahankan negara ini. Sebab itulah kitaharus menghargai keamanan ini," katanya.
Pada majlis itu, sebanyak RM115,000 berjaya dikutip untuk disumbang kepada Tabung Wira Negara.
Turut hadir Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin serta Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan. - BERNAMA
LU FIKIR LA SENDIRI!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan