Langkah pertama pendakwaan sudah dibuat..pasti akan menyusul lagi pendakwaan demi pendakwaan agar semua lanun pengganas, penyokong, penggerak serta DALANG yang menjadi punca peristiwa hitam negara ini dihadapkan ke muka pengadilan serta menerima hukuman yang setimpal...!
Lapan lelaki suspek pengganas dari selatan Filipina hari ini didakwa di Mahkamah Majistret yang bersidang khas di Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu di sini atas tuduhan keganasan dan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong.
Kesemua lelaki itu yang berusia lingkungan 17 hinggga 66 tahun, didakwa mengikut Seksyen 130KA Kanun Keseksaan kerana melancarkan keganasan, yang membawa hukuman penjara seumur hidup, dan Seksyen 121 kanun yang sama kerana melancarkan peperangan terhadap Yang di-Pertuan Agong yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.
Tiada pengakuan direkodkan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Amelati Parnell, yang bersidang sebagai Majistret.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Dusuki Mokhtar dan Timbalan Ketua Bahagian Pendakwaan (Polisi), Datuk Nordin Ahmad, kedua-duanya daripada Pejabat Peguam Negara, Putrajaya.
Mohd. Dusuki memberitahu pemberita, kes itu diperintahkan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Tawau.
Katanya, kesemua mereka disiasat mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012.
Yang turut hadir, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.
Kawasan sekitar ibu pejabat polis tersebut dikawal ketat oleh anggota keselamatan bersenjata. - BERNAMA
LU FIKIR LA SENDIRI!!!
aku dengan majlis peguam nak jadi peguam bela lanun kiram?
BalasPadambukankah ini bermakna majlis peguam membela penjenayah dan bersekongkol memerangi YDP Agong?
gen2felda
Dah nama BARua Council......membela barua kerja mrk...
BalasPadamBilik Gerakan BN boleh dididirikan di dalam kawasan Sekolah Sekolah di Pulau Pinang.
BalasPadam