Bukan sahaja negara kehilangan 10 orang perwira negara yang gugur dalam mempertahankan kudaulatan watan tercinta, penduduk lampung yang berkaitan juga terpaksa menempuh onak dan duri dalam usaha menyelamatkan diri dan keluarga dari kekejaman dan kezaliman lanun pengganas yang diibaratkan seperti binatang buas ini..
Apakah ini semua boleh dikatakan sandiwara?
Baca dibawah ni...
LAHAD DATU - Sepasang suami isteri terpaksa meredah hutan dan kegelapan malam sambil mendukung dua anak kecil ketika lari menyelamatkan diri daripada serangan militan yang menceroboh kampung mereka di Tanjung Labian, di sini 1 Mac lepas.
Malah, keluarga berkenaan tersesat lebih dua jam dalam ladang kelapa sawit di gugusan Felda Sabahat itu, sebelum tiba di rumah kenalannya di Kampung Lok Buani, kira-kira tiga kilometer dari rumah mereka.
Malangnya belum sempat melepaskan lelah di rumah kawannya itu, Mohd Asri Aliudin dan keluarga sekali lagi terpaksa meredah kegelapan malam melarikan diri ke dalam ladang kelapa sawit apabila mereka mendengar bunyi tembakan kira-kira tengah malam.
Menceritakan kembali detik paling menakutkan bagi beliau dan keluarga, Mohd Asri, 33, berkata ketika itu beliau hanya fikir untuk lari dan menyelamatkan keluarganya.
"Kami pasti mati jika tidak lari. Saya dukung anak perempuan saya berusia dua dan empat tahun dan lari bersama ke dalam ladang sawit...kadang-kadang kami terjatuh ketika mengharungi laluan berbukit kawasan ladang.
"Saya tutup mulut anak kecil saya yang menangis ketika kami berlari dalam ladang kerana khuatir tangisannya boleh dikesan pengganas," katanya kepada Bernama di sini.
Beliau berkata kumpulan militan dari selatan Filipina itu menyerang kampung mereka kira-kira pukul 10 pagi dengan melepaskan tembakan ke udara dan ekoran itu ramai penduduk kampung menjerit "lari, lari, orang Sulu datang".
"Kami dikejutkan dengan bunyi letupan dan tembakan. Dari jauh saya nampak beberapa manusia berpakaian serba hitam berjalan sambil melepaskan tembakan ke udara. Saya juga nampak kepulan asap," katanya.
Mohd Asri berkata panik dengan suasana itu, beliau bersama keluarga melarikan diri ke dalam hutan dan hanya sempat membawa dokumen peribadi.
Selepas lebih empat jam di dalam hutan sawit, keluarga itu tiba di rumah rakan mereka di Lok Buani dan Mohd Asri hanya tiba di rumah mentuanya di penempatan peneroka Felda Sahabat, Fajar Harapan, kira-kira tujuh kilometer dari Lok Buani pada pukul 5 pagi.
"Penat kami pagi tadi belum hilang, kami kena lari lagi sambil bersembunyi.
Ia seolah-olah tiada penghujungnya kekejaman pengganas ini.
"Tiba di rumah bapa mentua, saya sudah letih dan tidak berupaya untuk lari lagi...saya hanya mampu mendoakan tuhan memberi perlindungan kepada kami dan pengganas tidak datang ke penempatan bapa mentua," katanya.
Kini, selepas 21 hari kejadian itu, Mohd Asri masih berlindung di rumah mentuanya sambil mengenang masa depan yang tidak pasti kerana beliau kini hilang punca rezeki.
Mohd Asri yang masih geram dan marah dengan tindakan pengganas dari selatan Filipina itu, berkata beliau kerugian hasil sawit kira-kira RM2,400 bagi empat kali mengait buah sawit dalam sebulan dan mungkin kehilangan ternakannya iaitu empat ekor lembu dan enam kambing.
"Saya dengar ada orang cakap beberapa buah rumah dibakar di kawasan rumah kami dan ternakan kami diambil oleh pengganas. Kalau benar ia berlaku maka banyak saya rugi kerana lembu RM3,00 seekor, kambing RM600 seekor, tidak termasuk rumah terbakar," katanya.
Beliau yang belum dibenar memasuki kampungnya kerana operasi pembersihan masih dijalankan, adalah antara 30 penduduk Kampung Tanjung Labian, yang beratur mengambil bantuan makanan berupa sekampit beras dan pelbagai keperluan asas lain
yang diagih Jabatan Pertahanan Awam (JPAM). - Bernama
MASIH ADA LAGI BANGSAT PEMBANGKANG YANG MENGATAKAN SEMUA INI SANDIWARA...
LU FIKIR LA SENDIRI!!!
DIORANG NI BK. MANUSIA BROO..ITU SEMUA MENATANG KAKI 4 BROOO
BalasPadamMudah2an bantuan utk tabung perwira LD merangkumi penduduk2 LD sekali....semoga penduduk di kwsn terbabit tabah dan bersabarla...
BalasPadamInsyaAllah.....bantuan ttp akan datang...