Selasa, 19 Mac 2013

Sahabat Anwar Misuari Mula Membaca Skrip..!


Sahabat dalang mula bersuara..mula menjalankan dakyahnya..! mula membaca skrip..! jajah? siapa yang datang macam penjajah?

Ketua Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari menuduh Malaysia campur tangan dalam hal ehwal Islam Moro di selatan Filipina dan mendakwa Kuala Lumpur menjajah Sabah dan Sarawak.

Menurutnya, Malaysia menjadi penghalang kepada usaha menyatukan kumpulan Moro yang bertelagah menuntut kemerdekaan di selatan Filipina iaitu kumpulan MNLF dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) iaitu pihak yang terlibat dengan perjanjian damai yang diusahakan oleh Malaysia.

"MILF adalah alat penjajahan Malaysia dan diatur oleh negara itu. Kuala Lumpur ialah dalang di sebalik MILF.


"Maaf kerana terpaksa menyatakan kebenaran dalam masalah ini. Jika Malaysia tidak dibabitkan, saya fikir kami dengan segera dapat menyelesaikan masalah itu dengan kerajaan Filipina," katanya kepada Al Jazeera dalam satu temu bual eksklusif yang disiarkan di sini, semalam.

Misuari berkata, perjanjian damai antara MILF dan kerajaan Filipina yang dijangka dimuktamadkan pada bulan depan adalah helah Malaysia untuk memperkuatkan pengaruhnya di Sabah.

Ketua MNLF itu turut mencabar Malaysia untuk keluar dari Sabah dan membuktikan tuntutan wilayahnya menerusi proses undang-undang.


Misuari turut menegaskan tentangannya kepada rundingan damai MILF dan menyatakan MNLF telah pun menandatangani perjanjian dengan kerajaan Filipina di bawah pentadbiran berbeza di Manila pada 1976, 1987 dan 1996.

"Itu adalah perjanjian damai yang perlu dilaksana terlebih dahulu dan sesiapa yang datang dengan perjanjian baharu adalah perosak," ujarnya. - AGENSI


Lu FIkir La Sendiri!!!

4 ulasan:

  1. malaysia pun gatai jugak nak masuk campur hal ehwal diaorang. tgk mcm selatan thailand, tunggu masa je malaysia diserang.

    lantak diaorang la kalau nak mampos ke nak gaduh ke, jgn masuk campur. bnayak lg masalah lg dlm malaysia ni yg boleh diselesaikan

    BalasPadam
  2. Misuari dah sakit otak seperti kawan baik nya di Malaysia

    BalasPadam
  3. gomen kena umum ganjaran usd300k untuk. bunuh kiram dan agmibuddin....
    ganjaran hidup atau mati....
    pasti ramai suka....

    BalasPadam
  4. Pengganas Kiram menceroboh dan mengganas di negara orang, lepas tu tuduh kerajaan Malaysia pula kejam apabila memepertahankan diri. Memang bodo piang Misuari ni, macam kawan 'dia' jugak. Inilah janji Anwar nak beri kuasa autonomi pada Sabah dan Sarawak rupa-rupanya nak gadai kedua-dua negeri ini kepada pihak asing.

    Sorry yer masyarakat Sarawak dan Sabah tak hingin nak jadi hamba kepada Kiram dan pengganas Abu Sayyap yang ganas, sengkek lagi merempat ni. Boleh blah !

    BalasPadam