Khamis, 21 Mac 2013

Semasa Di Lahad Datu...



LAHAD DATU 21 Mac - Seorang anggota pasukan keselamatan cedera pergelangan tangan kiri dalam satu pertempuran di Kampung Tanjung Batu, di sini semalam.
Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin berkata, anggota berkenaan dilaporkan stabil selepas pembedahan.  Pasukan keselamatan menembak mati seorang pengganas Kiram dan menahan seorang wanita berusia lewat 40-an dalam satu pertempuran di Kampung Tanjung Batu, di sini semalam. Perkara itu disahkan oleh Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin pada sidang akhbar bersama Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar di Felda Sahabat 16, di sini hari ini. 
- Pasukan keselamatan akan memasuki Kampung Tanduo di sini hari ini bagi membuat penilaian kerosakan harta benda penduduk kampung tersebut.
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, operasi penilaian kerosakan itu akan dibuat bersama Majlis Keselamatan Negara (MKN), Pegawai Daerah dan Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK). -

Lu Fikir La Sendiri!

Tiada ulasan:

Catat Komen