Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Mohamad Aziz menyifatkan pakatan pembangkang sebagai "paling jijik dan hina" apabila tergamak menyusun pelbagai agenda seperti menimbulkan kekacauan dan menyekat hak pengundi pada Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU-13) akan datang.
Sehubungan itu, beliau menyarankan pengundi menghalau peraih undi daripada pakatan pembangkang yang mendekati masyarakat bagi mencalit dakwat kekal kerana ia bertujuan menghalang rakyat daripada mengundi.
Menurutnya, beliau turut meletakkan pakatan pembangkang sebagai parti politik "paling hina" kerana bukan sahaja ingin menimbul kekacauan dan menghalang sistem demokrasi.
"Mereka didakwa akan cuba menimbulkan kekacauan dengan mencalit dakwat kekal di jari pengundi yang belum membuang undi. Tindakan itu menyekat sistem demokrasi yang memberi kemenangan kepada mereka di Selangor, Kedah dan Kelantan," katanya ketika ditemui, di sini hari ini.
Sementara itu Wanita UMNO dan Barisan Nasional juga berkata...
NGO dan Blogger telah menyatakannya..
Sementara itu Wanita UMNO dan Barisan Nasional juga berkata...
Pasukan petugas Wanita Barisan Nasional (BN) akan berkunjung dari rumah ke rumah untuk mengingatkan para pengundi supaya tidak terpedaya dengan helah orang tidak dikenali yang didakwa akan cuba menggunakan dakwat kekal di jari pengundi.
Ketua Wanita BN, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, pihaknya ada menerima laporan kononnya pembangkang cuba mewujudkan kekecohan menjelang pilihan raya umum dengan mengeksploitasi penggunaan dakwat kekal dengan berkunjung dari rumah ke rumah dan menjadikan pengundi wanita serta warga emas sebagai sasaran.
Beliau berkata, beberapa hari sebelum hari pengundian, mereka akan menemui golongan pengundi wanita warga emas kononnya hendak membantu menunjukkan cara menggunakan dakwat kekal memandangkan ia pertama kali digunakan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
"Mereka akan mencalit dakwat pada jari pengundi berdaftar berkenaan dan jika dakwat itu tidak hilang dari jari mangsa sehingga hari mengundi kemungkinan besar pengundi yang menjadi mangsa akan hilang hak untuk mengundi," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program aspirasi Sohonita yang merupakan program mendidik wanita menjadi usahawan secara dalam talian di sini hari ini.
Shahrizat berkata demikian bagi mengulas laporan akhbar hari ini yang mendakwa parti pembangkang cuba mengajar kaum wanita kaedah mencalit dakwat yang hanya mampu hilang selepas seminggu dicalit di jari dalam usaha mereka menimbulkan kekecohan pada PRU-13.
NGO dan Blogger telah menyatakannya..
Kelmarin, Yang Dipertua Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM), Datuk Adiwijaya Abdullah mendedahkan strategi kotor pembangkang dengan penyebaran risalah yang mengandungi cara mewujudkan ketegangan bagi mencetuskan suasana huru-hara semasa pilihan raya umum nanti termasuk di pusat mengundi.
Selain itu, semalam laman blog, The Unspinners The Unspinners mendakwa pembangkang cuba 'berselindung' di sebalik nama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tertentu dan akan masuk ke taman-taman perumahan atau kampung untuk 'mengajar' kaum ibu tentang kaedah mencalit dakwat di jari. - UTUSAN ONLINE
LU FIKIR LA SENDIRI!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan