Ahad, 31 Mac 2013

Fauzi & Fauziah Hanya Bahan Kekah Anwar...!


Dalam pilihanraya yang akan datang Ahli Parlimen PKR di Indera Mahkota si Azan dilaporkan akan lari menentang Menteri Belia & Sukan di Kemaman. Kekosongan yang ada telah menyebabkan Aljub mengumumkan calon recycle si Fauzi Rahman. Semua orang tahu bahawa Fauzi ler yang menjadi penyebab si Azan berpindah ke Terengganu dan kerana perselisihan antara keduanya juga la yang menyebabkan Azan dilucutkan jawatan sebagai Pengerusi PKR Pahang.

Jadi bila ALjub mengumumkan nama Fauzi malam tadi sebagai calon di Indera Mahkota...

Pengumuman nama Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri, Datuk Fauzi Abdul Rahman sebagai calon parti itu bagi kerusi Parlimen Indera Mahkota pada Pilihan Raya Umum Ke-13 malam tadi, disambut dengan sorakan ejekan oleh segelintir penyokong pembangkang sendiri.

Tindakan 'boo' itu dilakukan sebaik Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan nama Fauzi sebagai calon menggantikan penyandang, Azan Ismail pada majlis ceramah Pas di Balok Makmur di sini malam tadi. - UTUSAN ONLINE


Dalam masa yang sama Aljub terpaksa ler jugak mengekalkan Fauziah sebagai anjing tambatan bertanding di Kuantan walaupun menurut sumber dalaman Fauziah dilihat lemah dan gagal apabila isu Lynas yang diperjuangkan tidak berjaya mencapai sasaran yang ditetapkan oleh puak pakatan haram.

Anwar dalam ceramahnya itu mengumumkan bahawa Fuziah yang juga Naib Presiden PKR akan bertanding semula untuk mempertahankan kerusi Parlimen Kuantan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Bukti kegagalan Fauziah sebagai wakil rakyat dibuktikan apabila...

Program Jelajah Bas Merdeka Rakyat anjuran Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang diadakan di Sungai Isap di sini semalam ternyata gagal mendapat sambutan apabila hanya dihadiri oleh kira-kira 500 penyokong tegar parti itu.

Walaupun dengan kehadiran Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh namun ia tetap tidak berjaya menarik perhatian masyarakat di kawasan berkenaan untuk menghadiri ceramah jalanan tersebut.
LU FIKIR LA SENDIRI!!!

1 ulasan:

  1. ANUWAR TAU DIA DH TAKDE PILIHAN. SAJE JADIKAN 2 EKOR LEMBOO TU KORBAN BROO KEHKEHKEH

    BalasPadam