Ahad, 31 Mac 2013

Pelik Tapi Benar Di Lahad Datu...!


Anwar apa tahu? Anwar hanya tahu merosakkan..! tapi kesannya penduduk dan anggota keselamatan yang tanggung...!

Ketahanan mental anggota keselamatan yang bertugas di Kampung Tanduo di sini terus diuji apabila mereka dipercayai sering terlihat kelibat tiga lelaki sedang berkeliaran di kawasan tersebut.
Sumber memaklumkan, kelibat tiga lelaki itu dipercayai roh pengganas Sulu yang ditembak mati dalam pertempuran 1 Mac lalu.
Katanya, kelibat lelaki itu hanya dapat dilihat pada waktu Maghrib.
"Perkara ini tidak logik tetapi inilah yang didakwa dialami anggota keselamatan.
"Mereka lihat tiga lelaki berkeliaran dengan seorang daripadanya memakai serban putih," dakwa sumber itu di sini semalam.
Selepas beberapa saat, kelibat tiga lelaki itu akan hilang.
"Di kampung tersebut ada tiga lubang kubur yang menempatkan ramai mayat pengganas.
"Kebanyakannya mempunyai tangkal di pinggang yang kononnya bertujuan menjadikan mereka kebal," tambahnya.
Sementara itu...

















ABDUL JABBARmenenangkan isterinya, Norhaya yang sedih melihat rumah kedaimereka yang musnah angkara pengganas di Kampung Tanjung Labian, Lahad Datu semalam
LAHAD DATU - Kehidupan kira-kira 1,400 penduduk di Kampung Tanjung Labian di sini ibarat sudah jatuh ditimpa tangga apabila mereka terpaksa menghadapi masa depan suram dan beban hutang gara-gara pencerobohan pengganas Sulu sejak 12 Februari lalu.
Selepas sebulan meninggalkan rumah dan menghuni pusat pemindahan ekoran insiden pencerobohan pengganas Sulu, sebahagian penduduk dibawa memasuki kawasan kampung itu sebelum dikejutkan dengan penemuan banyak harta masing- masing yang musnah terbakar atau dirosakkan.
Tidak cukup dengan rumah, kedai runcit dan bengkel kenderaan, peralatan untuk mencari sesuap nasi seperti bot nelayan turut dimusnahkan.
Sedih dengan apa yang dilihat, beberapa orang penduduk meraung, menangis, menjerit, terduduk dan bertakbir.
Siti Aminah Hiya, 21, berkata, kehidupannya kini sudah tidak bermakna apabila rumah yang dihuni beberapa tahun lalu musnah.
Lebih memburukkan keadaan apabila bot dan enjin yang diguna oleh suami ke laut menangkap ikan turut terbakar.
"Bot dan enjin ini saya dapat hasil pinjaman Amanah Ikhtiar Malaysia sebanyak RM1,500 beberapa bulan lalu dan baru sekali saya bayar balik pinjaman.
"Sekarang bot sudah hancur, bagaimana saya dan suami hendak mencari rezeki bayar balik pinjaman? Rumah juga dibakar dan apa yang ada sekarang hanyalah baju yang kami pakai ini," katanya. sumber KOSMO.
LU FIKIR LA SENDIRI!!!

1 ulasan:

  1. Abdul Jabbar adalah dari kelompok kaum dusun, murut,bajau,bugis,Sulu,kadazan,tausug ...........
    Ramai ke sedara mara sekampung nya ?
    RCI perlu tahu.
    arjuna waspada
    changkat lobak

    BalasPadam