Ahad, 3 Mac 2013

Latest Update Serangan Lanun..SMS Yang Mengerikan Beb..!


Maaf ler..beb, nampaknya aku dah tak boleh tahan la beb..terbaru IGP umumkan..

Seorang lagi anggota polis terkorban dalam serangan hendap sekumpulan lelaki bersenjata di Kampung Sri Jaya, Siminul, Semporna, Sabah, menjadikan jumlah terkini anggota polis yang terkorban dalam insiden tersebut kepada enam orang.
Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata enam anggota kumpulan bersenjata itu juga terbunuh dalam kejadian pukul 8 malam di perkampungan atas air itu.
Dalam operasi 'menyelamat' yang dilancarkan hari ini dan berakhir kira-kira 7 malam, Ismail berkata polis turut berjaya mengeluarkan 19 anggota polis dengan selamat dari Kampung Sri Jaya Simunul itu.
Dalam sidang media kira-kira 9 malam Ahad di Felda Sahabat, Kampung Tanduo di sini, Ismail berkata enam mayat anggota polis yang terkorban itu di hantar ke Hospital Semporna.
"Identiti mangsa akan dimaklumkan kepada anggota keluarga terlebih dahulu sebelum dipaparkan di laman web rasmi PDRM," katanya.
Bukan la tujuan aku nak mengajar tapi ada pesanan dari orang atasan yang mahu pihak blogger dan pihak rakyat di Lahad Datu, Semporna dan Kudat jangan membuat pesanan secara umum yang menyebabkan pihak musuh boleh membaca dan mengetahui pergerakan pihak berkuasa..katanya.
Soalnya kenapa pihak keselamatan kita tidak dis-arm kan lagi kawasan terlibat? kenapa tidak diputuskan sebarang bentuk komunikasi yang boleh menyebabkan talian internet, telefon, walkie talkie dan pelbagai lagi terputus. Memang la akan menyusahkan rakyat setempat tapi ianya cukup berguna bagi menggagalkan sebarang hubungan diantara para pengganas. Kalau dalam dewan Parlimen dan Dewan Merdeka PWTC pun boleh kita tutup semua line tu..kenapa tak di sana? Aku percaya pihak berkuasa lebih arif dalam hal ni..!
Kalau dah terputus hubungan tak dapat la aku sms yang diberikan oleh seorang 'somebody' ni yang menceritakan segala macam perkara yang aku rasa boleh kita kongsi..!
Baca boleh tapi percaya jangan kerana sms ni tidak dapat di sahkan kebenarannya..cuma kalau benar harap sangat pihak berkuasa dapat menghentikan peperangan gerila ini..
sms..jam 7:14 malam tadi..
salam **** utk makluman, update terkini...lahad datu dan semporna...Peg/anggota terselamat :32 org - 7 pegawai - 25 anggota 1. supt ibrahim lebar, E1 b.aman (mati) 2. asp michael, kckd (status tidak diketahui - dijangka mati) 3. insp asanal, ei b.aman (parah dipercayai meninggal) 4. insp aswad, e1 b.aman 5. insp azhar alias, e1 b.aman - (meninggal dengan kejam kepala dipenggal) 6. insp khairul nizam, sb semporna 7. insp pengiran mohd zamri, kbsjkd SPA 8. insp mohd ramdan, kbld SPA Jenazah tak dpt dikeluarkan dari smlm kerana sipercayai dibadan mereka diletakkan bom.
- 17 anggota 1. Sjn waris - nakotik 2. Sjn Ibrahim - nakotik 3. Sjn aziz - pga 4. Kpl alfian - trafik 5. Kpl mustapa - sb ipk 6. Kpl zulhalip - trafik 7. Kpl johansah - nakotik 8. Kpl mohammad - balai 9. Kpl kamarul - sb 10. Kpl salam - sb 11. Kpl salmi - sb 12. L/Kpl azrul - pga 13. Konst ismail - sb 14. konst yusri - sb 15. Konst sabri - sb 16. Konst Suhaimi - sb 17. Sjn baharin - sb ipk ( lost contact )
sms jam 8:26..malam tadi
Salam ****, Latest info di Kg Air, Semporna. VAT69 keluarkan semua mayat dan yg hidup. 7 mayat polis dikumpai, 8 cedera. Ada beberapa org lg yg blm dijumpai. Info juga insp ramdan bersama2 yg lain berjaya di selamatkan...Cerita dr insp ramdan..2 kepala anggota pga di penggal hidup2 dpn mata dia...tq
Itu semua aku salin bulat bulat dari sms yang di terima. mudah mudahan sms ini tidak tepat, cuma sms yang aku terima dari hari pertama hari tu sikit sebanyak ada benarnya bila pihak berkuasa buat PC beb... itu yang malas tu.. walaubagaimana pun marilah kta berdoa agar semua anggota keselamatan kita dilindungi dan selamat dari bencana..!
Lu Fikir la Sendiri!!! 

1 ulasan:

  1. apahal ramainya pegawai dalam satu operasi??? E1 lak tu! ni nak buat rundingan ker? pas tu kena perangkap???

    BalasPadam