Jumaat, 1 Mac 2013

PELIK..! 14 Bilionair Malaysia Mempunyai Hutang Yang Sama..!


Majalah Forbes telah mengeluarkan senarai nama rakyat Malaysia yang dikategorikan sebagai 14 orang Bilionair dan 50 orang Milionair. Senarai yang dikeluarkan semalam tu menunjukkan peningkatan katannya..maknanya bertambah la orang kaya, bertambah kekayaan. Meningkat pegangan harta.

Mereka semua boleh berjaya kerana mereka bekerja keras didalam bidang masing masing. Mereka cekap mengambil peluang, mereka juga pandai dalam menilai kehendak pasaran. Mereka berani mengambil risiko dan mereka tentunya berjiwa besar..! Itu mereka..!!!

TAPI dalam menyentuh hal mereka ni, jangan lupa ada KITA..! Kita antara sebab mereka boleh menjadi bilionair..sebab? sebab kita telah memilih dan membentuk sebuah Kerajaan Barisan Nasional selama 55 tahun ini dengan penuh bertanggungjawab. Hasilnya Kerajaan yang bertanggungjawab telah memberikan mereka ruang dan peluang untuk berperanan dalam membentuk dan meraih kek ekonomi negara..!

Kerana dasar Kerajaan Barisan Nasional yang bersih, cekap dan amanah yang sentiasa mengutamakan rakyat dan sentiasa kehadapan dalam mempastikan hidup rakyat sentiasa aman, damai dan makmur maka kita dan mereka boleh menikmati kekayaan negara.

Kalau kita 'berhutang' budi satu undi kita kepada Kerajaan BN untuk mengekalkannya memerintah negara dalam PRU13 yang akan datang, tentunya para Bilionair dan Milionair ini juga 'berhutang' lebih besar lagi kepada Kerajaan BN kerana bukan sahaja mereka mengecapi nikmatnya malah kakitangan mereka juga menghirup nikmat yang sama sebagai rakyat Malaysia.

Maka kalau para hartawan ini berasa perlu bagi mereka mengekalkan kekayaan mereka, tentunya mereka juga perlu mengekalkan kuasa kerajaan BN untuk terus mendominasi pemerintahan Kerajaan kita.. Apa tunggu lagi? buat ler kerja..! Tau tak per..!!!

Mereka Dalam senarai 14 Bilionair tu nama yang ada BIN cuma 2 orang. Seorang India dan selebihnya bangsa cina. Apapun tahniah ler..

1. Robert Kuok - US$12.5 bilion;
2. Ananda Krishnan - US$11.7 bilion;
3. Lim Kok Thay - US$6.6 bilion;
4. Teh Hong Piow - US$5.6 bilion;
5. Quek Leng Chan - US$4.8 bilion;
6. Lee Shin Cheng - US$4.5 bilion;
7. Yeoh Tiong Lay - US$2.8 bilion;  
8. Syed Mokhtar AlBukhary - US$2.75 bilion;
9. Tiong Hiew King - US$1.8 bilion;
10. Vincent Tan - US$1.3 bilion;
11. Tan Heng Chew - US$1.2 bilion;
12. Shahril & Shahriman Shamsuddin - $1.05 bilion;
13. Chen Lip Keong - US$1.01 bilion;
14. Lee Oi Hian & Lee Hau Hian - US$1 bilion.

LU FIKIR LA SENDIRI!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan