SETUJU..! APA TUNGGU LAGI..! HENTIKAN LA SEGERA..
Kerajaan sudah tidak ada pilihan lain melainkan melancarkan serangan balas bagi menghapuskan sama sekali pasukan penceroboh bersenjata di Sabah, kata Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Beliau berkata, tindakan kekerasan itu sudah tidak dapat dielakkan kerana kumpulan pengganas itu tidak menghargai usaha baik kerajaan untuk menyelesaikan situasi itu melalui pendekatan diplomasi dan rundingan.
"Kerajaan cukup berhati-hati dalam perkara ini pada mulanya kerana berharap dapat diselesaikan tanpa pertumpahan darah tetapi malangnya ini tidak dihargai oleh pasukan Sulu ini dan mereka sanggup membunuh pasukan keselamatan kita.
"Sekarang ini, saya fikir tidak ada jalan lain melainkan kerajaan melancarkan serangan balas supaya dapat dihapuskan sama sekali pasukan Sulu ini, walaupun dengan ini ramai daripada mereka terbunuh tetapi ini tidak dapat dielakkan kerana mereka yang menyerang Sabah, bukan kita yang menyerang mereka," katanya.
Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas berucap lebih sejam di hadapan lebih 15,000 orang pada Program Perhimpunan Rakyat anjuran Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) di sini hari ini.
Setakat ini, seramai tujuh anggota pasukan keselamatan negara dilaporkan terbunuh di Sabah apabila diserang hendap oleh pasukan pengganas yang menggelarkan diri mereka sebagai Tentera Diraja Kesultanan Sulu sejak pertempuran pertama meletus kelmarin.
Menurut Dr. Mahathir, kerajaan juga perlu membuat persiapan bagi menghadapi serangan-serangan hendap ala gerila secara berterusan daripada kumpulan pengganas itu kerana ancaman tersebut tidak akan dapat ditamatkan dengan begitu sahaja. - UTUSAN
LU FIKIR LA SENDIRI!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan