Kalau dah kepala mabuk tentu ekor pun mabuk jugak..!
Layan…
Apa yang adil dan tidak adil?
Paderi ultra kiasu berkata, generasi hari ini dan akan datang semakin hilang kepercayaan kepada Putrajaya kerana gagal menyelesaikan banyak isu berkaitan agama dan kaum. Kewujudan kumpulan yang digelar ekstremis (Islam), melalui ceramah perkauman (rasis), tidak diambil tindakan sewajarnya.
Paderi ultra kiasu ini merujuk kepada cara pihak berkuasa menangani isu seperti kalimah Allah, rampasan bible bahasa Melayu, penganjuran Seminar Kristologi di UiTM, perebutan mayat (yang jelas Islam), ‘serbuan’ ke atas majlis perkahwinan Hindu dan sebagainya.
Misalnya, tindakan JAIS ke atas majlis perkahwinan pasangan Islam dan Hindu. Mereka gunakan perkataan serbu, sedangkan JAIS berkata ia pemeriksaan biasa.
Apakah mereka tidak baca atau sengaja tidak mahu ambil kedudukan istimewa Islam dalam perlembagaan? Sebarang ancaman terhadap Islam tidak dibenarkan oleh perlembagaan. Titik. Inilah hakikatnya. Faham!
Pendek kata, segala tindakan kita yang tidak menyebelahi mereka, itu tidak adil. Manakala, respon atau tindakan mereka secara agresif terhadap kita, maka itu adalah adil, seadil-adilnya.
Contoh lain, apabila Perdana Menteri menyaman laman web ultra kiasu. Semuanya itu tidak adil. Tetapi apabila ultra kiasu menyaman akhbar Melayu dan stesen TV seperti RTM dan TV3, itu semua adil. Pemikiran rimba mana yang kita amalkan.
Satu lagi, apabila Majlis Peguam yang mengeluarkan kenyataan sewenang-wenangnya, mengkritik kerajaan dan sistem perundangan negara ini, bertindak seperti parti pembangkang, tidak pula ditegur dan dikatakan ekstremis.
Peliknya bila sesuatu berpihak kepada mereka, mereka diam, tidak dipuji kitapun. Tetapi apabila sesuatu isu berpihak kepada Islam, yang mengikut kehendak perlembagaan, maka itu didakwa sebagai ekstremis.
Saya amat bersetuju dengan cadangan bahawa sudah sampai masanya kerajaan meneliti badan ini dan menghadkan kuasa badan-badan tertentu supaya tidak terlalu kurang ajar.
Badan ini selalu mendakwa mereka mewakili semua pengamal undang-undang (seramai lebih kurang 14,500. Sedangkan dalam Mesyuarat Agong Tahunan, hanya setakat lebih kurang 2000 peguam sahaja yang hadir untuk memilih pimpinan mereka.
Secara kebetulan, saban tahun yang aktif hadir adalah peguam ultra kiasu, maka tidak mustahil yang terpilih adalah kalangan ultra kiasu. Maka, bersekongkollah mereka.
Saya amat mengharapkan kita semua jangan terlalu bersangka baik apabila berhadapan dengan musuh Islam atau ultra kiasu. Aplikasikan pemikiran strategik tentera. Terlalu bersangka baik akan merugikan kita dan ultra kiasu semakin memijak kepala kita. Ingat kata-kata ini, you must have doubts about everything.
Napolean Bonarparte pernah berkata, read and re-read deeds of the great commanders, that’s the only way to learn the art of war...the leader who has qualities and marital like fine judgement, courage and resolution must see the problem with his own eyes and must listen with his own ears. Commanders who sees through other people’s eyes cannot command an army that he supposed to command.
Walaupun kita dituntut untuk bersangka baik, tetapi kepada musuh-musuh Islam seperti ultra kiasu, kita perlu ada rasa ragu.
Inilah strategi yang dipraktikkan ultra kiasu selama ini terhadap kita. Sebab itu, apa jua tindakan kita, tidak ada langsung kebaikan di sisi mereka.
Kita selama ini sudah terlalu baik. Lihat bagaimana kita membenarkan mereka membina gereja terbesar di Asia di Bukit Jalil, dengan bilangan penganut Kristian yang terlalu sedikit lebih kurang 10 peratus. Ini tidak termasuk gereja-gereja di setiap negeri, daerah, kawasan, rumah kedai dan kampung orang Asli.
Jika adil itu adalah seorang sebiji atau sama rata dan sama rasa, sudah tentu orang Cina yang berfahaman Buddha Konfucius dan Taoism lebih berhak, kerana kedudukan mereka banyak melebihi 20 peratus.
Tetapi kita tidak mempraktikkan semua ini. Kita bagi kebebasan seluas-luas. Cuba lakukan perkara yang sama di Singapura. Baru kita tahu, beruntung atau tidak tinggal di sini.
Saya ingat kata-kata, 10% of conflicts are due to difference in opinion. 90% are due to wrong tone of voice. Apa yang berlaku hari ini kita berikan kebebasan kepada 90% suara-suara sumbang menyuarakan hak mereka. Akhirnya, kita sendiri tertekan.
Gunakan strategi Roy H William berkata, a smart man makes a mistake , learn from it and never makes that mistake again. But a wise man finds a smartman and learns from him how to avoid the mistake altogether.
Buat2 bodo....
BalasPadamUMNO yang salah , buat apa ,nak salahkan orang lain ,.
BalasPadamKuasa ditangan UMNO ,kalau tak bolih membendung pekara-pekara sa bagini remeh ,adakah mencerminkan UMNO sudah hilang kuasa ,atau UMNO dikuasaai olih orang lain ?.
kaduk naik junjung sebab org melayu islam dlm pas dan pkr sediakan junjung... mereka yg lebih2 sokong perbuatan kafir....mereka sanggup bersekongkol dengan musuh islam.... apa pun tak kira asal kuasa dapat dirampas dari umno....agar umno hancur....tujuan perjuangan mereka menghapus umno.....murni sungguh perjuangan melayu pas dan pkr ye.....
BalasPadamdh mmg bolh di angap manefesto jgk pda pmbangkang ni utk sntisa myalahkn umno.ank sakit umno yg salah.serban senget pn umno jgk yg salah.malh palig dasyat kna prlakuan sumbang terakam pn umno jgk yg salah.iskkk2...sunguh aneh.
BalasPadam