Selasa, 17 Jun 2014

MH370 ~ Titik Panas vs Titik Sejuk Pulak..!


Lagi satu teori baru..! kali ni katanya lokasi pencarian bukan di titik panas..! jadi maknanya selama ni kita cari di titik apa? titik sejuk? titik ke..! tetek ke..! yang jelas lagi satu cerita bikin panas…!

LONDON: Pencarian pesawat Penerbangan Malaysia, MH370 belum menyasarkan lokasi sebenar ia benar-benar hilang setelah operasinya tergugat buat seketika ekoran pengesanan isyarat yang dipercayai palsu sebelum ini, kata Inmarsat. 

Saintis Inmarsat, Chris Ashton memberitahu rancangan Horizon terbitan stesen penyiaran British, BBC bahawa syarikat itu telah membuat perkiraan lokasi ‘panas’ yang terletak di Lautan Hindi di mana pesawat itu dipercayai hilang.


Pesawat malang itu hilang dari pengesanan radar 8 Mac lalu ketika dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), menuju ke Beijing dengan membawa 239 penumpang dan anak kapal. 

Beberapa jam isyarat ping dari pesawat MH370 dikesan Inmarsat yang telah membawa kepada pengiraan jarak serta lokasi pesawat. 

Susulan itu juga kapal Ocean Shield milik Australia telah dikerahkan ke kawasan terbabit untuk menyiasat, namun sebelum sampai ke lokasi maklumat yang dibekalkan Inmarsat, kapal terbabit telah mengesan bunyi isyarat yang dipercayai datang dari kotak hitam milik pesawat itu. 

Selama dua bulan masa dihabiskan oleh pasukan pencari dan penyelamat untuk mencari di kawasan seluas 850 kilometer persegi di bahagian Timur Laut Perth. 

Namun tiada sebarang kesan pesawat ditemui oleh kenderaan robotik Bluefin-21. 

“Ia bukan bermaksud kawasan carian adalah lokasi yang tidak pasti, tapi besar kemungkinan ia berada jauh dari kawasan jangkaan” kata Ashton. 

Pakar-pakar dari firma satelit telah memodelkan kemungkinan laluan penerbangan berpandukan isyarat ping yang diterima dengan menganggap kelajuan pesawat konsisten menggunakan autopilot. 

“Kita boleh mengenal pasti laluan yang sepadan dengan kiraan frekuensi dan kiraan masa di lengkok terakhir pesawat dan kemudian kiraan akan memberi kita satu kawasan ‘panas’ yang dipercayai lokasi terakhir pesawat MH370” terang Ashton mengenai kawasan pencarian. - AFP

Pulak..!!!

Lu Fikir La Sendiri!!!

2 ulasan:

  1. main teka teki pulak mat saleh ni, yang hishammuddin tak fikir panjang terima jer bulat2 apa yang mat2 saleh cakap.

    yang dah sejuk pun jadi panas semula.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mat saleh kan kepala besar. Otak pun besar. Hampir semua pak menteri percaya dengan dorang berbanding dengan org tempatan yg berkepala agak kecil lebih2 lagi melayu!

      Padam