Selasa, 10 Jun 2014

Cina Ni Dedahkan Rahsia Pelacur..!


Kalah dalam menang..!

Layan…

Ultra kiasu ‘menang’ di Teluk Intan


Selaku anak Perak yang pernah bersekolah dan tinggal di Teluk Intan, keputusan PRK Parlimen Teluk Intan, tidak boleh dijadikan asas untuk mengatakan bahawa rakyat telah beralih sokongan kepada BN. Muhasabah dan post mortem perlu dilakukan, jika BN ingin terus mengekalkan parlimen tersebut dan menambah kerusi parlimen yang lain masa akan datang.

Peningkatan undi Cina dan India bukan bermakna, BN boleh bersedap hati. Langkah drastik yang perlu difikirkan adalah kenapa berlaku peningkatan undi Melayu kepada ultra kiasu yang jelas menentang Islam dan mahukan Malaysian Malaysia?

Ketika kempen PRK, saya sempat menemubual beberapa pengundi. Salah seorang daripadanya adalah bekas pegawai kerajaan (pencen) dan aktivis UMNO. Katanya, “saya sudah muak dengan BN (UMNO). UMNO kroni, korup dan salah guna kuasa. Dah selalu minum kopi (BN), apa salah beralih kepada teh (pembangkang). Manalah tahu, teh ini lebih baik daripada kopi. Jika teh tidak sedap, kita tukar balik”. Begitulah perasaan bencinya kepada UMNO BN. 

Lebih memeranjatkan lagi, dua orang anaknya yang bekerja sebagai guru (Kementerian Pendidikan), tinggal di Kuala Lumpur, sanggup balik ke Teluk Intan untuk mengundi ultra kiasu, bagi memberi pengajaran kepada BN. Fenomena Melayu baharu ini perlu dianalisis dengan serius. Melayu baharu ini perlu disedarkan bahawa jangan kerana terlalu marahkan UMNO, sanggup menggadaikan maruah dan prinsip. Marahkan nyamuk kelambu dibakar.

UMNO pula perlu melakukan muhasabah dan kajian. Kenapa kalangan Melayu Islam begitu benci dengan UMNO sedangkan sebelum ini mereka adalah orang kuat UMNO? Perkara ini penting sebelum ultra kiasu lebih bermahajarajalela memenangi hati Melayu.

Kita tidak boleh berdiam diri terhadap ultra kiasu yang menjadi musuh Islam. Ingat kata Winston Churchill "You have enemies? Good. That means you've stood up for something, sometime in your life."

Ultra kiasu bijak berpolitik. Soal mereka tidak percaya kepada calon Melayu tidak timbul. Ultra kiasu tahu mana Melayu yang boleh diundi, mana yang tidak. Sebelum ini, DUN Pasir Bedamar (dalam parlimen Teluk Intan) ditandingi oleh calon Melayu  ultra kiasu selama 3 penggal berturut-turut bermula tahun 1986, itulah Fadzlan Yahya.

Penurunan undi Cina terhadap ultra kiasu, adalah strategi. Ultra kiasu perlu memenangkan Cina berhadapan dengan calon Melayu Muda yang tidak berprinsip. Pada ultra kiasu, tidak mustahil Melayu dalam ultra kiasu akan berpaling tadah, seperti yang berlaku sebelum ini, setelah tidak tahan dengan suasana kecinaan dalam parti tersebut.

Tiga tahun akan datang, menjelang PRU 14, apabila pembangunan Teluk Intan tercapai seperti yang dijanjikan BN, tidak mustahil ultra kiasu kembali menang. Perkara ini adalah suatu yang lumrah. Kenapa dan mengapa kebanyakan kawasan parlimen di Kuala Lumpur dimonopoli ultra kiasu? Jawapannya mudah. Bandar yang telah membangun, tidak akan mundur semula. Jadi, buat apa beralih kepada BN.

Justeru, berpada-padalah berjanji dan menunaikan kepada pengundi Teluk Intan. Selain daripada menumpukan perhatian kawasan ultra kiasu, jangan kesampingkan kawasan orang Islam itu sendiri. Begitu juga kawasan pedalaman, seperti di Terengganu, Kelantan, Sabah, Sarawak dan lain-lain.

Apa jua alasan yang diberikan sama ada undi Cina atau undi India bertambah, pengundi Melayu Islam mesti diberikan perhatian. Jangan kerana terlalu berterima kasih kepada orang lain, orang sendiri dilupakan. Jangan sampai kera di hutan disusukan, anak di rumah mati tak makan.

Berdasarkan observasi dan pendapat rakan-rakan, saya galurkan kenapa ultra kiasu boleh dianggap menang, walaupun kalah di medan.

Pertama, ultra kiasu menang kerana berjaya mewakilkan dua wakilnya menjadi menteri kabinet. Seorang dari Gerakan, seorang lagi dari MCA. Keberadaan dua menteri kabinet Cina dianggap amat tinggi berbanding dengan bilangan kawasan parlimen yang dimenangi yang begitu sedikit. Siapakah menteri Melayu yang akan terkeluar? Kita tengok nanti. Jika ditambahkan lagi potfolio menteri, amat tidak wajar, kerana sebuah negara kecil seperti Malaysia tidak memerlukan banyak menteri.

Kedua, ultra kiasu berjaya memikat dan menarik simpati generasi muda Melayu baharu dengan menonjolkan ‘kebaikan’ mereka dan mempamerkan ‘keburukan’ UMNO BN. Semua insiden buruk yang berlaku ketika berkempen, itu adalah UMNO. Malangnya, masyarakat percaya. Bagaimana UMNO BN mampu menepis ‘keburukan’ yang selalu dilabelkan itu.

Ketiga, ultra kiasu menang dari segi imej kerana ‘berjaya’ menonjolkan calon Melayu bagi menunjukkan mereka tidak rasis. Imej ini amat baik ditonjolkan kepada negeri-negeri lain dan berjaya memikat anak muda. Wal hal, calon Melayu tersebut hanyalah alat. Ultra menang memperalatkan Melayu yang memperlekeh dasar bangsa sendiri.

Keempat, ultra kiasu menang dalam persaingannya dengan PAS. PAS hilang kredibiliti, prinsip dan maruah, apabila mempertahankan calon ultra kiasu yang tidak berhijab dan secara terang menolak hudud.


Akhirnya, kepada UMNO BN dan PAS, buatlah muhasabah diri dan transformasi  untuk menghadapi PRU 14 yang lebih bermakna. Dampingilah orang PAS seperti Dato’ Harun Din dan mintalah pandangannya. Kenapa ulamak ini menolak persekongkolan PAS-ultra kiasu?

3 ulasan:

  1. Paling mudah ambil contoh calon parti BN di kawasan pedalaman Keningau, Sabah PRU13 yang lalu. Keluarga calon ini terkenal dengan anti kerajaaannya! Hebat kan.. Keluarga calon ini juga terkenal menentang pembangunan kerjaan BN di kawasan itu! Hebat kan.. Keluarga calon ini juga terkenal dengan monopoli tanah2 kerajaan! Hebat kan.. Hasilnya calon ini kalah kepada Dr. Jeffrey Kitingan dengan perbezaan beberapa ratus undi walhal calon sebelumnya menang besar pada PRU12. Hebat kan.. Malangnya yang lebih hebat adalah pemilihan calon itu sendiri untuk mewakili parti BN..Memang hebat kan!

    BalasPadam
  2. Artikel yg. sungguh BERNAS dr. Dr. Ridhuan Tee!

    Bah. pertama:

    Sementara si Islam/Melayu-LIBERAL terus BERMEGAH; si EvangeliSStar bukan main galak lagi terus MENGHINA ISLAM/umatnya termasuklah JAIS (Lihat si BODOH MBangang PKRSODOM menipu psl. PERLEMBAGAAN; dan dlm. JAIS sendiri yg. sedg. MENYIASAT pegawainya yg. buat serbuan tu,sedgkan apa yg. JAIS buat adalah BETUL mengikut yg. utamanya, undg-undg SYARIAH dan kemudian, undg-undg PERLEMBAGAAN kerana pengantin perempuan dlm ICnya adalah beragama Islam dan bapanya adalah Islam India, bahkan bukan ‘convert’pun! Lihat di - http://www.thestar.com.my/News/Nation/2014/06/06/Jais-may-take-gatecrashers-to-task-Disciplinary-action-likely-against-its-officers-in-wedding-raid-i/ , Jais may take gate-crashers to task, June 6, 2014:

    PETALING JAYA: The Selangor Islamic Affairs Department (Jais) will take disciplinary action against its enforcement officers over the raid on a Hindu wedding if they have breached procedures.

    “We are conducting an internal investigation to determine why and how the raid took place,” said Jais Public Relations and Publications Unit deputy director Nurhamizah Othman.

    ….Nurhamizah reiterated that the standard operating procedure required that the state government approval be sought before any action involving non-Muslims was carried out….
    Mentri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim had chastised Jais for barging in on the wedding, saying their actions were an embarrassment.

    He had added that Jais should have practised humility and not gate crashed the wedding.

    Khalid had also said Jais did not adhere to the standard operating procedure, which required the department to confer with the state government with regards to cases involving non-Muslims and other races.

    Nurhamizah reiterated that the standard operating procedure required that the state government approval be sought before any action involving non-Muslims was carried out.

    However, PAS ulama has come out in support of Jais.....

    Makcik Sambal Belacan.

    BalasPadam
  3. Bah. Kedua:

    Tetapi lihat artikel yg. sungguh BERNAS ini tentang MAIN di bawah kuasa Kesultanan Melayu sbg. Ketua/Penjaga Agama Islam, lebih berkuasa dari K'jaan negeri mengikut Perlembagaan Persekutuan pun, dan membuktikan begitu jelasnya PENGIKTIRAFAN pelansongan kuasa EKSEKUTIF Raja/Sultan Melayu dari sebelum PENJAJAHAN British-ZIONIS; semasa Perlembagaan Persekutuan digubal, bukan sekadar sbg. “Hiasan Adat“ (Ceremonial Monarchy) di - https://akarimomar.wordpress.com/tag/perlembagaan-persekutuan/ :

    Hijrah Minda: Agenda Transformasi Islam

    Haji Mahamad Naser bin Disa[1]

    7 April, 2012

    Islam Agama Negara: Undang-undang Tertinggi Negara

    Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang tertinggi di Negara ini memartabatkan Islam sebagai Agama Negara – Fasal 1 Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan – “Islam adalah agama bagi Persekutuan;” atau dalam teks asalnya “Islam is the religion of the Federation;”[2] Jika diterjemahkan ke bahasa Arab ia bermaksud – “Al Islam deen alDawlah”. Bersandar kepada ketinggian kedudukan Islam sebagai Agama Negara ini, Fasal 1 Perkara 37 Perlembagaan Persekutuan mewajibkan Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong untuk membuat satu komitmen atas nama suci Allah dengan melafazkan sumpah – wallahi; wabillahi; watallahi untuk memelihara agama Islam pada semua masa. Lafaz sumpah ini dilakarkan secara khusus di dalam Jadual Keempat Perlembagaan Persekutuan.

    Atas sifat dan kedudukan Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Utama Negara (The Supreme Head of Federation), semua pihak yang ada hubung kait dengan pemerintahan Negara ini juga terikat untuk melaksanakan sumpah berkenaan kerana segala urusan pemerintahan dalam Negara ini bersumberkan kepada kuasa eksekutif Baginda sebagaimana yang termaktub dalam Perkara 39 Perlembagaan Persekutuan. Justeru, berpaksikan kepada kedudukan Islam sebagai Agama Negara dan komitmen Ketua Utama Negara, segala agenda Negara sama ada dalam bentuk dasar mahupun perundangan semestinya berpaksikan kepada prinsip Islam dan tidak boleh sama sekali menyanggahi atau menjejaskan ketinggian dan kedaulatan Agama Negara…..

    Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan negeri-negeri memartabatkan Sultan atau YDPA sebagai Ketua Agama Islam Negeri. Dalam hal pentadbiran Agama Islam Baginda dibantu oleh Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) yang merupakan pihak berkuasa agama Negeri yang utama selepas Sultan/YDPA. Walau bagaimanapun kedudukan ini sering disalah tanggap. Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) atau Kerajaan Negeri sering dianggap sebagai pihak berkuasa termasuk dalam hal ehwal agama yang termaktub dalam butiran 1 Senarai Negeri Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan.

    Fahaman dan pendekatan sebegini adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri. Islam sebagai Agama Negeri dan Agama Negara tidak tertakluk di bawah kuasa politik. Sebaliknya Kerajaan Negeri yang tertakluk kepada prinsip Islam dalam menjalankan pemerintahan Negeri. Justeru, walau pun menjadi kewajipan kepada Kerajaan Negeri menyediakan kewangan, kemudahan dan pegawai-pegawai untuk berkhidmat kepada MAIN, namun MAIN TIDAK bertanggungjawab (accountable) kepada Kerajaan Negeri kerana MAIN bertanggungjawab terus kepada YDPA/Sultan. Begitu juga para pekhidmat awam Negeri yang ditugaskan dalam hal ehwal berkaitan agama seperti JAIN, Jabatan Mufti, Mahkamah Syariah adalah bertanggungjawab kepada MAIN dan bukan kepada Kerajaan Negeri.

    Kerajaan Negeri masih bertanggungjawab untuk melakukan pembangunan dalam hal ehwal agama Islam tetapi tertakluk kepada kawalan dan kebenaran MAIN. Justeru adalah tidak wajar bagi mana-mana Kerajaan Negeri untuk mencampuri hal-hal berkaitan penentuan hukum Syarak walaupun ia berkewajipan untuk mematuhi dan menghormati hukum Syarak yang diperkenankan oleh Sultan sebagai Ketua Agama Negeri.....

    (TERUSkan MEMBACA)

    Makcik Sambal Belacan.

    BalasPadam