Dah jadi peluang buat duit rupanya..! Akhirnya pasti ada yang mengaut untung hasil dari kesedihan orang lain..!
Kenapa pulak orang lain boleh lelong tragedi ni..! kemana kuasa kita sebagai negara yang bertanggungjawab keatas pesawat tersebut? Apakah kita jugak sedang di lelong? atau dari awal lagi memang kita semua sudah tergadai?
Kenapa mesti tender menender? Benar..memang kita tiada kepakaran dan peralatan..! tapi apakah kita sudah tiada kuasa untuk memilih dan melantik..!
Lu Fikir La Sendiri!!!
PETALING JAYA: Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) mengeluarkan tender terbuka bagi mengendalikan pencarian dasar laut untuk mengesan pesawat MH370, bermula Ogos ini.
Salinan tawaran tender terbuka itu boleh didapati menerusi laman web AusTender, www.tenders.gov.au. di mana tarikh tutup permohonan adalah pada 5.30 petang waktu Australia (3.30 petang waktu Malaysia), 30 Jun 2014.
Biro itu berkata, syarikat yang mempunyai kepakaran dalam bidang itu akan dilantik sebagai kontraktor utama di bawah arahan ATSB.
Katanya, ia bagi melaksanakan pencarian pesawat itu yang dijangka mengambil masa selama 12 bulan, bagaimanapun faktor cuaca turut memainkan peranan.
"Syarikat itu akan menyediakan pakar, peralatan dan kapal bagi mengendalikan pencarian dasar laut bagi mengesan pesawat Boeing 777 di dalam zon ditetapkan iaitu selatan Lautan Hindi," katanya dalam kenyataan akhbar.
ATSB berkata, pembida yang berjaya dijangka mengendalikan pencarian membabitkan kawasan sehingga 60,000 kilometer persegi berdasarkan komunikasi terakhir pesawat itu dengan satelit Inmarsat.
Katanya, kawasan pencarian yang tetap sedang dibuat oleh kumpulan kerja strategik antarabangsa dan akan dimuktamadkan dalam tempoh antara dua atau tiga minggu lagi.
Denga kata dh jumpa ada di diego gracia tunggu nk kautim je sblm ramadhan. Betul ke gempaq je.
BalasPadamTak salah kalau diberi kpd yg pakar!
BalasPadamTak payah layanlah !
BalasPadam