Isnin, 23 Jun 2014

Cina Ni Kata Macam Macam Kat Melayu...

Selamatkan Melayu sebelum terlambat


Tulisan Dr Redhuan Tee Abdullah...

Sebagai salah seorang umat Islam, saya amat hairan, pemimpin kita Melayu. Pembuat keputusan kita semua Melayu. Tetapi, pasal apa Melayu terus melayu. Melayu tidak sehebat bangsa lain yang datang berhijrah. Melayu lemah dan bermasalah dalam pelbagai bidang. Melayu hanya menjadi jaguh dalam kegiatan negatif. Tunjukkan kepada saya kekuatan Melayu!

Pertama, dalam bidang pekerjaan, Melayu sudah tidak mahu lagi menceburkann diri dalam bidang pekerjaan yang agak lekeh seperti buruh kasar, tukang cuci dan sebagainya. Semua itu tidak glamour. Buruh asing sudah lebih 3 juta mengambilalih tugas Melayu.

Kedua, dalam bidang hiburan. Setakat ini amat kurang program hiburan yang mendidik. Melayu berhibur dari program realiti bintang kecil sampai bintang tua. Tidak berhenti-henti menyanyi walaupun sudah tidak bergigi. Semua program realiti akan berakhir pada bulan Ramadhan, kerana pada kefahaman kita, bulan ramadhan bulan ibadat, bulan lain bulan berjahat. Kefahaman Islam jenis apakah ini?

Ketiga, dalam bidang politik, kita asyik berpecah. Ultra kiasu semakin bersatu. Kita tidak sedar atau mungkin sedar, kita hanya ada 50%. Apabila berpecah tiga, tidak mungkin kita boleh memerintah. Malangnya, perpecahan semakin melebar. PRU 14 adalah penentu nasib bangsa dan agama kita. Tunggu dan lihat, jika pengajaran tidak diambil.

Keempat, kita jaguh dalam segala aktiviti kemaksiatan iaitu gejala sosial, seks bebas, sumbang mahram dan sebagainya. Bukan bermakna bukan Islam tidak  melakukannya. Merekapun banyak terlibat, mereka pandai makan, pandai simpan. Namun, mereka tidak sampai dirogol berkali-kali oleh 38 lelaki sehingga menjadi rekod dunia.

Kelima, kita lemah dalam bidang ekonomi. Ekonomi negara ini 70% dikuasai oleh bukan Islam. Maka tidak mustahil kita memakan DNA babi dan makanan tidak halal saban hari. Lihatlah bihun buatan ultra kiasu yang tersebar di lamam sosial, cap masjid lagi. Betapa kotor dan jijiknya. Kenapa kita benarkan ultra kiasu menggunakan cap atau jenama masjid atau nama-nama ‘Islamik’ yang lain. Ini baru bihun, belum yang lain.

Keenam, kita jaguh dalam aktiviti dadah dan dedah. Ultra kiasu menjadi penjual dan pengedar dadah. Kita menjadi penagih. Siapa yang kaya dan siapa yang rosak. Begitu juga pendedahan aurat yang sangat meloyakan. Contoh, syarikat penerbangan awam dan syarikat swasta. Tidakkah boleh kita syaratkan pakaian mereka paling kurang, jika tidak menutup aurat, pakaian bersopan. Ini tidak, terbelah (tertonjol) sana (dada), terbelah sini (singkat). Lebih menjengkelkan bila orang yang duduk di atas itu, adalah Melayu. Kenapa Melayu tidak selamatkan Melayu?

Ketujuh, kebanyakan stesen tv tidak berbayar, ketuanya semua orang Melayu. Kenapa terlalu banyak rancangan hiburan? Tidak adakah rancangan hiburan yang lebih bersopan dan terkawal lirik dan aksinya? Rancangan hiburan tidak ditentang tetapi biarlah sesuai dengan jati diri agama dan bangsa. Red carpet dibuat pada waktu maghrib, make-up atau solekan bermula sejak pagi lagi. Bilakah masa artis-artis ini bersolat zohor, asar dan maghrib?

Kelapan, berleluasa kegiatan judi, arak, pusat hiburan dan pelacuran. Kenapa bandaraya kita hidup 24 jam? Di negara barat, boleh dikatakan bandaraya mereka senyap sepi apabila menjelang malam. Bandaraya kita hidup 24 jam tanpa henti. Tidak banyak aktiviti yang mendidik. Kenapa jadi begitu? Siapa yang memberikan lesen semua ini? 

Mudah sahaja menuding jari bangsa lain yang menyebabkan kita menjadi itu dan ini.  Saya terus menjadi mangsa ultra kiasu dan musuh Islam yang lain. Tetapi siapa yang membenarkan mereka berleluasa? Betulkah semua itu salah mereka? Mereka hanya mengambil kesempatan.

Bak kata Dr. Shukri Abdullah yang tersebar dalam laman sosial, siapakah yang menyebabkan Melayu mundur? Melayu alpa? Melayu merempit? Melayu ambil dadah? Melayu gila hiburan? Melayu asyik berkonsert.
Kita berkata, di mana Melayu boleh kawal, kenapa Melayu tidak kawal? Kenapa Melayu tidak kawal hiburan hingga melekakan remaja? Hingga kini, bukan saja remaja Melayu, Mak bapak Melayu pun asyik dengan hiburan?

Masih ramai tidak bersolat dan tidak tahu bersolat. Apatah lagi untuk berjamaah di masjid. Siapa pemimpin tertinggi negara setakat ini di peringkat pusat dan negeri, termasuk ketua jabatan? Cina dan India?

Akhirnya, mari kita muhasabah diri. perbaiki bangsa kita, perbaiki amalan agama kita, perbaiki anak bangsa kita. Hanya Melayu Islam boleh menyelamatkan Melayu. Namun, jika kita asyik tuduh Cina dan India. Kita tambah dengan Kadazan dan Iban. Kita Melayu, kita Muslim lupa perbaiki diri kita. Itu salah kita selama ini. Usah beralasan lagi. Mari kita sama-sama cari jalan keluar. Ayuh! Bersatulah! sama-sama fikir dan renung, sebelum terlambat.

Lu Fikir La Sendiri!!!

7 ulasan:

  1. aku sangat2 setuju....syabasss prof

    BalasPadam
  2. Melayu melayu MELAYU yang merusakan dan menghianati bangsanya sendiri.

    BalasPadam
  3. Melayu seperti Najib akan menyebabkan melayu lain merempat di bumi sendiri.

    BalasPadam
    Balasan
    1. tanpa nama 4:56,

      Kau ni adalah satu contoh perangai Melayu yg di sindir oleh Dr. Redzuan ni,,suka salahkan orang lain.Masa T.Rahman,Tun Razak,Hussain Onn,tun Mahahthir,, dan Pak Lah Melayu maju ke?.

      Padam
    2. tak sudah2 menyalahkan org lain.awak sempurnakah? apa sumbangan awak utk kebaikan Melayu? asyik2 nak salahkan PM.

      Padam
    3. Hang nie memang lah bodoh, mcm tak sekolah jer. Orang yang ada Dokterate nie, dah buat perbincangan dan analisis, buat ssurvey, buat mcm sebelum dia bercakap..hang cakap ikut jubur (nak ikut aljuburi ka?)icakap suka hati dan cakap dari lubang jubur, kalau tak pandai, mengaku lah bodoh ok!. senang....pergi belajar lagi....pegi.......
      orang lama 1957

      Padam
  4. Jika ramai Melayu berfikiran seperti Dr. Tee - zaman dulu, jika di ganggu seorang Melayu oleh bangsa asing, satu kampung keluar membela ! - sudah tentu sahaja Malaysia berbangga memiliki rakyat Melayu berkualiti.

    Jika pemimpin nya buta, yang di pimpin lambat laun semua nya jadi buta.

    BalasPadam