Isnin, 9 Jun 2014

Cina Ni Dedah Kerakusan Yang Memuncak..!


Nampaknya seakan sudah tidak mampu lagi bersabar….! semahunya mereka rampas, serakusnya mereka lahap, serakahnya mereka membolot..! Bangsa Melayu buat apa???

Bila hati sudah tertutup


Kajian selama eksperimen selama 6 bulan oleh Dr Lee Hwok Aun dan Dr Muhammed Abdul Khalid (2013), pensyarah dari Universiti Malaya membuktikan bahawa kedudukan bangsa seseorang calon lebih diambil kira jika dibandingkan dengan kualiti kelayakan untuk dipanggil temu duga bagi mendapatkan pekerjaan dalam syarikat dimiliki kaum Cina dan syarikat Antarabangsa yang jawatan pentingnya dikuasai oleh kaum Cina di negara ini.

Mulanya saya ragu dengan kajian ini. Maklumlah takut diserang. Saya mengambil inisiatif menelefon pengkaji tersebut untuk memastikannya. Alhamdulillah, kajian ini ternyata benar. 

Menurut pensyarah tersebut, kajian tersebut di lakukan dengan menghantar ‘resume’ kelayakan calon rekaan terdiri dari Melayu dan Cina yang mempunyai kelayakan yang hampir serupa yang baru tamat universiti kepada mana mana syarikat Cina yang mengiklankan kerja kosong.

Analisa jumlah panggilan untuk di temu duga hasil dari permohonan yang mereka hantar itu mendapati secara keseluruhan 22.1% daripada pemohon Cina menerima panggilan untuk ditemu duga berbanding dengan hanya 4.2% pemohon Melayu yang dipanggil dengan kelayakan serupa yang dihantar.

Ternyata di sini, wujudnya diskriminasi terhadap graduan Melayu dari majikan Cina. Kajian mendapati 24% pemohon berbangsa Cina dipanggil untuk temu duga berbanding hanya 6.8% pemohon Melayu diterima untuk temu duga bagi syarikat milik Cina.

Kajian mereka juga mendapati hanya syarikat yang dimiliki Melayu tidak mengamalkan diskriminasi dan boleh menerima mana mana calon baik Melayu atau Cina, di mana kadar panggilan balik terhadap pemohon dari graduan Cina adalah 6.8 % dan 4.8% untuk graduan Melayu.

Bagi syarikat Antarabangsa yang dipegang jawatan tinggi oleh kaum Cina menunjukkan, 22.9% calon Cina dipanggil untuk temu duga. Manakala tidak seorang pun calon Melayu menerima panggilan.

Kajian Dr Lee dan rakannya tidak melibatkan graduan dari luar negara. Walau bagaimanapun, penemuan mereka turut menunjukkan syarikat Cina lebih menerima calon dari Universiti Swasta berbanding dengan Universiti Awam.

Dr Lee berkata adalah mustahil untuk mengetahui kenapa berlaku diskriminasi terhadap graduan Melayu kerana syarikat Cina dan calon Cina yang terlibat tidak mahu memberikan jawapan. Jawapan yang diberikan hanya “kami tidak diskriminasi, kami amalkan hak kesamarataan”. 

Menurut Dr Lee, kajian ini tidak diteruskan, kerana takut implikasi bangsa Melayu yang tahu akan hakikat kaum Cina yang jelas mendiskriminasikan Melayu, akan menjadikan bangsa Melayu marah akan sikap kaum Cina. 

Persoalan saya, adakah keputusan kajian ini tidak rasis? Siapakah yang lebih terbuka? Siapakah yang lebih rasis? Kajian ini membuktikan apa yang saya perkatakan selama ini benar. Peliknya, kenapa seringkali saya dijadikan sasaran dan kutukan? Ohhh bangsaku!

Saya amat mengharapkan kajian ini dapat membuka mata orang bukan Melayu. Alasan yang mengatakan orang Melayu tidak dipanggil kerana mereka sudah ramai berkhidmat dalam sektor awam amat tidak realistik dan sukar untuk diterima. 

Hari ini, sektor awam telah dibuka seluas-luasnya. Sehinggakan pengambilan jawatan konstabel polis tidak memerlukan bukan Melayu mendapat kredit dalam Bahasa Melayu (SPM) untuk melayakkan mereka memegang jawatan tersebut. Lagipun, memang sudah menjadi sifat orang Cina tidak mahu bekerja dengan sektor awam disebabkan oleh pakej gaji yang tidak menarik (rendah). 

Inilah sifat ultra kiasu yang selalu saya rujuk dalam penulisan saya. Saya tidak melabelkan semua orang Cina. Tetapi kepada mereka yang bersifat sebegini. Saya petik kata-kata saudara Faiz Naaman yang selalu dikecam kerana bersetuju dengan idea saya. 

“Saya anti Cina? Anti SEMUA bangsa itu? Seriously? Jika saya kritik Cina atau apa bangsa pun saya akan cuba spesifik kepada kelompok subset dalam golongan itu. Contohnya apabila saya sebut Cina Kafir (yang cenderung kepada Harbi), bermakna Cina jenis itu sahajalah yang saya kecam, bukan Cina jenis lain seperti Cina Muslim atau Cina Kafir Zimmi. Mereka yang sudah lama berada dalam akaun FB saya ini biasanya sudah faham dengan prinsip saya apabila mengkritik terutama apabila menyentuh golongan Cina Kafir Harbi, Cauvinis dan apa yang selalu disebut oleh Prof Madya Ustaz Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah sebagai ULTRA KIASU ini.

Samalah apabila saya kritik Melayu. Tidak semua Melayu atau keturunan Melayu itu saya hentam. Saya cuba spesifikannya ke arah, sebagai contoh, Melayu Liberal atau Melayu Murtad, bukannya Melayu-Islam secara pukul rata. Kita kritik juga bangsa kita sendiri baru tidak asobiyyah. Kita akui kehebatan serta sisi positif bangsa lain sebagai teladan untuk dicontohi bangsa Melayu. Kita bukan menilai manusia itu dengan ciri fizikal seperti MATA SEPET kerana anak bongsu saya Eusoff pun bermata sepet atau KULIT GELAP kerana datuk sebelah mak saya pun berkulit gelap kerana berketurunan Arab Yaman. Jadi ini bukan soal fizikal, budaya bangsa atau bahasa, ini soal kecenderungan mentaliti serta akidah yang kita patut kritik.

Kata-kata ini ada kaitan dengan surat yang dituju kepada saya dan  Abdullah Zaik (Isma) oleh saudara Shamil Norshidi, presiden Kelab Umno US East Coast, tanggal 15 Mei 2014, yang disiarkan laman web ultra kiasu. 

Tanpa usul periksa dan mengenali saya, Shamil menyerang dengan  memetik kenyataan Gretchen Rubin dalam bukunya,The Happiness Project. Pada beliau, apa yang di negara kita hari ini sudah cukup cantik. Tidak perlu ada orang seperti saya atau Isma yang sentiasa memberikan kritikan dan pandangan. 

Saya minta beliau baca kajian ini. Nasihat saya, baliklah ke Malaysia, belajar adat budaya dan cara hidup di sini. Jangan terlalu obses dengan cara hidup barat. Sekadar mengambil kata-kata Rubin, tidak cukup kalau tidak ada input-input Islam dan sejarah Tanah Melayu. 

Memang tidak dinafikan ramai orang memusuhi penulisan saya. Bak kata Winston Churchill pernah berkata, "You have enemies? Good. That means you've stood up for something, sometime in your life."

Saya tidak bercakap kosong, tetapi ada faktanya. Bayangkan setelah sekian lama tinggal di negara tercinta ini, masih ramai yang langsung tidak boleh berbahasa kebangsaan, apatah lagi untuk memahaminya. Kehidupan mereka langsung tidak mencerminkan diri mereka sebagai rakyat Malaysia. Apakah saranan saya agar orang sebegini mencari tempat lain itu salah? Buatlah kajian. Anak muda jangan terlalu emosi. Inilah juga masalah dalam Umno, kurang tarbiyyah ruhiyyah. 

Beliau begitu marah bila saya membangkit soal lambakan rumah ibadat. Fahami maksud adil dalam perspektif barat dan Islam. Adil bukan seorang sebiji tetapi meletakkan sesuatu pada tempatnya. Malaysia adalah seadil-adil negara apabila membenarkan begitu banyak rumah ibadat orang bukan Islam berbanding agama Islam itu sendiri. Pernahkah kita bising apabila masjid dirobohkan bagi tujuan pembangunan, berbanding orang lain?

Beliau juga memetik kata-kata Muhammad Ali,: “Rivers, ponds, lakes and streams - they all have different names, but they all contain water. Just as religions do - they all contain truths.” Kata-kata ini boleh dipetik dalam konteks. Tetapi dalam menganalisis politik Malaysia, kata-kata tidak sesuai wahai adikku Shamil.

Memang kita ada nama-nama yang berlainan. Tetapi rasa air itu juga berlainan. Air sungai, lombong, tasik, dan air terjun, walaupun mengandungi nama iaitu AIR, tetapi sumber airnya dan kandungan mineralnya berbeza. Perbezaan ini perlu difahami asal-usulnya. 

Memang kita mahukan persamaan, baharulah wujud 1Malaysia. Tetapi persamaan itu hendaklah berpandukan kepada agama dan sejarah budaya sesuatu bangsa. Pada saya, presiden Kelab Umno US East Coast ini perlu banyak lagi belajar sejarah Melayu dan sejarah agama Islam yang suci ini. Barulah pintu hati tidak tertutup. 


Profesor Dr. Mohd Ridhuan Tee bin Abdullah

Lu Fikir La Sendiri!!!

5 ulasan:

  1. Bah. Pertama:

    Baik NGO-NGO Islam/Melayu buat lapuran polis kerana ini jelas MENYALAHI Artikel 153 Perlembagaan Malaysia, yg. mempertahankan hak istimewa BUMIPUTERA dan kita patut minta kuasa EKSEKUTIF DYMM Yang di-Pertuan Agong utk. masuk campur – terutamanya kat negeri-negeri bawah pemerintahan RASIS-BUAS si KAPIRDAJAL DAPBANGKAI/PKRSODOM! Kalau pemimpin Islam/Melayu dah tak boleh bela nasib BUMIPOUTERA Islam/Melayu; pd. Kesultanan Melayulah kita harus berpaling!

    Dan juga SAMAN BERJUTA syarikat ni dan mana-mana syarikat yg. diskriminasi pd. Bumiputera - apalagi bila terangan melanggar undg-undg spt dlm iklan mencari pekerja tu; termasuklah juga yg. mahukan pekerja hanya bercakap Cina kerana ini melanggar Artikel 152 Perlembagaan Malaysia!

    Patutnya K'jaan PAKSA quota ke atas sy. Bukan BUMIPUTERA termasuk sy. Barat - mereka mesti menghantar lapuran pekerja dan dari situ, dan mana-mana sy. Malaysia yg. hendakkan projek terutamanya yg. mega dan termasuk di Dunia Islam - dari situ, K'jaan boleh menilai samada Bumiputera terutamanya Bumiputera Islam/Melayu diDISKRIMINASI, dan menganalisajuga secara mendalam, kalau ada pekerja Islam/Melayu pun adakah sbg. HIASAN dan hanya sbg. KULI?!

    Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN ISLAM/umatnya, Kesultanan Melayu, Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (Bumiputera juga bermakna Pribumi/Orang Asal-Asli/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation).

    BalasPadam
  2. Bah. Kedua:

    Sebenaqnya sistem Raja Berpelembagaan (Constitutional Monarchy) dibahagi dua iaitu “Executive Monarchy” (Raja mempunyai kuasa sosial-politik) dan “Ceremonial Monarchy” (Raja hanya sbg. SIMBOL Adat) – dan di TANAH MELAYU pusaka nenek moyang kita ni, Kesultanan Melayu bukan hanya sbg. “Ceremonial Monarchy”(palsu dilapurkan Wikipedia – di http://en.wikipedia.org/wiki/Constitutional_monarchy Executive monarchy versus Ceremonial monarchy), tetapi KesultananMelayu kita juga mempunyai kuasa “Executive Monarchy” , mengikut Perlembagaan Persekutuan Perkara 153, Fasal 1 Perkara 3 [3(1)] dan Fasal 1 Perkara 37 [37 (1)]; berlansungan dr. sebelum PENJAJAHAN British-ZIONIS laknat! KEBENARAN ini sebenaqnya mahu diSEMBUNYIkan oleh loyar-loyar-LONGKANG si KAPIRDAJAL DAPBANGKAI/PKRSODOM –seolah Perlembagaan Persekutuan hanya berasaskan undg-undg si KAPIRDAJAL Barat-ZIONIS terutamanya Parlimen British-ZIONIS (Westminster system)!

    Lihat di - http://zanas.wordpress.com/kembalikan-kekuatan-orang-melayu-62-tahun-yang-lalu/artikel-153-perlembagaan-malaysia/ ,
    Artikel 153 Perlembagaan Malaysia:

    Artikel 153 Perlembagaan Malaysia memberikan tanggungjawab kepada Yang di-Pertuan Agong menjaga hak keistimewaan orang Melayu dan penduduk asal Malaysia, secara kumpulannya dirujuk sebagai Bumiputera. Artikel mengspesifikkan bagaimana kerajaan pusat melindungi kepentingan kumpulan-kumpulan ini dengan mendirikan kuota kemasukan ke dalam perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam. Ia juga biasanya dianggap sebagai sebahagian daripada sosial kontrak, dan biasanya dikatakan sebagai pertahanan legal bagi ketuanan Melayu — kepercayaan orang Melayu bahawa mereka adalah penduduk asal Malaysia......

    Dan lihat artikel yg. sungguh BERNAS ini yg. membuktikan begitu jelasnya PENGIKTIRAFAN pelansongan kuasa EKSEKUTIF Raja/Sultan Melayu dari sebelum PENJAJAHAN Brtish-ZIONIS; semasa Perlembagaan Persekutuan digubal, bukan sekadar ‘hiasan Adat’ – sepatutnya PENASIHAT-PENASIHAT mcm Haji Mahamad Naser bin Disa, Peguam Kanan Persekutuan, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Dewan Amal Islami (DAMAI) di lantik sbg. PENASIHAT dlm MT UMNO, Utusan Melayu dan JPM (ketiganya yg. disyaki sudah dikuasai si LIBERAL-plg-merbahaya) –
    Lihat artikel BERNAS ini di:

    https://akarimomar.wordpress.com/tag/perlembagaan-persekutuan/ ,

    Hijrah Minda: Agenda Transformasi Islam

    Haji Mahamad Naser bin Disa[1]

    7 April, 2012

    Islam Agama Negara: Undang-undang Tertinggi Negara

    Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang tertinggi di Negara ini memartabatkan Islam sebagai Agama Negara – Fasal 1 Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan – “Islam adalah agama bagi Persekutuan;” atau dalam teks asalnya “Islam is the religion of the Federation;”[2] Jika diterjemahkan ke bahasa Arab ia bermaksud – “Al Islam deen alDawlah”. Bersandar kepada ketinggian kedudukan Islam sebagai Agama Negara ini, Fasal 1 Perkara 37 Perlembagaan Persekutuan mewajibkan Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong untuk membuat satu komitmen atas nama suci Allah dengan melafazkan sumpah – wallahi; wabillahi; watallahi untuk memelihara agama Islam pada semua masa. Lafaz sumpah ini dilakarkan secara khusus di dalam Jadual Keempat Perlembagaan Persekutuan.

    Atas sifat dan kedudukan Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Utama Negara (The Supreme Head of Federation), semua pihak yang ada hubung kait dengan pemerintahan Negara ini juga terikat untuk melaksanakan sumpah berkenaan kerana segala urusan pemerintahan dalam Negara ini bersumberkan kepada kuasa eksekutif Baginda sebagaimana yang termaktub dalam Perkara 39 Perlembagaan Persekutuan. Justeru, berpaksikan kepada kedudukan Islam sebagai Agama Negara dan komitmen Ketua Utama Negara, segala agenda Negara sama ada dalam bentuk dasar mahupun perundangan semestinya berpaksikan kepada prinsip Islam dan tidak boleh sama sekali menyanggahi atau menjejaskan ketinggian dan kedaulatan Agama Negara…..(TERUSkan MEMBACA)

    Makcik Sambal Belacan.

    BalasPadam
  3. bangsa cina adalah yahudi timur.cuba tengok macamana mereka menguasi ekonomi malaysia dan memandang rendah kepada kaum melayu.dua perkataan untuk orang2 cina,babi dan cina.sebab tu allah mengharamkan kita makan babi.babi menyebabkan sifat tamak didalam diri kita

    BalasPadam
  4. "It's take two to tango ", kalau pemimpin-pemimpin Melayu dan orang besar Melayu betul-betul berjiwa nationalist ,melindongi hak bangsa dan negara ,dengan tidak membiarkan diri mereka menjadi kuda tungangan ,tidak mungkin Cina-Cina ini bolih memaharajalela seperti yang kita lihat hari ini .

    Siapa sebenarnya Raja ?.

    Selagi pemimpin-pemimpin sebagini tidak dihapuskan ,selagi itulah Melayu akan terbelengu dengan masaalah yang sama ,dan akan belarutan seolah tiada titik noktahnya lagi.

    BalasPadam
  5. syabas profesor kerana memberi perhatian kepada org melayu......kalu ramai lagi kerturunan cina macam ini.....selamat malaysia......tidak seperti ketua tu yg kempunan tak dapat jadi pm sanggup perburuk negara sendiri di luar negara....

    BalasPadam