Isnin, 2 Jun 2014

Harga Minyak Naik?

System baru ni nanti Bakal ditujukan Kepada Kereta ke manusia? Kalau manusia mungkin Kita dapat mengkhusus kepada warganegara atau sebaliknya tapi kalau cuma kenderaan maka pemiliknya yang sebenar mahupun penggunanya yang menggunakan kenderaan tersebut boleh jadi warganegara asing...!

Apapun kita tunggu la pelaksanaannya nanti...!

Lu Fikir La Sendiri!!!


KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memperkenalkan sistem baharu penjualan diesel dan petrol bersubsidi kepada kenderaan komersial yang layak mulai 1 September depan.

Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Alias Ahmad berkata, sistem yang sama bagi kenderaan persendirian juga akan dilaksanakan pada Oktober atau November depan.
Katanya, maklumat terperinci mengenai pelaksanaan sistem baharu itu akan diummumkan dalam satu sidang media khas tidak lama lagi.
"Kerajaan sedang finalise satu sistem baharu untuk kira-kira 3,500 stesen minyak seluruh negara bagi memastikan penjualan diesel dan petrol bersubsidi hanya kepada kenderaan yang benar-benar layak sahaja.
"Kerajaan mensasarkan penjimatan sebanyak RM9.8 bilion melalui pelaksanaan sistem baharu yang dijamin lebih efektif dan berkesan itu," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Ekspo Pengguna Malaysia 2014 di sini, Ahad.

4 ulasan:

  1. Dlm keadaan sekrg pun aku rasa UMNO dah sukar dipertahankan, dgn tambahan beban kpd rakyat, aku rasa PRU14, UMNO bakal jadi pembangkang, parti parti lain tu aku rasa, anytime melompat.

    BalasPadam
  2. Kalo ramai orang Cina (dan Melayu) yang berada (khususnya yang menggunakan kereta yang besar2) masih tamak dan memilih untuk menggunakan petrol or disel yang bersubsidi, andaian TN 8:46 mungkin berlaku. Tetapi baik kaum Cina atau Melayu atau India yang berada, eloklah gunakan RON 97 dan memberikan peluang penggunaan petrol bersubsidi untuk mereka yang benar-benar memerlukan. Ada yang menggunakannya tapi pada pemerhatian saya, tidak ramai.

    BalasPadam
  3. Anon 8.46pg

    Aku RASA Umno akan tumbang selagi ada org mcm nko

    BalasPadam
  4. Sesebuah kerajaan sekuatmana sekali pun akn tumbang sekiranya ada ramai pengkhianat, tak tau bersyukur dan hanya tau mengkritik bangang dalam merencana masa depan negara.

    BalasPadam