Sabtu, 7 Jun 2014

RUU LPHJ ~ Hanya Pencinta Republik Akan Menolak Kuasa Raja Raja Melayu..!


Nampak galak sangat Fuad Zarkashi melalui akhbar utusan menggesa agar RUU LPHJ ditangguhkan dari dibentang dan diluluskan pada Isnin ini. Fuad dilaporkan berkata…

Kerajaan negeri Johor digesa menangguhkan pembentangan rang undang-undang baharu dalam si­dang Dewan Undangan Negeri (DUN), Isnin ini berhubung pemberian kuasa kepada Sultan Johor untuk terlibat dalam pentadbiran kerajaan negeri.

Gesaan secara peribadi itu disuarakan oleh Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi (gambar) yang tidak mahu isu tersebut dieks­ploitasi dan dipolitikkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Malah tegasnya, kerajaan negeri di bawah pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin perlu mengkaji dan meneliti atau menyemak semula rang undang-undang berkenaan, supaya segala kekeliruan dapat diperbetulkan.




Penjelasan oleh YAB MB yang jelas boleh dibaca di sini dan maklumat tambahan serta agenda jahat pihak tertentu juga boleh dibaca di sini masih menyebabkan orang seperti Fuad keliru atau telah berjaya dikelirukan oleh para punahsihat tentunya menarik untuk dibincangkan.

Soalnya kenapa begitu beriya iya Fuad, Utusan dan mereka yang sewaktu dengannya menentang usaha untuk meletakkan jaringan kuasa yang bakal menentukan sebarang salah faham tindakan kerajaan serta mengekang sikap tamak para kapitalis untuk menelan tanah yang menjadi hak kepunyaan rakyat Johor dari tergadai.

Baca 

KUALA LUMPUR – Pergerakan Pemuda UMNO Johor menyifatkan Rang Undang-undang bagi menubuhkan Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor (LPHJ) bertujuan mengawal hartanah negeri itu daripada terus dimiliki oleh lebih ramai warga asing.

Naib Ketuanya, Datuk Khairul Anwar Rahmat berkata, rang undang-undang baharu itu yang akan dibentang dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Isnin ini juga mempunyai kuasa untuk membeli kembali tanah orang Melayu yang telah menjadi milikan asing.

Sehubungan itu katanya, rang undang-undang itu jika diluluskan, akan dapat mengekang para pemaju asing yang selama ini bergerak bersama kroni untuk mengeksploitasi tanah di negeri tersebut.

“Kita jangan mudah masuk perangkap parti pembangkang yang sebenarnya takut kroni-kroni mereka iaitu para pemaju yang selama ini sewenang-wenangnya mengeksploitasi tanah-tanah di negeri Johor.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan persoalan yang timbul serta kewajaran rang undang-undang tersebut yang akan memecah tradisi peranan sultan di negara ini kerana dikatakan bertentangan dengan konsep Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen.

Difahamkan, rang undang-undang berkenaan turut memperuntukkan enakmen yang akan membolehkan baginda mempunyai kuasa membubar dan melantik ahli lembaga pengarah baharu, menentukan jumlah elaun dan saraan mereka serta berhak melantik seorang pengarah yang boleh dipilih sebagai Ketua Eksekutif LPHJ.

Khairul Anwar berkata, Sultan Johor akan bertindak berdasarkan batas Perlembagaan dan Undang-undang Tubuh Negeri Johor serta nasihat Menteri Besar, justeru andaian bahawa baginda mempunyai kuasa mutlak tidak tepat.
Di samping itu katanya, perkara berkenaan bukannya benda baharu kerana Enakmen Penubuhan Kemajuan Negeri Johor turut mempraktikkan konsep sama namun tidak pernah dipertikaikan selama ini.

Baca lagi kenyataan ini..


Felo Penyelidik Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Datuk Dr. Teo Kok Seong berkata Sultan Johor mempunyai hak untuk mengetahui segala urusan tadbir kerajaan Johor bagi memastikan pembangunan sosial, politik dan ekonomi di negeri itu berjalan lancar.

Katanya, penglibatan Sultan Ibrahim dalam urusan tadbir Johor menunjukkan beliau merupakan seorang ketua negeri yang sentiasa prihatin terhadap pembangunan dan kebajikan rakyatnya.

"Sultan Ibrahim sudahpun berada dalam pentadbiran kerajaan negeri sejak baginda menaiki takhta sebagai Sultan Johor pada 2010.

"Maka baginda mempunyai hak untuk mengetahui segala perkara yang berkaitan dengan Johor dan pentadbirannya. Hal ini dilihat tidak bertentangan dengan konsep Raja Berperlembagaan yang negara amalkan," katanya.


Lagi



Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam Majlis Profesor Negara (MPN), Prof. Dr. Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berkata, pemberian kuasa kepada baginda untuk menyelia akaun Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor (LPHJ) jika rang undang-undang bagi menubuhkan lembaga itu diluluskan, juga sesuatu yang di luar kebiasaan.

Namun demikian, katanya, keputusan kerajaan negeri Johor untuk melibatkan sultan dalam lembaga tersebut adalah sebagai satu jalan penyelesaian terbaik dalam isu perumahan mampu milik untuk rakyat agar ia dapat ditangani dengan lebih baik, tegas dan sistematik.

"Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar amat prihatin masalah perumahan rakyat, jadi baginda mahu mengawal selia bukan atas dasar seorang sultan tetapi sebagai ketua negeri dan keputusan yang dibuat oleh lembaga itu nanti bukan keputusan sultan tetapi dipersetujui dan dinasihati oleh menteri besar dan exco kerajaan negeri kerana sultan bukan dilantik sebagai pengerusi lembaga tersebut.

"Perlu juga diberi perhatian perkara ini bukan sesuatu yang baharu, kerajaan negeri juga sebelum ini pernah memasukkan fasal yang sama semasa enakmen penubuhan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor (PKENJ) yang kini dikenali sebagai Johor Corporation (JCorp), namun perkara yang baru ialah apabila sultan diberi mandat dan ambil bahagian berkaitan pentadbiran,"

Baca lanjut di gerakan-anti-pkr.disini


Soalnya kenapa Fuad, utusan dan para punahsihatnya tidak pulak mahu mempertikai keputusan Menteri di JPM Nancy Syukri yang jelas berbahaya kepada Perlembagaan yang jelas mahu mengikis Kuasa Raja Raja Melayu…

Baca…

Abdul Aziz berkata MPM bimbang ketiga-tiga draf itu mengenepikan kedaulatan Raja-Raja Melayu dalam hal memelihara hak keistimewaan orang Melayu dan beberapa perkara seperti kuota dalam perkhidmatan awam yang hanya boleh dipinda dengan perkenan Majlis Raja-Raja di bawah Perlembagaan Persekutuan.

“Dengan menggunakan istilah seperti ‘discrimination’ (diskriminasi) dan ‘racial superiority’ (keunggulan kaum), jelas penggubal tidak sensitif terhadap peruntukan-peruntukan itu,” katanya.

Tiga draf rang undang-undang yang dimaksudkan ialah Rang Undang-undang Harmoni Nasional, Rang Undang-undang Perpaduan Nasional dan Rang Undang-undang Suruhanjaya Perpaduan dan Integrasi Nasional seperti yang diumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri pada 30 Mei lepas.

Baca lanjut di malaysianews-disini.


Kenapa usaha yang jelas menolak kuasa yang termaktub didalam Perlembagaan tidak dihalang dan dibangkitkan oleh puak ini?

Kenapa diam? kenapa senyap? kenapa membisu?

Kenapa pulak apabila sebuah kerajaan Melayu mahu berkongsi kuasa dengan Raja Raja Melayu dipertikai dan mahu ditolak oleh mereka yang bernama melayu, pemimpin melayu, bekas pemimpin melayu dan akhbar melayu?

Jelas puak ini sedang mabuk didalam perangkap para punahsihat dan pemandu sesat yang mahu meliberalkan negara berdaulat ini..!

Satu langkah untuk sebuah negara Republik..!

Lu Fikir La Sendiri!!!

6 ulasan:

  1. Iskandar DR boleh memecahbelahkan umno johor. Agenda siapa ?

    BalasPadam
  2. ko tanye orang yang tinggal Johor dulu baru buat kenyataan dulu boleh? bace teks ucapan ADUN kempas Datuk Tengku putra

    BalasPadam
  3. Harap melayu x saling bgaduh kerana keliru akibat kurang komunikasi bsemuka. Bbincsnglh dgn baik secara bsemuka demi kdaulatn melayu d bumi sdr. Musuh sentissa mbuat analisa dan prancgn secara tsembunyi utk mjatuhkn melayu

    BalasPadam
  4. Sebenaqnya demokrasi dan “equality & liberty" (hak asasi KESAMAAN dan KEBEBASAN) yg. menghasilkan Republik-Republik Peranchis/Russia dgn. MEMBUNUH Raja-Raja Katolik Raja Peranchis dan Tsar Nicholas II, dgn. amat BUAS, adalah dicipta si Yahudi ZIONISDAJAL, utk. meletakkan kuasa Syaitan (sbg. tuhan mereka) SAMA dgn. kuasa ALLAH SWT kita; dan "evil is EQUAL to good" - sebab itu perangai-mcm-haiwan-buas, termasuk bebas SEMUTLAKnya, jadi si GAY/KAPIRDAJAL/PEMBUNUH/PEROMPAK, makin digalakkan puak SYAITAN-gila-SODOM ni! Raja- Raja Katolik ini dibunuh dgn. amat kejam, bersama seluruh keluarga dan sanak saudara mereka oleh si puak SODOM ZIONIS ini, yg. juga terus menguasai Vatican, kerana Raja-Raja Katolik/Vatican ini adalah penjaga agama Katolik (yg. asasnya juga mengharamkan budaya SODOM – sebab itu puak Vatican yg. sudah dikuasai Yahudi ZIONIS sepenuhnya sekrg., nak menghalalkan budaya ini secara rasmi)!

    “Declaration of Human Rights” (Deklarasi Hak Asasi Manusia) yg. PERTAMA, sebenaqnya bukan lahir selepas Perang Dunia Kedua di PBB (UN) tapi waktu "French Revolution" yg. amat BUAS dlm tahun 1789, adalah diketuai/dibiayai Yahudi ZIONIS plg. DAJAL, Rothschild, yg. kemudiannya menubuhkan Israel dgn. membunuh BUMIPUTERA ISLAM Palestin dlm. Genosid yg masih BERTERUSAN, sebagai permulaan kepada objektif utama Yahudi ZIONIS, untuk menubuhkan Satu Kerajaan Dunia (di bawah “New World Order”) , dgn. menawan seluruh Dunia Islam di abad ini, termasuk Arab Saudi, yg. kaya minyak-gas-minerals, bermula dari Palestin, dan untuk MENGHANCURkan Mekah/Kaabah (untuk memahami sejarah dan agenda puak Yahdi Zionis ini, lihat di - http://vigilantcitizen.com/hidden-knowledge/the-order-of-the-illuminati/ , The Order of the Illuminati: Its Origins, Its Methods and Its Influence on the World Events, Dec 12th, 2012; dan di http://www.blissful-wisdom.com/rothschild-sponsored-zionism-world-banking-control-and-israel.html , Rothschild sponsored Zionism, World Banking Control, and Israel, by Bill Woollam)!

    Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN ISLAM/umatnya, Kesultanan Melayu, Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (Bumiputera juga bermakna Pribumi/Orang Asal-Asli/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation).

    BalasPadam
  5. Mengapakah peraturan sedia ada gagal mengekang pemaju bermaharaja lela...pemaju tersebut kroni siapa

    BalasPadam
  6. Kelak makin bercambah Country Garden di Johor.
    Rakyat johor cuma dpt lihat 5star kondominium di danga bay dan pakai jersi JDT cop "country garden".
    okla tu!!

    BalasPadam