Siasat dan dakwa puak yang terlibat..! baik dipihak syarikat mahu pun orang dalam..!
Kenapa orang kita mudah sangat percaya? mudah terpedaya? Disebabkan itu orang lain berjaya mempergunakan orang kita dan mengaut keuntungan dari nya..!!!
Kenapa orang kita mudah sangat percaya? mudah terpedaya? Disebabkan itu orang lain berjaya mempergunakan orang kita dan mengaut keuntungan dari nya..!!!
Zaman semakin mencabar..! kemodenan semakin terserlah, tapi kekadang akal orang kita jer yang masih tetap macam dolu dolu..!
Lu Fikir La Sendiri!!!
KUALA LUMPUR 7 Jun - Kementerian Dalam Negeri tidak pernah melantik mana-mana individu atau syarikat untuk urusan seperti memberi diskaun atau kompaun kepada pesalah trafik.
Menterinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan orang ramai supaya tidak terpedaya dengan tawaran seumpama itu dan sebaliknya merujuk kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Beliau menarik perhatian bahawa kira-kira 12,000 individu telah berdaftar dengan sebuah syarikat yang dikenal pasti kononnya menawarkan diskaun saman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) atau PDRM.
"Harus diingatkan hanya PDRM diberi tanggungjawab menguruskan pengoperasian kesalahan trafik seperti yang diputuskan Jemaah Menteri," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kedai Tabuan Motors dan Bikers Club di sini hari ini. - BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan