Khamis, 5 Jun 2014

Hadi Masih Diberi Kesempatan..!


Manusia sentiasa diberi ruang dan kesempatan, cuma terpulang sama ada mahu mengambil peluang yang baik atau sebaliknya..! Hadi juga sama seperti manusia yang lain..! masa dan peluang masih terbuka nampaknya kepada Haji Hadi…hanya terpulang kepada dirinya untuk mengambil peluang tersebut..!

Membetulkan yang salah..! mencegah kemungkaran..! mengembalikan ajaran akidah Islamiah yang sebenar..! berani menolak kemungkaran dan berani menerima kebenaran..! mengajak seluruh ahli politiknya kepangkal jalan dengan sebenar benar iman..!

Berani..!!!


Hadi sebenarnya tahu yang mana benar dan yang mana salah..!

Lu Fikir La Sendiri!!!


PETALING JAYA: Kesihatan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menunjukkan perkembangan baik selepas menjalani beberapa pemeriksaan di Medipol Universitesi Hastanesi, Istanbul.
Setiausaha Politiknya, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang berada bersama Abdul Hadi berkata, sejak dimasukkan ke hospital itu, doktor melakukan pemeriksaan menyeluruh.

"Keadaan kesihatan Tuan Guru (Abdul Hadi) menunjukkan perkembangan yang sangat baik, di mana pihak doktor juga telah melakukan pemeriksaan menyeluruh untuk memastikan kesihatan beliau benar-benar pulih sepenuhnya," katanya menerusi Facebook Abdul Hadi pada malam Rabu.

Di dalam laman sosial itu, turut disiarkan gambar Abdul Hadi memakai pakaian pesakit hospital warna biru menerima kunjungan beberapa pemimpin dalam dan luar negara.

Pemimpin berusia 67 tahun itu dimasukkan ke hospital berkenaan Jumaaat lalu kerana mengalami sesak nafas, dipercayai kerana komplikasi jantung.

Abdul Hadi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rhu Rendang di Terengganu berada di Istanbul bagi menghadiri Kongres Antarabangsa Komuniti Kesatuan Muslim pada Jumaat lalu ketika beliau mengalami masalah pernafasan dan dikejarkan ke hospital.

4 ulasan:

  1. Kalau tak insaf tak tahulah

    BalasPadam
  2. Ego, sombong, takabbur, menganggap diri tinggi dan mulia, lebih dr org lain, menghalang hidayah, menyebabkan tutupan pd hati.

    BalasPadam
  3. Umat Akhir zaman macam ni la , Nabi ada sebut yang mereka ketika itu sayangkan dunia dan dah tak ingat nak mati .

    BalasPadam
  4. TG Hadi masih berhutang fitnah kepada semua ahli UMNO yang hidup dan yang dah mati. Fikir-fikir sendiri apa fitnah itu. Bagai mana nak mohon keampunan dari yang dah mati? Bukan sorang dua tapi ribu-ribu kot. Adakah mungkin ketinggian tahab TG telah dijanji kan syurga pulak (atau TGNA dah beri restu syurga?). Kita tunggu dan lihat......sementara tu kita ikut siri "Tanah Kubur" dengan kisah-kisah menarik.

    BalasPadam