Isnin, 31 Disember 2018

Mohon..Jangan Tak Mohon..!


Buat la apa yang difikirkan perlu buat..!
Dulu, kalau berfikir panjang rasanya tak perlu nak fikir seperti sekarang..! Itu pun kalau ada akal untuk berfikir..!

Peguam yang mewakili bekas perdana menteri Najib Razak dan isteri Rosmah Mansor memberi gambaran bahawa pasangan berkenaan akan memfailkan permohonan untuk mengenepikan saman yang difailkan ahli perniagaan Deepak Jaikishin.
Najib dan Rosmah hari ini memfailkan pembelaan bagi saman berkenaan.
Saman itu RM676 juta yang dituntut Deepak terhadap Najib dan Rosmah, selain dua syarikat adalah berhubung dakwaan konspirasi dan campur tangan dalam urusan hartanah yang menyebabkan syarikatnya mengalami kerugian.
Boustead Holdings Sdn Bhd dan syarikat subsidiarinya, Bakti Development Wira Sdn Bhd dinamakan sebagai dua defenden lain.
Peguam David Mathews yang mewakili Najib dan Rosmah berkata dia sudah memaklumkan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Azimzah Omar hari ini berhubung hasrat pasangan berkenaan untuk memfailkan permohonan mengenepikan saman itu.
Mathews berkata Hakim Azimah mengarahkannya untuk memfailkan permohonan mengenepikan saman itu pada 7 Jan.
"Kami sudah memfailkan pembelaan anak guam kami hari ini. Susulan itu, Hakim Azimah menetapkan 14 Jan untuk pengurusan kes," kata peguam itu kepada Malaysiakini.
Peguam Irzan Irsat yang mewakili Deepak pula memberitahu Malaysiakini bahawa dua syarikat yang dinamakan sebagai defendan juga sudah memfailkan permohonan untuk mengenepikan saman anak guamnya.
"Hakim Azimah meminta kami untuk menjawab permohonan mengenepikan saman pleh dua syarikat itu pada 7 Jan," katanya.
Boustead dan Bakti Wira diwakili peguam Kenny Chan.
Buat la apa yang sempat, kerana takut tak sempat apa nak buat..!
Lu Fikir La Sendiri..!

Pecah Semakin Parah..!

Namanya tidak jauh beza - Parti Pribumi Bersatu Malaysia dan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu. Warnanya juga sama iaitu merah. Sebagai parti serpihan, kebanyakan anggota Bersatu pastinya datang daripada Umno.
Pada awal perhimpunan agung tahunan Bersatu Jumaat lalu, ramai menjangka ia akan berkisar tentang cabaran itu - dalam begitu banyak persamaan, bagaimana Bersatu ingin membezakan dirinya daripada Umno.
Namun selepas tiga hari berlangsung, terlihat satu lagi cabaran yang mendepani Bersatu untuk terus bergerak ke depan, iaitu tidak menjadi Umno.
Ia dapat dilihat dalam pertembungan dua golongan dalam parti - di satu kutub, golongan 'tua' yang masih dibayangi budaya lama Umno dan di satu kutub lagi golongan 'muda' yang tidak mahu sama sekali disamakan dengan parti itu.
Ironinya kemasukan anggota baru daripada Umno dibangkang hebat oleh sebahagian dalam parti itu atas sebab tidak mahu budaya itu menyusup ke dalam Bersatu.
Pertembungan dua golongan itu dapat dilihat jelas ketika sesi penggulungan ketua pemuda Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan naib presiden Ab Rashid Ab Rahman.
Syed Saddiq dilihat berang apabila ada perwakilan yang secara terbuka menggesa kontrak kerajaan diberikan kepada anggota parti.
"Tengok Umno dulu pun tak berani bincang perkara seperti ini di khalayak umum. Mana maruah kita?"
Tidak lama kemudian, Ab Rahman - tanpa menyebut Syed Saddiq secara khusus - menyifatkan bantahan terhadap gesaan perwakilan itu sebagai "pandangan bodoh".
"Dalam PRU kita kena menang by hook or by crook - dengan apa cara sekalipun - kita kena menang."
Kedua-duanya menerima sorakan dan tepukan gemuruh perwakilan.
Muda lawan tua
Pertembungan dua golongan itu juga terlihat dalam soal pengambilan pemimpin dan anggota Umno ke dalam parti itu.
Sementara perbahasan dibuat secara tertutup, isu yang dibahaskan dibangkitkan pemimpin ketika sesi penggulungan hari ini.
Kemasukan mereka dibimbangi meminggirkan pemimpin di kalangan golongan muda yang merangkumi 65 peratus keahlian parti.
Peminggiran bakat muda merupakan isu yang sering dikaitkan dengan Umno.
Pengerusinya Dr Mahathir Mohamad hari ini meluahkan kekecewaannya apabila mendapat aduan peminggiran ini telah berlaku dan berkata parti itu akan mengikut jejak langkah Umno jika ia berterusan.
Bagaimanapun kedua-dua golongan ini bersetuju dalam satu perkara - dan ia perkara yang membezakannya dengan Umno - iaitu agenda Melayu-Bumiptera perlu kekal sebagai asas perjuangan.
Namun ia bukanlah sama seperti apa yang turut dibawa Umno, sekurang-kurangnya dari segi retorik.
Tongkat yang berbeza
Jika ketika perhimpunan agung Umno retorik Ketuanan Melayu yang sering digunakan, perhimpunan Bersatu lebih menyebut kepada Melayu yang memerlukan.
Jika Umno melihat 'tongkat' sebagai pusaka yang tidak boleh dipersoal sama sekali, Bersatu melihatnya sebagai keperluan untuk membantu Melayu untuk berjalan. Apabila sudah mampu berlari, ia akhirnya tidak diperlukan lagi.
“Bagi yang lemah, tongkat boleh membantu. (Tapi) Bantuan seperti ini tidak harus dikekalkan. Apabila sahaja kekuatan kembali tongkat perlu digugur,” kata Mahathir, yang konsisten mengatakannya sejak sedekad yang lepas. 
Melihat kepada realiti politik, ia adalah pendekatan strategik.
Ia penting bagi meraih sokongan orang Melayu. Bersatu perlu memperjuangkan apa yang dikehendaki orang Melayu dan Bumiputera.
Jika tidak, sokongan Melayu akan dirampas dua parti yang kini dilihat semakin 'kanan' dalam politik Melayu iaitu Umno dan PAS.
Di saat Umno dan PAS memberi tumpuan kepada sokongan - atau dengan kata lain, undi - Melayu, Bersatu faham hakikat kemenangan Pakatan Harapan (PH) dalam PRU lalu adalah hasil sokongan pelbagai kaum dan kedudukannya dalam gabungan tidak sama seperti Umno dalam BN.
Maka parti itu sentiasa berhati-hati untuk tidak menyinggung kaum lain dalam retorik Melayunya.
Ia realiti yang perlu didepani Bersatu, di tengah-tengah parti komponen dan penyokong PH dan cabaran yang dikemuka Umno dan PAS.
Laporan ini disediakan oleh M Fakhrull Halim
Hujung hujung cerita menyamun jugak ler..!
Di dalam PKR pun nampaknya Azmin sudah tidak mampu menyembunyikan ketegangan hubungan dengan ANwar.
Anwar semakin tertunjal dah sekarang ni.
Dulu, masa Anwar di dalam penjara, mereka sanggup membakar lilin meraung diluar dinding penjara menggunakan nama Anwar dan keluarga.
Sekarang, Anwar dah keluar penjara, dah jadi MP PD, dah jadi Presiden parti malah dah dinamakan sebagai PM in waiting...
Anwar disepak terajang, dijentik ditunjal..!
Politik beb..Itu hebatnya Malaysia ni.
Seorang kawan saya berbangsa Cina, suatu hari bertanya kepada saya berkenaan Azmin Ali. Saya menyatakan, andai kamu orang Cina berbangga dengan kehebatan Sun Tzu dalam seni perang, kami dari kalangan orang Melayu ada Azmin Ali.
Antara hujah saya, Sun Tzu pernah mengeluarkan teori menarik dalam perang, iaitu kemampuan membunuh musuh politiknya menggunakan pisau musuh. Demikian juga kelebihan pada politik Azmin.
Semasa Khalid Ibrahim menjadi menteri besar, orang yang mula-mula bangkit keraguan terhadap pengurusan kewangan kerajaan Selangor adalah Azmin.
Tetapi, pada masa itu, orang tidak ambil peduli sangat. Akhirnya, yang berkempen untuk jatuhkan Khalid adalah Rafizi Ramli dan Saifuddin Nasution.
Lebih menarik, walaupun nak dicadangkan nama lain sebagai menteri besar Selangor selepas kejatuhan Khalid, tetapi yang jadi menteri besar adalah Azmin. 
Rafizi dan Saifuddin pula terpalit dengan "kotoran" serangan terhadap Khalid.
'Kebijaksanaan Azmin'
Kebijaksanaan politik cara Azmin lebih terserlah, apabila beliau pandai memposisikan diri dan pandai mengambil peluang untuk keuntungan politik beliau, selain bijak memanfaatkan testimonial untuk kelangsungan politik beliau.
Kalau kita mahu melariskan barang jualan kita, antara mekanismanya adalah testimonial. Iaitu, barangan kita dipegang oleh seorang artis terkenal. Demikian juga, kebijaksanaan Azmin dalam testimonial politik, iaitu beliau selalu mengungkapkan bahawa beliau adalah orang yang paling setia dengan Anwar.
Dengan ungkapan itu, beliau semakin berjaya membina keyakinan ahli PKR terhadap karakter dirinya.
Bukan sekadar dalaman PKR, malahan setelah beliau menjadi menteri hal ehwal ekonomi, beliau cuba buktikan kepada awam bahawa beliau ada kelebihan berbanding Anwar. 
Itu dapat dilihat dalam ucapan beliau dalam parlimen dan sebarang ucapan beliau yang dihadiri Anwar sama.
Kebijaksanaan Azmin dalam politik juga dapat dilihat, apabila beliau amat pandai untuk menentukan masa bila nak bercakap, dan masa bila dia perlu berdiam diri. Ini berbeza dengan Anwar dan Rafizi.
Sebab itu, semasa pemilihan sedang berlaku - Rafizi melawan Azmin - beliau banyak diam. Apabila Rafizi banyak sangat bercakap menyebabkan lahir persepsi bahawa Rafizi kelihatan seperti meroyan. 
Dari satu sisi, beliau berjaya mencipta imej buruk pada musuh politik beliau.
'Anak Ibrahim seterusnya'
Selepas beliau diumumkan menang jawatan Timbalan Presiden PKR, ucapan beliau nampak macam sindir Rafizi, tetapi sebenarnya beliau sindir Anwar. Kita dapat dengar, apabila nada suara beliau agak lain sikit ketika sebut pada nama "Ibrahim".
Yang lawan beliau dalaman parti yang kalah, semuanya berbinkan Ibrahim - Khalid Ibrahim dan Zaid Ibrahim. Bermakna, yang bakal kalah lepas ini adalah Anwar Ibrahim. Tetapi, dia sebut nama Rafizi kerana dia amat halus dalam menyindir.
Azmin tak akan mahu musuh beliau dari kalangan orang yang banyak mulut. Maka dengan sebab itu, semalam beliau nyatakan yang beliau tak setuju Rafizi berada dalam jawatankuasa tertinggi PKR. 
Mungkin kita kata beliau tak suka berdebat, tetapi sebenarnya, beliau tak mahu masa beliau terbuang dalam agenda melaksanakan apa yang beliau mahu.
Semasa pemilihan PKR berlaku, beliau kata beliau tak ada masalah bekerjasama dengan Rafizi. Itu ucapan politik beliau sahaja. Sepertimana ucapan politik beliau yang beratus kali beliau kata, beliau setia dengan Anwar.
Dalam jangka masa yang begitu lama, beliau sudah berjaya membina pengaruh dalaman PKR. Lebih menarik, apabila beliau berjaya mengurangkan rasa hormat dan pengaruh Anwar dalam PKR. 
Dia berjaya menampilkan beberapa sikap Anwar yang akhirnya, kelemahan Anwar dilihat ramai. Kejayaan itu amat terserlah, apabila sudah ada serangan terbuka yang dilakukan oleh beberapa pemimpin PKR terhadap Anwar. 
Dengan bantahan beliau semalam, itu lambang beliau dah bersedia untuk menunjukkan perlawanan beliau terhadap Anwar.
Anwar kena ingat bahawa dia bakal dihabiskan oleh Azmin. Dua anak Ibrahim (Khalid Ibrahim dan Zaid Ibrahim) telah dia muziumkan. Kini tinggal satu lagi anak Ibrahim yang perlu dia muziumkan, iaitu Anwar.
Di atas kertas, calon perdana menteri adalah Anwar. Tetapi dari sudut perancangan tersusun, Azmin adalah perdana menteri Malaysia selepas Mahathir.
Sebelum ini, perdana menteri yang paling lama adalah Mahathir, iaitu semasa menjadi perdana menteri keempat.. Selepas ini, PM yang paling lama adalah Azmin. Kalau Anwar nak selamat, dia lawan Azmin itu sendiri memberi bahaya pada masa depan politik Anwar. 
Seperkara lagi, takkan mereka nak benarkan kaki jub dan kaki china doll yang satu dunia dah nampak punai bengkoknya jadi pieemmm..!
Siapa?
Lu Fikir La Sendiri..!

Sabtu, 29 Disember 2018

Penambah Selera Tahun Baru..!


Siakap senohong gelama ikan duri
Bercakap bohong lama lama jadi Menteri..!
Malaysia Baruuuaaahhhh..!

2019: Tiada hapus tol, cuma kenaikan kadar tol dibekukan.



Kih..kih..kih..!
Hancing beb..!

Minggu depan dah naik sekolah..!
Rakyat tunggu apa yang percuma?
Percuma kena tipu lagi ke?

Lu Fikir La Sendiri..!

Jumaat, 28 Disember 2018

Mangkuk Tersandung Pasu..!


Apa beza gambar diatas dengan video dibawah?

Bezanya jelas tapi mungkin ada satu persamaan..! Apanya?

Dua dua ekor kekenyangan dedak..!

Sekor tipu Melayu tamak untuk hidup.
Sekor lagi tipu Melayu bongok untuk menutup pekung menipu.

Sekarang sekor tengah mempamer diri sebagai hero Melayu.

Jenis macam ni singgah Chow Kit 3 lori pun tak cukup nak angkut beb..!

Siapa?

Lu Fikir La Sendiri..!

Apa Pilihan Umat Islam..!


Salam..(SIMPAN UNTUK RUJUKAN..WAJAR BACA)
Kedudukan parti2 politik sekarang
Pkr.............50
Dap............42
Umno.........38
Pas....... ....18
Ppbm.........16
Pbb............13
Bebas........12(umno)
Amanah.....11
Warisan......09
Prs..............03
Pdp.............02
Mic.............01
Star.............01
Upko...........01
Supp...........01
Pbrs............01
Pbs.............01
Mca............01
Jumlah ....221..CH tidak termasuk
Scene1
PH memerentah atas sokongan pkr,dap,ppbm,amanah dan warisan.PM datang dari parti yg lemah Ppbm.Kekuatan Kerajaan berada pada parti pkr dan dap.Inilah kali pertama PM dicabar oih komponen parti yg kuat iaitu dap dan pkr.Pm akan ikut kehendak dap tetapi dap juga takut hilang kuasa kalau keluar ph.Apa yg berlaku setakat ugutan sahaja.PM bolih bertahan walau pun partinya lemah.ADA PERJANJIAN TENTANG PM SELEPAS TM.
Scene2
Kalau dap dan pkr keluar maka Pm bolih memerentah dgn sokongan parti Melayu dan Bumiputera...129 kerusi dan kiranya 20 kerusi pkr keluar maka pm akan dpt 149@2/3 majority.,PM akan jadi cukup kuat.
Scene 3
Pkr bersama dap warisan dan sarawak mereka akan dapat 119 tetapi tidak kuat PM dtg dari parti bukan bumi.
Maka scene 2 terbaik..aman damai.Pm bolih juga gabung semua parti tanpa PEMBANGKANG.KEHEBATAN PM TERLETAK KEPADA USAHA SATUKAN MELAYU@BUMIPUTERA.BUKAN MELAYU AKAN HORMAT KEPADA KESATUAN MELAYU@BUMIPUTERA YG KUAT.BUKAN MELAYU SUDAH BERSATU DENGAN MAJORITI BERADA DALAM DAP.....
Siapa PM selepas TM akan dibentang nanti.
pegawai2 Kerajaan baca dan ulas.

sumber fb DS Shahidan Kassim

Agak agak scene mana?

Lu Fikir La Sendiri..!

Khamis, 27 Disember 2018

Mana AG Tommy..?


Guan Eng dah bebas, dah selesai satu tugas..!

Pergi belajar bahasa Melayu ke?

Atau tamatkan pengajian komunis?

Mana?

Lu Fikir La Sendiri..!


Rabu, 26 Disember 2018

Kedai Tutup..!


Gambar ni takde kena mengena dengan berita dibawah pun..! Cuma nak bagi tahu, beginilah jika rakyat salah mengundi dan meletakkan orang yang salah menjadi pemimpin..!

Kerajaan tutup selagi tiada dana tembok AS - Trump

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menegaskan penutupan sebahagian kerajaan persekutuan negara itu akan berterusan sehingga tuntutan dana untuk pembinaan tembok sempadan dengan Mexico diluluskan.
Sebahagian kerajaan AS ditutup, sejak Sabtu lalu. Namun setakat ini, masih belum ada bayangan sama ada banyak agensi yang tidak beroperasi akibat kebuntuan politik membabitkan dana tembok Trump akan dibuka semula.
“Saya tidak boleh cakap bila kerajaan akan dibuka semula. Apa yang saya tahu, kita tidak akan beroperasi sehingga mendapat tembok atau pagar atau apa mahu namakannya.
“Saya akan namakan ia mengikut apa mereka mahu, tetapi ia perkara yang sama. Ia halangan kepada pendatang membanjiri negara kita dan daripada dadah.
“Jika kita gagal mendapat tembok ini, kita (kerajaan) tidak akan beroperasi,” kata Trump. - Reuters
P.Ramlee dah ajar lama dah..! jangan salah pangkah..!
Lu Fikir La Sendiri..!

Lembu Bangang Ni Memang Bodoh Dari Dulu, Kini & Selamanya...!


Mangkuk ni dakwa dirinya Presiden Jaringan Melayu Malaysia..! Walhal orang di Ampang dan Bukit Antarabnagsa cukup kenal dengan mangkuk yang memang hidup kerana mengambil kesempatan dalam kesempitan orang lain. Entah bila dan dimana JMM ni mesyuarat Agung dan berapa ahlinya?

Jaring untuk diri sendiri ada laa..!

Bila jaring dah bocor sebab 'tuhan' politik dia yang selama ini memberikan dedak hilang kuasa dan di dakwa maka tetiba guna perhimpunan orang lain lalu mengeluarkan kenyataan bodoh sebegini..!
Presiden Jaringan Melayu Malaysia Azwanddin Hamzah mengugut untuk menyerang Balai Polis Klang sekiranya pihak yang menyebabkan rusuhan berhampiran Kuil Seafield Sri Maha Mariamman tidak ditangkap.
"Amaran saya kepada mereka, segara tangkap pemaju, tangkap peguam (yag mewakili pemaju), jika tidak, kita akan serang Balai Polis Klang," katanya pada himpunan di Dataran Seni Klang hari ini.
Hakikatnya...
Presiden Gerakan Rakyat Malaysia (Geras) Abu Bakar Mohamed mengecam Presiden Jaringan Melayu Malaysia Azwanddin Hamzah yang membuat ucapan provokasi pada himpunan di Klang hari ini.
Azwanddin juga mengugut menyerang Balai Polis Klangsekiranya pihak berkuasa tidak menangkap pihak yang menjadi "penyebab" kepada rusuhan di Kuil Seafield Sri Maha Mariamman, Subang Jaya 25 dan 26 Nov lalu.
Diminta mengulas perkara itu, Abu Bakar berkata, beliau tidak bersetuju dengan ucapan Azwanddin.
Ni semua sampah yang menyebabkan kebencian rakyat kepada UMNO dan BN membuak buak sebelem PRU yang lalu. Jenis seperti mangkuk ni, Jamal Jamban dan Lokman Adam kalau dibiarkan terus rapat akan hanya menambah busuk dan benci rakyat kepada UMNO/BN.
Pemimpin UMNO/BN perlu menjauhi makhluk perosak seperti ni. Jenis ni hanya menangguk di air keruh..! Jangan dibiayai segala urusan mereka. Mereka tiada kekuatan langsung pun. Cukup la..!
Nak serang balai? nak ajak Melayu bertempur dengan Melayu? Yang tepuk tangan siapa? APa punya haramjadah mangkuk ni?

Yang nak diajar ni Peguam Negara..! Kenapa AG sehinga kini masih belum lagi menukar seksyen dari 307 kepada 302? Kenapa masih tak keluarkan arahan dan kuasa menangkap kepada PDRM?

Itu yang mangkuk ni kena faham..! 
Jika AG Bangsat..tak perlu la ajak Melayu yang tak faham turut jadi mangsa bangsat..!

Faham tak bangsat? Siapa???
Lu Fikir La Sendiri..!

Selasa, 25 Disember 2018

Kanda LGBT Tak Lelap mata..!


Lawak JingleBell la katakan..!

Nak tahu baca sendiri di sini.

Lu Fikir La Sendiri..!

Lega La Sikit..!

Rakyat sebenarnya masih tak jelas arah tuju kerajaan dalam mentadbir negara. Itu sebab ramai yang bersikap curiga dalam menghadapi tahun baru 2019 yang bakal menjengah  beberapa hari lagi.

Kesetabilan ekonomi yang tak kunjung tiba dipengaruhi oleh ketidakstabilan politik menyebabkan kehidupan rakyat juga tidak stabil dan selesa.

Apabila pengumuman penurunan harga minyak akan dilaksana pada 1 Januari 2019 sedikit sebanyak ianya memberikan ruang cahaya dihujung terowong yang selama ini suram melengkari kehidupan rakyat.
Kerajaan mengumumkan harga minyak RON95 akan dijual pada harga lebih rendah bermula 1 Januari tahun depan.
“Sejajar dengan trend penurunan harga pasaran minyak dunia pada ketika ini, kerajaan akan menyelaraskan harga runcit produk petroleum termasuk RON95 kepada harga yang lebih rendah mulai 1 Januari 2019 memandangkan penetapan harga jualan runcit produk petroleum adalah secara bulanan.
“Ini memberikan kelebihan kepada pengguna sekiranya harga minyak dunia sedang naik tetapi memandangkan trend harga minyak adalah menurun kerajaan sedia menukarkan asas penetapan harga jualan runcit produk petroleum secara mingguan,” kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.
Almaklum rakyat masih lagi kuat menghidu bau hancing di sebabkan gagalnya segala janji manifesto dalam PRU yang lalu. Itu yang tak berapa selera dengan kenyataan demi kenyataan selagi ianya belum dibuktikan dengan tindakan dan penguatkuasaan..!
Lu Fikir La Sendiri..!

Isnin, 24 Disember 2018

Apabila Lembu Menguak Lagi..!


Jambu AnWAR ni kalau berteori gunung pun rata..! Menyembur nyembur air liur berterabur sambil dijilat kuda belang..!


Semalam dalam mengulas isu minyak...

Kalau ikut cara BN, harga RON95 dah turun 20 sen - Rafizi

 Bekas Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli hari ini menggesa agar Putrajaya kembali menyemak harga minyak mengikut formula pengiraan secara mingguan, seperti yang diamalkan Barisan Nasional (BN) terdahulu.

Dalam satu posting di laman Facebooknya, pengasas firma analitik data Invoke Malaysia itu berkata, kaedah pengiraan bulanan yang diamalkan sekarang sesuai dalam beberapa bulan yang lalu iaitu ketika harga minyak mentah dunia naik melonjak.

“Kaedah (pengiraan bulanan) ini sesuai dalam beberapa bulan yang lalu iaitu ketika harga minyak mentah dunia naik melonjak. Dalam keadaan harga mentah dunia tinggi, Kerajaan Persekutuan menyediakan subsidi untuk mengekalkan harga pada kadar RM2.20 seliter bagi RON95.

“Selagi harga minyak mentah dunia kekal tinggi, maka pengiraan formula hanyalah untuk menentukan berapa subsidi yang ditanggung oleh Kerajaan Persekutuan kerana harga yang dibayar oleh rakyat adalah lebih rendah dari harga formula,” katanya lagi.

Bagaimanapun, jelasnya lagi, sejak beberapa minggu yang lalu, harga minyak mentah dunia mengalami penurunan mendadak, terutamanya minggu ini.

"Apa-apa harga formula yang lebih tinggi dari harga siling, Kerajaan Persekutuan perlu membayar subsidi untuk mengekalkan harga pada harga siling.

"Kerajaan juga perlu menyemak harga mengikut formula secara mingguan untuk memastikan jika ada kejatuhan mendadak harga minyak mentah dunia, rakyat akan menikmati penjimatan serta-merta," katanya lagi. 


aikkhhh...! BN ok pulak..! Lidah biawak ni kata ikut dan tiru BN pulak..!

Dulu...tak berapa dulu pun. Tahun lepas ajer pun. Cuba baca di bawah ni.
"Oleh kerana harga minyak mentah juga mula naik kembali sejak minggu lepas, maka suasana harga RON95 naik setiap minggu ini dijangka berterusan minggu depan sebanyak 2 ke 3 sen lagi," jelas beliau.
Pada masa yang sama, Rafizi turut mencadangkan kerajaan agar menetapkan harga siling gred itu pada paras RM1.80 seliter.
"Mengambil kira suasana pasaran harga minyak mentah yang berlegar di antara AS$45 ke AS$55 setong dalam tempoh enam bulan lepas, saya mencadangkan harga siling sebanyak RM1.80 seliter (iaitu harga RON95 mengikut formula pada harga minyak mentah Brent sekitar USD45 setong)," ujar beliau.
Kira-kira dua bulan yang lalu, Barisan Nasional mendakwa Malaysia merupakan antara 10 negara minyak termurah dunia dan jauh lebih murah berbanding Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Oman.
Mengulas lanjut, Rafizi berkata, kaedah harga petrol bersubsidi yang tertakluk kepada kuota setiap pengguna layak diperkenalkan bagi mengelakkan rakyat terkena tempias kesan negatifnya.
"Saya telah lama mengutarakan cadangan ini yang saya masukkan di dalam buku bertajuk Panduan Bina Semula Negara”yang dilancarkan dua bulan lalu," katanya.
Mana pergi cadangan harga syiling tu? mana pergi cadangan subsidi tu? Sudahnya apa yang BN laksanakan selama ni la yang dia nak ikut..! 
Maknanya apa yang BN lakukan selama ini betul dan sesuai mengikut keadaan dan keperluan semasa. Kenapa tak puji waktu tu..!
Berhenti bercakap la Rafizi..! Bunyi lembu menguak pun ada hasil la bro..!
Apa abang jambu ni kata..?
Lu Fikir La Sendiri..!