Jumaat, 7 Disember 2018

Bersatu Hati Laa..!


Daulat Tuanku..!
Umat Melayu Islam sedang terperangkap dalam perlumbaan menconteng arang sesama sendiri, masing-masing ghairah menepuk air di dulang dan airnya semakin terpercik ke muka sendiri, titah Timbalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.
Titah baginda budaya politik negara ini menjelmakan ketaksuban baharu, menghidupkan budaya asabiah dan menganjurkan pemikiran mengutamakan kesetiaan kumpulan daripada kepentingan menerima kebenaran; malah mencanai minda mementingkan kumpulan daripada kelangsungan ummah lebih menyeluruh.
Sultan Nazrin bertitah umat Melayu hari ini kelihatan beransur lemah kerana telah kehilangan semangat ukhuwah, lemah jati diri, semakin hanyut dalam perlumbaan kebendaan dan semakin mabuk dilambung gelombang persaingan kuasa.
“Islam telah membina umat Melayu berdisiplin, amanah, jujur, luhur dan ikhlas; Islam telah menyatukan umat Melayu dengan membina ukhuwah hingga umat Melayu bersatu teguh sehingga muncul sebagai umat yang kuat; tetapi hari ini umat Melayu kelihatan beransur lemah," titah Sultan Nazrin di Bandar Hilir di Melaka hari ini.
Baginda bertitah sedemikian ketika menyempurnakan Majlis Pelantikan Ahli Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dan Majlis Hakim-hakim dan Pendaftar Mahkamah Syariah Negeri Melaka di sini yang turut dihadiri Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Dr Mohd Khalil Yaakob; Anggota Jemaah Pemangku Raja Perak, Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja, Tan Sri Dr Mohd Zahidi Zainuddin; dan Ketua Menteri Melaka Adly Zahari.
Pada majlis itu Sultan Nazrin berkenan menyampaikan watikah pelantikan Ahli Majlis Agama Islam Melaka kepada 15 individu diketuai Adly selaku Pengerusi MAIM; dan seramai 21 individu menerima watikah pelantikan Hakim-hakim dan Pendaftar Mahkamah Syariah Negeri Melaka.
Sultan Nazrin bertitah ilmuan Islam Ibnu Khaldun meninggalkan catatan mengenai peristiwa perpecahan politik dan perebutan kuasa yang amat dahsyat berlaku di Afrika Utara dan Andalusia, hingga mengakibatkan kejatuhan tamadun dan pemerintahan Islam.
Titah baginda Ibnu Khaldun menyaksikan kesediaan pemerintah melakukan apa sahaja untuk memastikan kuasa berada di tangan mereka, termasuk memperalatkan para ulama.
“Ulama yang pada era kegemilangan Islam bersifat jujur, bersifat ikhlas. Sebahagiannya kerana tergoda dengan kemegahan harta, jawatan dan gelaran bertukar dan membenarkan diri menjadi pemanfaatan bagi kepentingan peribadi umara tertentu,” titah baginda.
Titah Sultan Nazrin, ulama berperanan sangat penting membantu pemerintahan berlaku adil dan saksama bersandarkan hukum yang dikenali dengan istilah adat semasa era pemerintahan Kesultanan Melayu.
Sultan Nazrin bertitah Yang di-Pertuan Agong Kesembilan Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ketika berangkat mengadakan lawatan rasmi ke Melaka pada 12 hingga 14 Julai 1990 bertitah di sebalik sejarah kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka terdapat titik hitam yang harus direnungkan bersama agar ia tidak berulang.
Baginda bertitah Almarhum Sultan Azlan, juga Ayahanda Sultan Nazrin, menzahirkan titah: di samping berbangga dengan kejayaan Melaka, semua pihak harus menjaga perpaduan kerana perpecahan, perselisihan faham dan perebutan kuasa adalah antara faktor menjatuhkan keagungan Kesultanan Melaka sehingga Melaka dijajah kuasa barat.
“Sultan Azlan Shah telah mangkat pada 28 Mei 2014. Kata-kata yang dizahirkan lebih 28 tahun yang lalu, merupakan peringatan yang kekal hidup, dan wajib dijadikan renungan.
“Ia agar umat Islam di bumi ini, tidak tercicir yang dikendong, tidak berakhir dengan menang menjadi arang, kalah menjadi abu kerana kecenderungan untuk terus bersengketa,” titah Sultan Nazrin.
Lu Fikir La Sendiri..!

9 ulasan:

  1. Skrg masanya kami pas dan umno akan bersatu hati tak timbulkan isu rasuah salahguna kuasa seleweng duit 1mdb. Sepeeti yg dituntut oleh islam

    BalasPadam
    Balasan

    1. Bermakna tak usah pedulikan kecurian wang rakyat RM2.6 bilion dari 1MDB?

      Yang DoJ USA pun ada kata "misappropriation of 1MDB funds and money laundering"?

      Islam tuntut keikhlasan, kejujuran, jangan benarkan sesiapa mencuri, merompak, melanun wang rakyat.

      Padam
    2. Himpunan ICERD esok 8 Disember pun membayangkan perpecahan ummat Islam.

      PAS "kerah-paksa" ahli2 nya hadir di himpunan itu. Umno pun galakkan ahli2 nya bersama.

      Tujuan asal nya konon nya membantah ICERD.

      Selepas Kerajaan pimpinan PPMB umumkan tidak akan mengratify ICERD, masih depa mahu berhimpun.

      Kerajaan PH majoriti nya Melayu Islam - PPBM, PKR, Amanah.

      Apa macam perpaduan Melayu?

      Padam

  2. Politik yang bikin Melayu tidak bersatu. Pertelingkahan Umno vs Pas bermula sejak lama dulu, pada masa2 nya, sengit.

    Hingga Sembahayang dua imam, malahan, ada kampong bina dua mesjid.

    Ada juga tuduhan memberi RM90 juta dpd RM2.6 bilion kpd parti lain bagi mendapat sokongan dalam piuhan raya.

    Malang nya, depa lingkup semua. Mungkin Tuhan tidak merestu nya.

    BalasPadam
  3. Kerajaan Kelantan istiharkan hari cuti esok 8 Disember untuk pekerja2 pergi Himpunan ICERD.

    Ada pendapat mencadangkan Kerajaan Persekutuan potongkan 1 hari jumlah wang yang di beri kpd Kelantan tiap tahun.

    Mengapa Kerajaan Kelantan buat begitu? Bukan kah menimbulkan pertelingkahan dengan Kerajaan Federal?

    Menjejas perpaduan ummah.

    BalasPadam
  4. Aghhhhhh. Korang apa tau. Kami ialah ahli pas yg sanggup mati dijalanan kerana bersyukur dgn tindakan kjaan yg tak rtifikasi icerd la. Kami berpuashati dgn org umno wlpun dulu diorg kasi tarik handbreak ruu355 kat parlimen.kami akan selamanya berdemo. Lagipun inila peluang kmi ahli pas nak ronda2 kat kl. Kalau tak susah la bini nk bagi keluar kl. Korang apa tau!

    Takbirrrrr! Bersyukur dgn kjaan yg tolak icerd!

    Pak leman Pas
    Pengkalan chepa

    BalasPadam
  5. Melayu kutuk Melayu...Melayu gaduh dengan Melayu...Cina tepuk tangan aje...lihat kebengongan Melayu.. Negara diambil..Melayu entah ke mana...Sedar lah Melayu..!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedar. Tapi sedih Melayu Umno nak bersatu dengan Melayu Pas pun pun tak jadi2. Walau pun Najib di katakan telah beri RM90 juta. Kes PAS saman boss Sarawak Report di London dah selesai ke?

      Padam

  6. Mana Umno PAS nak bersatu - baca nih:

    Umno, PAS tidak akan bergabung sebagai sebuah parti - Mohamad

    Sebaliknya, kedua-dua parti itu hanya menjalinkan kerjasama dan persefahaman sebagai blok pembangkang dalam isu membabitkan kepentingan rakyat.

    Itu tak payah cakap, Pembangkang semua pun selalu nya bersatu, bersama bukan Melayu.

    Tapi Umno sokong PAS punya RUU355 separuh jalan aje. Terbengkali di Parlimen sejak lama dulu.

    PAS Hudud? Bak kata pepatah, potong jari ibu tangan pun, pemimpin Umno tak akan sokong.

    BalasPadam