Rabu, 19 Disember 2018

Syabas Zahid..!


Itu lah kehendakNYA..!

Hamzah dah boleh bersara sebagai broker..! Atau nak terus juga jadi berukkera..! Nazri mana Nazri?

Mohamad diberi kepercayaan jalankan tugas Presiden UMNO

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan diberi kepercayaan menjalankan tugas Presiden parti itu berkuat kuasa serta merta.
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata keputusan itu dibuat bagi mengelak lebih ramai pemimpin dan ahli UMNO keluar daripada parti itu.
“Saya merasai keresahan segelintir pimpinan UMNO kerana khuatir mereka akan menerima tekanan, siasatan dan tuduhan seperti yang saya alami.
“Demi keutuhan UMNO dan kepentingan pimpinan di semua peringkat terutama Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) serta Bahagian UMNO, langkah menyelamatkan situasi terbabit harus dilakukan segera.
“Berdasarkan kepada kemelut yang dihadapi oleh parti hari ini dan sebagai jalan tengah, saya mengambil keputusan untuk memberikan kepada Timbalan Presiden untuk menjalankan tugas sebagai Presiden,” katanya.
Beliau berkata demikian pada program Wacana U3.0 anjuran Penerangan UMNO di Menara Dato Onn di sini, malam ini.
Program yang turut disiarkan secara langsung menerusi media sosial Facebook Live itu dikendalikan oleh Datuk Dr Noor Azizan Abdul Majid sebagai moderator.
Ketika ditemui selepas program terbabit, Ahmad Zahid berkata, keputusan yang diambilnya itu bukan atas desakan mana-mana pihak.
“Jika benar saya menjadi punca utamanya, maka keputusan yang saya lakukan adalah kaedah terbaik untuk saya berikan kepercayaan kepada Datuk Seri Mohamad Hassan bagi jalankan tugas Presiden.
“Dan ini tentunya sesuai dengan semangat dalam Perlembagaan UMNO sendiri bahawa jika Presiden tidak mendapat hidayah maka kaedah terbaik memberikan kepercayaan kepada Timbalan Presiden untuk menjalankan tugas Presiden,” katanya.
Beliau berkata, Mohamad kini memiliki kuasa penuh Presiden untuk bersama dengan Naib Presiden, Ahli Majlis Tertinggi (MT) dan ketua sayap serta pimpinan di semua peringkat untuk memulihkan UMNO sebagai parti politik terbesar orang Melayu.
“Saya sudah memaklumkan kepada beliau (Mohamad) dan dua Naib Presiden mengenai keputusan ini.
“Mohamad akan menjalankan tugas Presiden sehingga beliau tidak sanggup lagi memikul tanggungjawab itu atau sehingga beliau yakin saya boleh meneruskan semula tugas itu,” katanya.
Nak tengok ada yang melompat lagi tak?
Yang tengah melompat lompat kerana isu ni pun ramai tu..!
Kenapa?
Lu Fikir La Sendiri..!

15 ulasan:

  1. Jgn time meeting ada meja yang terbalik sudah.

    BalasPadam

  2. Wak Jahid masih keras kepala, tak mahu serah kuasa, ha nya serah kuasa buat sementara -

    “Mohamad akan menjalankan tugas Presiden sehingga beliau tidak sanggup lagi memikul tanggungjawab itu atau sehingga beliau yakin saya boleh meneruskan semula tugas itu,” kata nya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apa pulak cakap begitu?

      Cakap letak jawatan Presiden itu lah.

      Padam
    2. Woi Jahid, Hakim tak akan peduli kau Presiden Umno bila bicara.

      Padam

  3. Kerana dia suruh Mohamad jalankan tugas Presiden "sehingga beliau tidak sanggup lagi memikul tanggungjawab itu ... saya boleh meneruskan semula tugas itu ", rasa nya akan berterusan pemimpin Umno cabut lari dari Umno.

    Cakap begitu bermakna kunco2 nya akan terus mengharapkan status quo dan tidak menyokong Mohamad.

    Wak Jahid main wayang kulit. Silat angin.

    Goblok.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ahli Umno yang keturunan jawa tentu kata dalam hati Zahid goblok.

      Yang lain mungkin kata Zahid tak berperinsip. Najib letak jawatan. Ada 39 tuduhan mahkamah. Zahid ada 46 tuduhan di mahkamh - lebih 7 tuduhan.

      Kalau dia ada perinsip, Zahid patut letak jawatan lah. Jangan berdolak dalih - ko coba buat, kalau tak boleh, aku nak teruskan jalankan tugas itu.

      Padam
    2. Tapi apa itu perinsip kepada pemimpin2 Umno? Takda makna. Najib curi wang rakyat RM2.6 billion di 1MDB. Mana ada perinsip. Orang berperinsip tak mencuri.

      Orang Jepun buat salah, jadi skandal, hara kiri. Baring di rel keretapi sebelom keretapi jalan, contoh nya.

      Najib curi wang rakyat, jadi skandal besar, pemimpin2 Umno diamkan ajep. Hingga dituduh berpuluh tuduhan mahkamah.

      Sekarang Wak Jahiid pulak buat hal, tunjuk takda perinsip. Tak mahu letak jawatan.

      Padam
    3. Tak baik mencaci orang. Hukuman Allah pasti nanti yang goblok kamu yang mencaci cerca.

      Padam
    4. Ko mencaci Ali mengata goblok ko juga akan di caci Allah sebagai goblok. Sebab mengata goblok itu dah perkara biasa.

      Yang luar biasa ia lah mengata Kepala Bapak Kau. Tapi dia tak di hukum goblok. Ha nya di hukum penjara.

      haha

      Padam
    5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    6. Kesian mak bapak ko. Ya Allah insafkanlah yang berkenaan. Amin.

      Padam
  4. Kalau gentle, wak jihid letak jawatan terus. Bagi pada Tok Mat. Tok Mat remove semua saki baki kaki rompak dalam UMNO. Tak mustahil UMNO boleh bangkit.

    Selagi suara mereka yang dalam kes mahkamah bersuara. Rakyat hanya dengar pandang sinis.

    bankami.blogspot.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haah setuju. Dan kemudian jika mat hassan kalah di rantau, dia juga harus letak jawatan. Malulah presiden dun pun kalah.
      Perrrrgghhh sangat menarik. Nampaknya kedudukan presiden umno belum nampak akan stabil dalam masa terdekat.
      Alhamdulillah

      Padam
  5. Belom ada ura2 nak sembahyang hajatkan Zahid letak jawatan. Kalau ada saya nak tumpang semangkok.

    BalasPadam
  6. Langkah Zahid jalan tengah atau jalan mengah?
    PULASAN | Lebih penting, Mohamad menikam dalam seni dan kata-katanya bersifat 'garam', bukannya langau.
    xxx

    Sebenar nya, jalan megah, keras kepala.

    BalasPadam