Selasa, 17 Januari 2012

Exco Agama Selangor..Rani Guna Pelobi Yahudi

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru merupakan calon pilihan PAS dan kerajaan negeri Selangor sebagai exco baru menggantikan Datuk Dr Hasan Ali, yang hilang kelayakan selepas dipecat daripada parti baru-baru ini.

Pemilihan Dr Rani Osman (kanan) difahamkan ekoran kedudukannya dalam PAS sebagai pesuruhjaya negeri dan pengalamannya sebagai timbalan pengerusi Ahli-ahli kelab penyokong kerajaan (BBC).

Peluang doktor perubatan itu mengalahkan dua lagi calon dalam senarai PAS, iaitu ADUN Sijangkang Dr Ahmad Yunus Hairi dan ADUN Bangi Dr Shafie Abu Bakar.

Yunus sekarang merupakan pembantu exco belia dan sukan - portfolio yang dipegang Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

Manakala Dr Shafie pula antara orang lama dalam PAS negeri dan pernah dilantik sebagai timbalan pesuruhjaya PAS di zaman Dr Hasan.

Jika tiada halangan, Dr Rani dijadual mengangkat sumpah di depan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah esok pagi.

Berita dari malaysiakini..malaysiakini bro!

Lu Fikir La Sendiri!
Published with Blogger-droid v1.7.4

Tiada ulasan:

Catat Komen