Khamis, 5 Januari 2012

901...Tahniah KDN! Rusuhan Adalah Digalakkan..


Perjalanan perhimpunan 901 akan dirakam sepenuhnya bagi mengelakkan sebarang eksploitasi fakta oleh pihak tidak bertanggungjawab, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Katanya, sehubungan itu, pihak polis sedang membuat pelbagai persiapan rapi termasuk memastikan semua kamera litar tertutup (CCTV) berfungsi dengan baik.

Beliau berkata, pengalaman dalam perhimpunan haram Bersih 2.0 telah mengajar pihaknya tentang pentingnya menghantar pegawai untuk memantau perhimpunan yang akan diadakan pada Isnin ini.

''Kita juga perlu menghubungi media asing dan wakil kedutaan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Tahniah!!!

Selain mendapat liputan tv, radio dan cctv dalam dan luar negara, para perusuh juga pasti akan dilayan dengan baik seperti mana kejadian lalu.! Para perusuh diharap dapat menyatakan juga MENU makanan yang mereka mahukan agar dapat dipastikan makan minum termasuk tempat sembahyang akan disediakan!

Layanan VIP juga akan diberikan kepada kepala kepala bana perusuh dengan meletakkan mereka di Khemah Khas berhawa dingin dengan MENU makan seperti nasi kandar dan nasi beriyani yang pasti terasing dengan para perusuh berkasta rendah atau bertaraf kuda belang!

Para VIP juga pasti akan diiringi balik dengan selamat oleh anggota Polis baik petang mahupun malam hingga ke pintu rumah mereka seperti yang dinikmati oleh Hj Hadi dalam rusuhan yang lalu.

Pastinya akan ada kuda belang perusuh yang akan berlakon dan berdrama untuk mematikan diri sekali, dua kali mahupun berkali kali kerana sebarang tindakan dan tuntutan undang undang pasti tidak akan dikenakan terhadap anda!

Sekaligus mengangkat anda sebagai hero perusuh yang memungkinkan perusuh bertaraf kuda belang tersebut diangkat sebagai VIP pada rusuhan demi rusuhan yang akan datang!

Bagi perusuh yang jelas mempunyai semput mahupun sakit jantung yang kronik juga amat amat digalakkan untuk turun berdemo bagi mempastikan adanya kuda belang perusuh yang mati mengejut bagi menambah simpati rakyat dan dunia

Ianya sekaligus mampu membuktikan bahawa wujudnya kezaliman dan kekejaman anggota keselamatan dimata dunia apabila adanya sekor dua perusuh mati dan sudah barang tentu perusuh tersebut akan diangkat sebagai syahid yang menggenggam kunci syurga wally selipar!

Diharap pihak Polis dapat menyediakan kereta waja dan sebuah pajero atau apa jua yang sewaktu dengannya bagi membuat gempak agar adanya perusuh yang menaiki motosikal dapat mengambil peluang jatuh lalu cacat kakinya...peristiwa ini pasti menambah KPI dalam perjuangan perusuh mahupun VIP perusuh tersebut.

Meskipun begitu diharap rakyat terbanyak jangan sesekali berputus asa! gundah gulana! dan berasa kecewa atas report Polis yang telah pun dibuat sehingga kini yang berjumlah 486 report, diharap rakyat yang perihatin yang mahukan kemakmuran dan kedamaian perlulah terus membuat report memandangkan masih ada lagi berbaki 4 hari bagi memungkinkan kita menggenapkan sebanyak 1000 report.

Sesungguhnya report tuan tuan semua akan menjadi kenangan sepanjang hayat dan nostalgia sepanjang zaman sejurus dengan itu terbuktilah didalam lipatan sejarah bahawa tuan tuan semua adalah pejuang tulen kedamaian sejagat yang tidak sporting kepada para penjenayah yang merusuh!

Tidak ketinggalan juga diingatkan kepada anggota anggota Polis yang berpangkat rendah, yang ditugaskan pada hari rusuhan 9 Januari nanti diharap dapat mengalas perut dari rumah dan membawa bekal makanan dan minuman sendiri kerana dikhuatiri kebaikan yang para anggota Polis lakukan tidak terpandang atau terlepas pandang dari mata para pegawai hingga ada anggota yang tidak sempat menjamu makanan pada tengah hari tersebut!

Walaupun begitu urusan makan dan minum para anggota adalah dijamin dan disediakan didalam plastik yang didalamnya nasi bungkus dan air mineral yang tentunya tidak setanding dengan pihak perusuh kerana terikat dengan syarat dan peraturan ration yang ditetapkan oleh pihak PDRM.

Didoakan semoga anggota keselamatan semua selamat dan terlindung dari sebarang bentuk provokasi seperti makian, balingan batu mahupun pergelutan dan rempuhan para perusuh yang boleh mengakibatkan para anggota mengalami kemalangan!

Maklumlah bahawa pihak anggota pastinya tidak setanding dengan perusuh yang banyak diberikan keistimewaan makan, minum tempat rehat dan sebagainya jauh sekali nak dapat syahid dan kunci syurga...!

Kepada Allah Berserah!!!

Lu Fikir La Sendiri!!!

7 ulasan:

  1. apakata tembak jer perusuh.

    BalasPadam
  2. aku sokong. tembak saja macam negera cina buat

    BalasPadam
  3. NI LER YG ANUWAR KATEKAN KEADILAN UTK SI KELDAIAN FUCKATAN. BUAT KECOH LEPAS TU NK MTK LAYANAN VIP. YG KENE TANGGUNG MKN MINUM KELDAI2 TU DR DUIT RAKYAT JUGAK. SAH LER RAKYAT PUN HERET SAMA HARKKKK PTUIHHHH KEHKEHKEHKEH

    BalasPadam
  4. Kalau pihak berkuasa masih lembik dan leweh..agenda merusuh akan sentiasa berlangsung di Malaysia ni.Tindakan tegas perlu diambil atau ujudkan pulak rakyat penentang perusuh...biarkan depa bertempur sesama mereka.Piahk berkuasa tak akan dipersalahkan oleh masyarakat dunia..nak ambik jalan mudah.

    BalasPadam
  5. tembak je celaka2 tu abg polis...diorg ni semua senjata yahudi nak meruntuhkan tanah air kita...
    celakalah korang semua wahai pemberontak

    BalasPadam
  6. ape kate kite merusuh mintak kerismudin letak jawatan..mane tau dpt mkn nasik kandar..

    BalasPadam
  7. Sepatutnya Anwar ditembak je dgn peluru taik kambing,menyusahkan rakyat..majoriti rakyat cintakan keamanan..

    BalasPadam