Selasa, 17 Januari 2012

Kenapa Anwar Demam..!


Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sokongan rakyat Sabah terhadap Barisan Nasional (BN) masih baik dan cukup mantap.

Dalam hal ini, katanya, BN masih yakin dalam mengekalkan Sabah sebagai “simpanan tetap” untuk parti gabungan itu.

"Berdasarkan apa yang dimaklumkan kepada saya dan maklumat yang diperoleh daripada pertemuan dengan pemimpin UMNO dan BN Sabah (di Kota Kinabalu) semalam, sokongan rakyat Sabah terhadap BN masih bagus.

"Namun BN tidak berhenti setakat itu kerana tugas kita ialah memperbaiki hidup rakyat dan program Bantuan Rakyat IMalaysia (BRIM) yang kita lakukan merupakan permulaan kepada banyak perkara yang kita buat untuk mengurangkan beban rakyat,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri perjumpaan khas dengan penjawat awam di Dewan Masyarakat Semporna di sini hari ini.

Muhyiddin berkata demikian ketika diminta mengulas situasi politik terkini di Sabah, negeri yang dianggap sebagai kubu kuat BN.

"Kita bukan angkuh. Berdasarkan maklum balas yang kita terima termasuk daripada Ketua Menteri dan pemimpin BN yang lain, sokongan untuk BN di Sabah masih baik,” katanya.

- Bernama.

Lu Fikir La Sendiri!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan