Beliau berkata, siasatan di tempat kejadian mendapati ia dilakukan dengan menggunakan bahan peledak dan kon yang mudah diperoleh.
"Ketebalan tapak kon juga berbeza di mana pada tapak letupan pertama dan kedua, kedua-kedua kon ketebalannya hanya 3 milimeter dan kon ketiga hanya 2 milimeter, manakala tapak kon polis adalah setebal 7 milimeter,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Cek Dari Tabung Amanah Perwira Negara (TAPPN) kepada balu anggota polis yang terkorban ketika bertugas, di sini hari ini.
Mohmad berkata, tapak kon yang ditemui di lokasi kejadian ada yang berbentuk bulat dan segi empat, manakala kon polis berbentuk segitiga.
Beliau juga mengesahkan komponen jam penggera, paip PVC serta bateri, bahan letupan yang digunakan adalah daripada jenis ”Jerangkap Rekaan Elektrik” dan bukan bom seperti yang diuar-uarkan sebelum ini.
Apa tunggu lagi abang Polis? Tangkap dulu puak puak pembangkang yang menyebarkan cerita kononnya bahan letupan yang meletup pada 901 yang lalu adalah angkara Polis!
Jangan biarkan khabar angin jahat ini terus menyerap ke benak kuda belang pembangkang yang akhirnya diimani oleh mereka semua bahawa ianya perbuatan pihak Polis!
Kerja mereka pasti akan lebih mudah apabila lidah lidah iblis penyebar fitnah dibiarkan berleluasa! Zaman politik persepsi ini berita fitnah lebih mendapat tempat lebih lagi ianya disalut dengan fatamorgana yang meyakinkan!
Tangkap dan siasat penyebar fitnah ini!
Polis tentunya mempunyai ruang lingkup dan sumber yang cepat lagi tepat dalam mengesan siapa punya angkara pada hari tersebut!
Sementara pihak Polis mempastikan angkara si durjana yang boleh mengancam nyawa ini, penyebar fitnah juga perlu disekat! Ini bukan perkara remeh! Ini berkaitan dengan bahan letupan yang berkemungkinan menjadi bom yang akhirnya mengancam nyawa!
Mustahil rasanya pihak Polis yang mendalangi isu ini hanya ingin mengambil langkah awal agar perhimpunan perhimpunan yang akan datang dapat dihalang! Rakyat bukan bodoh dan pastinya pihak Polis lebih pandai dan memahami akan situasi ini.
Soalnya sudah ada puak militan yang masuk dikalangan perusuh 901 yang berani bermain dengan bahan letupan! Kerja remeh ke? Hal kecik ke?
Polis boleh buat buat bodoh tapi jangan pulak diperbodoh jauh sekali mengambil langkah bodoh!
Lu Fikir La Sendiri!!!
Published with Blogger-droid v1.7.4
TU LA WA DH CKP..DIORANG NK JADIKAN MESIA MCM TAHRIR SQUARE BROO. BOM SANA SINI. BILE DH KECOH BLEH LE TUDUH POLIS PUNYE KEJE WALHAL DIORANG NAK SABOTAJ UTK KEPENTINGAN AGENDA SENDIRI HUHUHUHU
BalasPadam