Ahad, 29 Januari 2012

Orang Asli Temiar Takde Nilai Berbanding Tokey Balak..!






















Lapan Orang Asli dari masyarakat Temiar di Gua Musang ditangkap selepas mereka cuba untuk mengadakan sekatan bagi menghalang pembalak memasuki kampung mereka.

Peguam Siti Kassim, yang telah cuba untuk campurtangan bagi pihak masyarakat Orang Asli, turut ditangkap.



Ketika dihubungi, rakan peguamnya Fadiah Nadwa Fikri berkata Siti telah memaklumkan kepadanya kesemua mereka dibawa ke ibupejabat polis daerah Gua Musang pada sekitar jam 5 petang untuk memberi kenyataan.

"Siti telah menasihatkan masyarakat Orang Asli mengenai hak mereka di segi undang-undang tetapi pihak polis menuduhnya menghasut protes tersebut," katanya.




Masyarakat Orang Asli di sekitar Gua Musang telah memutuskan untuk meneruskan sekatan tersebut selepas rayuan mereka kepada kerajaan negeri Kelantan tidak diperdulikan.

Ketika dihubungi sebelum ini, wakil masyarakat terbabit, Kamal Alek, berkata kira-kira 700 Orang Asli dari 31 kampung berkumpul untuk menetapkan mengadakan sekatan di jalan utama ke Kampung Parit.



"Polis Gua Musang telah meminta kami memberi lebih banyak masa untuk mengadakan perbincangan, tetapi jika kita terus menunggu, sedang pembalakan berterusan, apa yang akan tinggal di kampung kami?" katanya.

Kira-kira 20 anggota polis ditempatkan di tempat di mana masyarakat Orang Asli itu merancang mengadakan sekatan.



Sekatan pertama bermula pada 4 Januari tetapi dibatalkan dua hari kemudian selepas mereka diberi jaminan bahawa mesyuarat akan diadakan dengan kerajaan negeri dalam masa dua minggu.

Kamal berkata operasi pembalakan telah menceroboh tanah pertanian mereka.

Beliau mendakwa, kerajaan negeri telah diberi kelulusan kepada program Ladang Rakyat tanpa mengambil kira masyarakat tempatan.

Program Ladang Rakyat merupakan projek pertanian yang membabitkan pembersihan sebahagian daripada kawasan hutan yang menjadi tempat Orang Asli bergantung hidup.

Ini telah menimbulkan kemarahan masyarakat Orang Asli di kawasan Gua Musang, yang mendakwa tanah nenek moyang mereka dirampas oleh kerajaan negeri dan diberikan kepada syarikat pembalakan.

Ini baru negeri berkebajikan...belum negara berkebajikan lagi tu...!

pttuuiihh..!!!

LU FIKIR LA SENDIRI..!!!

Tiada ulasan:

Catat Komen