Jumaat, 22 Mac 2013

4 Pengganas Di Gempur...!



LAHAD DATU: Satu pertempuran berlaku antara pasukan keselamatan dengan sekumpulan pengganas di sebuah rumah tinggal di Kampung Kembara Sakti Felda Sahabat tengah malam tadi.
Menurut sumber, pasukan keselamatan menggempur rumah berkenaan yang menjadi tempat persembunyian sekumpulan empat pengganas bersenjata yang dilaporkan menawan seorang suri rumah selama dua jam, petang semalam untuk mencari makanan.
Pasukan keselamatan juga dikatakan mengepung setiap penjuru Kampung Kembara Sakti bagi memastikan kumpulan kecil pengganas itu tidak dapat melarikan diri.

Sehingga awal pagi ini, tiada pengesahan daripada pihak berkuasa tentang jumlah kematian atau tangkapan pengganas terbabit, bagaimanapun sumber pasukan keselamatan mengesahkan usaha dijalankan bagi menumpaskan kumpulan pengganas bersenjata yang dikatakan lolos daripada kepungan di zon merah itu.

Foto
Terdahulu petang semalam, sekumpulan empat lelaki bersenjata dipercayai saki baki pengganas yang melarikan diri daripada kepungan pasukan keselamatan bertindak mengikat tangan dan kaki seorang wanita di Kampung Kembara Sakti selama kira-kira dua jam sebelum menggeledah rumah mangsa bagi mencari makanan.

Ketika kejadian, kira-kira jam 2 petang itu, suri rumah berusia 40-an sedang berada di dalam rumah manakala suaminya keluar bekerja.

Menurut jiran mangsa dikenali sebagai Mutiya Mambalusah, 41, kemunculan empat lelaki bersenjata itu secara tiba-tiba mengejutkan jirannya itu kerana kampung berkenaan terletak kira-kira 25 kilometer dari Kampung Tanduo dan tidak dikategorikan dalam zon merah sebaliknya diisytihar sebagai kawasan selamat.

“Sebaik memasuki rumah, seorang daripada lelaki itu yang boleh berbahasa Melayu meminta makanan manakala dua yang lain bersembunyi di atas loteng mungkin sebagai persediaan jika ada orang lain memasuki rumah.

“Apabila dimaklumkan tiada makanan, mereka terus mengikat kaki dan tangan jiran saya sebelum menggeledah rumah itu untuk mencari makanan,” katanya ketika ditemui.

Beliau berkata, jirannya itu berjaya membuka ikatan berkenaan dua jam kemudian sebelum bertindak melarikan diri ke rumahnya.

“Saya yang terkejut dengan kejadian itu kemudian terus membantunya melarikan diri sebelum melaporkan kejadian itu kepada polis. Ketika itu tidak diketahui sama ada kumpulan terbabit masih berada dalam rumah jiran saya itu,” katanya.

Mutiya berkata, sebaik laporan polis dibuat, pasukan keselamatan kemudian mengarahkan semua penduduk berpindah ke masjid berhampiran.

LU FIKIR LA SENDIRI!!!

3 ulasan:

  1. Beb... buletin utama 8.00 mlm tadi, pdrm nafikan berita ini. Si pengadu diragui dan arahan pindah juga tidak dibuat oleh pdrm atau atm.

    Hal begini boleh menambahkan kesukaran kepada pdrm & atm yang sedang bertungkus-lumus menjalankan kerja pembersihan.

    Moga kita lebih cermat dan berhati-hati.

    BalasPadam
  2. DLM KEADAAN SKRG MCM2 BERITA AKN KLUAR BROO...INI MUNGKIN STRATEGI PIHAK2 YG TERDESAK NK KAVER ISU SEBENAR BROO...HRP2 RAKYAT BERTENANG DAN DPTKN BERITA SAHIH DR PIHAK BERKAITAN JEK

    BalasPadam
  3. TERBAEK BEB!Respek pada dua komen di atas. Ini laa cara komen yang terbaik kalau kita membuat silap. Bukan macam sesetengah tu...terus kutuk, buat betul pun tetap cari ruang yang salah untuk kutuk..bukan nak tegur.

    BalasPadam