Sabtu, 23 Mac 2013

KDN - Dalang Sudah Di Kenal Pasti...! Kembara Sakti Selamat...!


Dalang sudah semakin nampak..! kain dalang pun dah lama terselak..! 

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bekerjasama dengan agensi perisikan serantau bagi menyiasat dan mengenal pasti dalang insiden pencerobohan kumpulan militan dari selatan Filipina di Sabah. 

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata dalam menyiasat insiden itu, Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga menjalin kerjasama rapat dengan National Intelligence Coordinating Agency (NICA) Filipina. "National Intelligence Coordinating Agency, Filipina memang mempunyai kerjasama yang rapat dengan Cawangan Khas kita. 

"Kita mendapatkan maklumat (perisikan) terkini berhubung kait dengan pembabitan pihak ketiga selain daripada maklumat tentang kumpulan (Jamalul) Kiram (pemimpin pengganas Sulu). 

"Ia juga (maklumat perisikan) sama ada membabitkan MILF (Barisan Pembebasan Islam Moro) ke, kumpulan Nur Misuari (bekas pemimpin Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF)), kepada pihak-pihak politikus atau pengganas-pengganas tertentu," katanya kepada pemberita hari ini. 


Sementara itu pihak PDRM menyatakan...


Kira-kira 1,000 penduduk kampung Kembara Sakti kembali ke rumah masing-masing selepas pasukan keselamatan memberi jaminan bahawa kawasan perkampungan mereka selamat.

Jaminan itu diberi Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar yang melawat kawasan itu hari ini dan menjelaskan kepada penduduk terlibat bahawa dakwaan terdapat anggota militan memasuki kampung itu adalah tidak benar.

Beliau berkata penduduk mungkin tidak mendapat maklumat sebenar dan terus salah sangka serta menyampaikan cerita kepada penduduk lain.

"Itulah tujuan saya datang ke sini untuk beritahu keadaan selamat. Apa jua khabar angin yang disebarkan itu tidak benar.

"Baliklah. Kami (pasukan keselamatan) ada di sini kan. Jangan takut, tiada apa-apa," katanya dalam dialek Sabah bagi memujuk mereka pulang dan beliau turut memberi jaminan akan menempatkan anggota keselamatan di kawasan itu.

Pengumuman Khalid itu disambut gembira dan penuh kesyukuran oleh penduduk kampung yang berpindah ke Sekolah Agama Rakyat sebagai langkah keselamatan apabila mendengar cerita seorang suri rumah diikat kedua-dua tangan dan kaki oleh empat anggota pengganas yang memasuki rumahnya untuk mencari makanan.

Rata-rata penduduk menjerit gembira sambil memeluk anggota keluarga dan rakan-rakan dan antara ungkapan yang boleh didengar ialah “syukur boleh pulang,"
“kami boleh mandi", “inilah yang ditunggu-tunggu".

Sementara itu Pengurus Felda Sahabat 43 dan ketua kampung Kembara Sakti Ramlan Junit berkata penduduk mula pulang ke kediaman masing-masing kira-kira pukul 2 petang.

Mereka turut diminta mendengar arahan yang diberi dalam mengekalkan keamanan di kawasan itu, katanya.

Seorang penduduk Amir Abdul Hamid, 50, berkata penduduk yang sebelum ini enggan pulang ke rumah kerana takut, kini bersemangat dan lebih yakin apabila orang penting dalam pasukan keselamatan sendiri membuat pengumuman di hadapan mereka. - BERNAMA


LU FIKIR LA SENDIRI!!!

3 ulasan:

  1. TOTEY SI PELIWAT DAH SMAKIN TERJULUR KUAR BROO KEHKEHKEH ADOIYAIII...GELI GLEMAN WA KEHKEHKEH

    BalasPadam
  2. ekekekek.....ko ni mmg kelako la jeff....hehehe

    BalasPadam
  3. Pokok Raja Goyang dah goyang,
    tunggu nak dicabut lagi.
    Evil Knivel Malaysia,
    Dajjal Malaysia.

    BalasPadam