Selasa, 19 Mac 2013

Kiram Perlu Di Karamkan..!



Jamalul Kiram III yang mengarahkan pengikutnya yang masih bertahan di Sabah untuk melancarkan perang gerila perlu dipandang serius.

Bekas Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral (B) Datuk Seri Zaini Mohamad Said berkata, arahan tersebut tidak mengejutkan kerana ia pasti dibuat selepas gagal dalam gerakan menuntut Sabah.

Menurutnya, mereka tiada jalan lain, maka sudah tentu Jamalul mengarahkan pengikut dan penyokong beliau di Filipina dan Sabah beralih kepada perang gerila.

“Jika berlaku demikian, maka masalah ancaman gerila dan keselamatan berpanjangan di Sabah. Pasukan keselamatan perlu menghapus mereka.

“Kerajaan perlu mendapat kerjasama kerajaan Filipina supaya mengharamkan Kesultanan Sulu dan mengekang pergerakan militan ke Sabah,” katanya.

Kelmarin, melalui laporan media Filipina, philstar.com, Kiram mengarahkan pengikutnya melancarkan perang gerila kerana kononnya menganggap mereka sudah berada di tanah air sendiri iaitu Sabah.

Zaini berkata, rakyat Sabah diingatkan perlu  bantu pasukan keselamatan dan kerajaan dalam menghadapi tentera militan Kiram.

Beliau berkata, kerajaan juga perlu menguatkan pertahanan di persisiran pantai dan laut di Sabah.

“Mungkin juga perlu diwujud pasukan kawalan kampung yang bersenjata untuk bantu pasukan keselamatan.

“Rakyat mesti bersatu dan tunjuk kecintaan kepada negara,” katanya.

Menurutnya, perang gerila akan memakan masa lama kerana tentera militan Kiram tidak akan menunjukkan diri secara berdepan dan teknik serang hendap akan digunakan.

“Mereka mungkin melakukan kerja biasa, menghasut dan mereka memerlukan bantuan. Tentera militan Kiram perlu dihapuskan kerana khuatir jika ia berpanjangan akan memberikan kesan kepada ekonomi negara khususnya di Sabah.

“Kita perlu kawal di kawasan mudah terima musuh. Kita perlu buktikan kepada bakal musuh, kita mampu lawan dan pertahan negara," katanya.

Dalam perkembangan sama, ditanya sama ada Semenanjung Malaysia akan menerima kesan daripada serangan militan ini, beliau berkata, Semenanjung tidak akan diserang, tetapi ia beri kesan kepada ekonomi.

“Kita terpaksa guna banyak kos untuk biayai perang gerila. Imej dan persepsi negara terjejas kerana dianggap tidak selamat menyebabkan pelabur teragak-agak untuk melabur dan jurang pendapatan ekonomi kepada penduduk Sabah besar,” katanya.

Selain itu, beliau turut menasihatkan pasukan keselamatan agar kekalkan semangat, berusaha keras demi keselamatan dan kesejahteraan negara serta rakyat.

“Rakyat pula perlu bersatu padu menyokong usaha pasukan keselamatan dan kerajaan. Mereka perlu sentiasa yakin terhadap diri bahawa kita mampu menentang militan.

“Perang gerila berlaku bergantung kepada rakyat dan mematahkan serangan gerila juga bergantung kepada rakyat,” katanya.

LU FIKIR LA SENDIRI!!!

2 ulasan:

  1. Pengganas yang nyata lebih mudah dihapuskan berbanding TALI BARUT yang menyamar lalu menjadi duri dalam daging......

    BalasPadam
  2. Harapkan Menteri KDN kata mereka bukan Pengganas....! Siasat petualang negara yang jadi Tali Barut kiram dan hukum secukup rasa....

    BalasPadam