LAMAN ini menerima banyak persoalan kenapa tidak seorang pun pemimpin Pakatan Rakyat yang dilihat menziarahi jenazah 8 pegawai dan anggota polis yang terkorban setakat ini dalam krisis yang sedang berlangsung di Sabah, terutama pemimpin-pemimpin DAP.
Menurut mereka, ketiadaan pemimpin Pakatan Rakyat ini menunjukkan kurangnya semangat patriotik dan mengesahkan hubung kait pemimpin Pakatan Rakyat dengan kejadian di Sabah.
Ada juga yang membandingkan kehadiran Datuk Seri Anwar Ibrahim ke majlis pengebumian Teoh Beng Hock , sedangkan dalam hal ini Anwar tidak langsung menjengahkan mukanya. Lebih mengejikan, ada juga yang membandingkan sumbangan USD 700,000 dari Pakatan Rakyat kepada penduduk Hamas, tapi tiada langsung sumbangan bila membabitkan polis dan tentera di negara sendiri.
Nak juga menjawab tuduhan yang tidak munasabah ini. Sumbangan kepada Hamas itu atas sebab dan tujuan yang lain, apa kaitan dengan kejadian di Lahad Datu? Najib Razak pun menyumbang berjuta-juta ringgit kepada penduduk Hamas, kenapa tidak dijadikan isu?
Bagaimanapun, bagi menjawab soalan yang lain-lain itu, laman ini telah cuba mendapatkan komen dari beberapa orang pemimpin Pakatan Rakyat yang boleh dihubungi. Tentang Anwar, laman ini masih cuba mendapat maklum balas dari mereka yang berkaitan.
Tapi kami akui itulah satu-satunya kehadiran pemimpin utama Pakatan Rakyat, selain dari itu, tidak ada yang muncul kerana atas beberapa sebab yang boleh dinyatakan dibawah:-
- Kecil hati kerana tuduhan UMNO/BN bahawa Anwar adalah orang yang terlibat dalam hal ini melalui kerjasama dengan pemimpin MNLF, Nur Misuari.
- Gesaan supaya perbincangan meja bulat antara pemimpin kerajaan dan Pakatan Rakyat bagi membincangkan perkara ini ditolak mentah-mentah. Sedangkan ramai melihat kejadian pertumpahan darah dapat dielakkan kalau pemimpin Pakatan Rakyat dilibatkan dalam perbincangan dengan pihak Kesultanan Sulu.
- Untuk menjaga hubungan akrab antara pemimpin Pakatan Rakyat dengan pihak-pihak berkaitan di Filipina, antaranya Nur Misuari sendiri memandangkan isteri Nur Misuari juga adalah antara yang menuntut hak Kesultanan Sulu ini.
Selain itu, ketiadaan Presiden PAS, Datuk Seri Abd Hadi Awang dalam upacara pengebumian jenazah Inspektor Zulkifli Mamat di Terengganu juga atas alasan yang sama. Lagipun sudah ada ramai orang yang boleh menguruskan majlis tersebut, dan kehadiran beliau tidak begitu penting sangat.
Rakyat perlu faham dan tidak menjadikan ketidak hadiran pemimpin-pemimpin utama Pakatan Rakyat dalam majlis pengebumian tersebut sebagai isu besar yang perlu dibincangkan apatah lagi dipolitikkan.
Selain tidak ada undang-undang yang mewajibkan kehadiran pemimpin pembangkang dalam majlis seumpama ini, kalau mereka hadir pun mereka akan diberi layanan kelas 2 oleh pihak kerajaan.
Maklumlah, pemimpin pembangkanglah katakan.
Sudah cukuplah dengan acara solat hajat dan kutipan derma yang dianjurkan PAS untuk disumbangkan kepada anggota tentera terbabit dan laman ini mendengar sejumlah wang telah diperolehi dan akan disampaikan kepada keluarga mangsa dalam jangka masa terdekat.
Pakatan Rakyat juga bercadang menyumbangkan sejumlah wang kepada keluarga anggota tentera diraja Sulu yang terkorban supaya dapat membantu sedikit sebanyak belanja membawa pulang jenazah mereka dan urusan pengebumian, atas nama kemanusiaan.
BEGINILAH HATI PERUT PEMBANGKANG..! AKAL DAH BEKU..! SOKONG MEMBUTA TULI..! TAKSUB JUMUD GILER..!
LU FIKIR LA SENDIRI!!
Mat sabu pun mungkin sedang mewujudkan 'tabung sulu' kononnya utk balu2 sipejuang kiram agar hasil kutipannya nti boleh diratah oleh ostat2 hamPAS.
BalasPadamhahahaa..betul ke Anwar berjanji dgn keluarga pengganas tu.. kalau janji mcm kg buah pala amacam??
BalasPadamkena tipu ngan Nuar...kesian dah la miskin, ditindas kena tipu ngan Nuar pulak lagi...
BalasPadam" Tapi you percaya sama saya, dua minggu sudah menang, mesti itu Ketua Menteri punya wakil datang sini selesai ini tanah, kalau dia tak buat kerja... ini bukan Anwar "...
BalasPadamkalau ikutkan kata-kata ni,sepatutnta anwar sudah tukar nama!
Tanya Sama Anwar, Macamana Dia Tahu Sabah Nak Hilang,
BalasPadamNanti Jawab Anwar, U Ulang I Saman U.!!!!!,
Tanya Sama Anwar, Kenapa Jumpa Misuari,
Nanti Jawab Anwar, U Ulang I Saman U.!!!!!,
hj hadi khalid samad sama spesis dengan cina tu ...laknat betul.. pakai lebai berjanggut tapi hati...
BalasPadamPencroboh, pengkhianat, pembunuh kejam nak dibantu..... Pejuang yang mempertahankan negara dikutuk dan dikeji.... Memang jelas, siapa dalangnya....
BalasPadam